Followers

2012/06/28

Tahi Lalat Berbahaya


Assalamualaikum


dulu aku penah ada tahi lalat di muka..ia adalah tahi lalat jenis hidup yg membesar..sangat malu sebab selalu adik beradik aku akan ejek..tahi lalat besar..suatu hari sewaktu aku x sihat..jumpa doktor..dia kata tahi lalat aku tu harus dibuang sebab ia adalah tahi lalat hidup yg makin besar..boleh jadi penyakit kulit katanya...


aku pon risau...penah try cari cara utk buang tahi lalat tapi mahal2...satu hari masa tegah jalan2 dgn kawan dekat mall..ada satu booth yg boleh buang tahi lalat dari China..dan aku pon try la...Rm50 je sbg upah..kira ok lah kan...lepas tu tahi lalat tu pon dah x ada..tinggal la parut saje...


jum terjah nape kene buang tahi lalat hidup...kalau tahi lalat tu mati dan x banyak...x perlu buang...


KETIKA diperkenalkan rawatan membuang tahi lalat, ada yang terfikir apakah hukumannya? Ada pakar agama berpendapat, seandainya tahi lalat terlalu banyak di muka sehingga mendatangkan aib, maka diharuskan untuk membuangnya. Sekiranya seseorang itu berhajat membuang tahi lalat untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya juga haram kerana ia termasuk dalam konteks mengubah ciptaan Allah.

Dalam konteks ini, membuang tahi lalat sebenarnya perlu sekiranya tahi lalat makin membesar dan berubah warna (merah, coklat, kehitaman). Manakala tahi lalat berambut dikatakan bahaya kerana ia boleh mengundang kanser sel basal (bengkak-bengkak pada badan atau sembap kerana sakit beri-beri). Selain rawatan alternatif, terdapat pelbagai rawatan moden seperti laser untuk membuang tahi lalat.
 
Resdung

Tahi lalat atau kutil yang tumbuh banyak juga boleh menyebabkan resdung (sinus ). Resdung akan menyebabkan seseorang berasa tidak selesa seperti mengalami bersin, gatal, batuk banyak kahak, nafas berbau, alah pada cuaca dan berjerawat yang boleh menjejaskan aktiviti harian.
Tidak kurang pula yang menyifatkan tahi lalat sebagai kecacatan pada kulit.
Ini kerana tahi lalat yang tumbuh besar atau terlalu banyak dan berada di kedudukan tidak sepatutnya boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan diri.

Pakar perubatan pula menggunakan beberapa istilah berlainan seperti tanda lahir, ketidakseimbangan saluran darah dan titik tidak berbahaya.
Terdapat dua jenis tahi lalat iaitu yang wujud semasa lahir atau sewaktu membesar. Antara penyumbang kepada kewujudan tahi lalat sewaktu membesar ialah sinaran matahari yang dikenali sebagai atypical atau dysplastic. 

Rawatan

Kini terdapat pelbagai cara yang selamat lagi berkesan bagi membuang tahi lalat. Ada yang menggunakan kaedah pemotongan dengan jahitan serta pengecutan tahi lalat.

Pelanggan yang ingin membuang tahi lalat akan menjalani rawatan pengecutan terlebih dahulu. Tahi lalat akan gugur dengan sendirinya dalam masa 5 hingga 7 hari bergantung kepada saiznya selepas menjalani rawatan khusus. Bagi tahi lalat kecil, ia akan gugur selepas sahaja menjalani rawatan.

Bagi mengelak timbulnya parut selepas tahi lalat jatuh, pelanggan dinasihatkan tidak mengambil kicap, cuka dan serbuk perasa sehingga tahi lalat gugur dengan sendirinya.
 

Faktor keturunan juga tidak boleh dipandang remeh kerana banyak keluarga mempunyai tahi lalat atypical, yang boleh dikaitkan dengan frekuensi tinggi melanoma atau kanser kulit.
Bagaimanapun, bintik hitam atau coklat pada permukaan kulit sering menimbulkan tanggapan sama ada membawa tuah atau sebaliknya. 

“Tahi lalat boleh menjadi bahaya jika terdapat perubahan dari aspek warna, ketinggian, saiz atau bentuk. Misalnya tahi lalat yang mempunyai diameter lebih besar daripada pemadam pensel atau yang mempunyai bayang warna pelik seperti biru, putih atau merah atau yang mempunyai tekstur kasar dan menggerutu.

Sumber; Utusan


4 comments:

  1. Asslkm..bleh saya tahu apa jenis ubat dari china yang cik guna tu?

    ReplyDelete
  2. Asslkm..bleh saya tahu apa jenis ubat dari china yang cik guna tu?

    ReplyDelete
  3. Asslkm..bleh saya tahu apa jenis ubat dari china yang cik guna tu?

    ReplyDelete
  4. Assalam dekat mana tempat yang hang buat ?????

    ReplyDelete

komen dengan bijaksana..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...