Followers

2011/06/15

ANONYMOUS OPERATION TO MALAYSIAN GOVERNMENT

Video berdurasi 1minit16saat ini telah diupload di Youtube pada 12 June 2011. Video yang bertajuk Operation Malaysia ini adalah amaran dari Anonymous Group untuk meng’godam’ laman web kerajaan Malaysia. Laman web manakah yang bakal di godam, kita tunggu dan lihat.

kalau video tergendala..ini adalah translation dr ape yg dia ckp...

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. 
The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.
rase mcm laen mcm pulak rasenye..sbb ape dia nak godam kerajaan kita?? aku rasa mesti la ada org tempatan yg x puas hati sbb negara ni kan ada x bg tgk website2 yg sensitif dan boleh membahayakan pikiran masyarakat kita...
adakah ini adalah salah satu cara musuh islam utk menjatuhkan kita??? yelaa...sbb negara kita kan negara islam..byk benda yg terpaksa kita block...contoh hal2 berkaitan dgn Israel dan mcm2 lagi...esok adalah hari yg dikatakan...aku nak tahu sama ada betul ke semua yg diura2kan tuu..tungguuuuu~

wallahualam...

woaaa....my curiosity now become...higherrrrrrrrrr

What People In 1910’s Thought About Year 2000?

hai babe~tangan dan bahu den dah lenguh ni...aigoohhh...so entry kali ni just wanna put some pictures je la...huhu..aku tergelak masa jumpa pic2 ni..hahhahahhaha..


macam mana gambaran tahun 2000 oleh mereka yang hidup pada 1910. Adakah sama gambaran mereka dengan apa yang dah berlaku?

gambaran masa depan 1
keretapi masa depan :)
gambaran masa depan 2
mesin je yang buat semua pembinaan
gambaran masa depan 3
kasut masa depan hohoho
gambaran masa depan 4
yang ini aku tak faham =.="
gambaran masa depan 5
gunting rambut pon automatik je hohoho
gambaran masa depan 6
Robot tukang mekup
gambaran masa depan 7
yang ini pon aku tak nampak apa gambaran mereka
gambaran masa depan 8
basikal masa depan
gambaran masa depan 9
hahaha buku semua dimusnahkan..
gambaran masa depan 10
tengok wayang ke web confrence ni?
gambaran masa depan 11
ape ini?
gambaran masa depan 12
kereta perang masa depan
gambaran masa depan 13
ni rawatan terapi ke ape? hahaha
gambaran masa depan 14
hohoho kuda dah pupus.. kanak-kanak akan excited dapat tengok kuda
gambaran masa depan 15
gambaran biasa je ni rasanya
gambaran masa depan 16
mesin jahit automatik hahaha
gambaran masa depan 17
kapal yang boleh terbang hohoho
gambaran masa depan 18
kenderaan terbang hohoho
gambaran masa depan 19
semua kenderaan terbang je
gambaran masa depan 20
kalap terbang langgar kapal?
gambaran masa depan 21
polis trafik terbang
gambaran masa depan 22
rumah api untuk guide orang-orang terbang hohoho
gambaran masa depan 23
driver through hahaha err fly through

Rasanya berapa banyak gambaran tu semua yang menjadi realiti? haha walaupun tak banyak yang sama tapi sekurang-kurangnya ada banyak kemajuan berbanding 1910 dahulu :)

cisdel kereta lembu terbang

10 GAMBAR TERBAIK (PEMENANG ANUGERAH PERTANDINGAN FOTO SEDUNIA 2011)



Statik dalam dimensi masa, panorama-panorama indah di langit malam-seperti yang dilihat dari bumi, kelihatan terlalu menakjubkan untuk dipercayai. 

Tetapi, 10 gambar di bawah ini sebenarnya adalah imej yang dirakam sendiri oleh jurugambar,bukan direka cipta menggunakan perisian tertentu-dan telah dinobatkan sebagai foto paling menakjubkan yang pernah dirakam sepanjang tahun lepas.

Pertandingan itu, the Best Night-Sky Pictures 2011, telah dianjurkan oleh organisasi; The World At Night dan telah memperlihatkan kepada kita betapa indahnya planet bumi ini ketika matahari sudah terbenam, dan bulan pula menghadirkan diri.

Berikut antara foto-foto tersebut:


Aurora Borealis: Gambar cahaya menakjubkan ini dirakam oleh seorang jurugambar, Stephane Vetter  di Tasik Jökulsárlón, Iceland. 
Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera.
Gambar ini memenangi hadiah utama kategori Beauty of The Night Sky. 

 Swaying in the wind: Gambar ini dirakam oleh seorang jurugambar Iran, Mehdi Momenzadeh memperlihatkan keindahan bintang-bintang Milky Way di langit Isfahan, Iran. Gambar ini memenangi tempat kedua dalam kategori 'Against the Light.'


Stunning: Lagi gambar daripada  Mehdi Momenzadeh yang turut memenangi anugerah yang sama.


 Bright skies: Gambar ini dirakam oleh jurugambar, Ben Canales yang memperlihatkan gugusan awan kuning di atas landkap Oregon. Gambar ini memenangi tempat ke-5 kategori 'Against the Light.'


  
Magnificient: Gambar ini dirakam oleh jurugambar Grant Kaye yang memenangi tempat ke-5 kategori Beauty of the Night Sky. Ia memperlihatkan lingkaran cahaya bintang di langit dan tasik makhluk asing yang dirakamkan di Tasik Mono, California.


 Picturesque: Dirakam oleh jurugambar Luc Perrot dan memenangi tempat ke-3 kategori Beauty of the Night Sky. Memperlihatkan jalur cahaya Milky Way yang melengkung di atas gunung berapi Piton de la Fournaise, Reunion Island


 Mountains and valleys: Keindahan banjaran Alps di waktu malam ini dirakam oleh jurugambar, Thomas Kurat di Tasik Traunsee, Austria. Gambar ini memenangi tempat pertama kategori Against the Light.


 The Great Wall at Night: Gambar ini dirakam oleh jurugambar Xiaohua, memperlihatkan bagaimana ruang angkasa boleh dilihat dari Tembok Besar China.


 On the horizon: Gambar bertajuk 'Lisbon Sky Lights' ini dirakam oleh jurugambar, Miguel Claro dan memenangi tempat ke-3 kategori Against the Lights.


'Venus Above Reunion Island': Gambar menakjubkan ini dirakam oleh jurugambar Luc Perrot dan memenangi tempat ke-4 kategori Against the Lights.

cantikkan???...aku sangat suka semua gambar ni sebab semua adalah menunjukkan keindahan semulajadi..waaa...rase syok sgt kalau blh shoot lagi..membuak2 je rasa kat hati ni....

ANONYMOUS HACKERS? GROUP OR PERSONAL???



Apakah Anonymous?.. SIAPAKAH ANONYMOUS HACKERS? dari segi kamus, Anonymous ialah Orang yang tidak di kenali atau tiada nama dan tiada identiti.. Lebih mudah tahu ialah Anonymous Ialah ORANG YANG TIDAK DIKENALI..


Apakah Anonymous hackers?. Hacker?.. Cracker?.. atau pun pak cik sebelah rumah?.. sememangnya bukan.. Anonymous hackers bukan sebuah organisasi.. Bukan sebuah Kelab.. Bukan Sebuah badan bukan kerajaan.. Anonymous tiada ketua.. tiada guru.. tiada ideologi malah tiada apa-apa ideologi yang terikat..

Semua Ahli Anonymous tidak mempunyai pejabat atau sebagainya.. mereka adalah sekumpulan orang yang berkumpul di mana-mana sahaja.. di dalam bas.. kereta api malah di tepi jalan..tetapi tujuan yang sama iaitu hendak mencapai apa yang di inginkan dan mengubah dunia.. tiada siapa boleh cakap anda ialah ahli Anonymous atau anda masuk atau anda keluar..

Untuk berinteraksi bersama Anonymous.. Mudah.. mereka hanya menggunakan social network yang terkenal dan hanya perlu mancari keyword ‘anonymous’ atau ‘anonops’ atau yang berkaitan dengan aktiviti Anonymous..

Siapakah Anonymous?

Anonymous datang dari semua tempat.. mungkin Bos anda.. mungkin pekerja anda.. mungkin jiran sebelah malah mungkin anak anda malah boleh menjadi sesiapa sahaja…
sama ada crackers..hackers..atau pak cik driver bawak lori malah blogger…Menyertai Anonymous tidak salah dari segi undang-undang.. malah jika anda melanggar undang-undang anda tetap tidak bersalah kerana anda ialah Anonymous..

Adakah Anonymous melakukan tindakan betul?

Dalam Anonymous..keputusan itu terletak pada diri sendiri..jika anda rasa ianya betul maka betullah ia..Anonymous tiada ketua dan tiada sesiapa yang membuat keputusan untuk anda..

Berapakah Ahli Anonymous?

We are more than you think. We are more than anybody thinks. We are many.

“Kami Adalah Lebih Dari Yang Anda Fikirkan,Kami Lebih Dari Semua Orang Fikir, Kami Ramai”

Terdapat juga beberapa spekulasi mengenai Anonymous di mana telah menggodam Play Station Network.. Tahukah kenapa Anonymous hack PSN?..

KERANA Anonymous mahu menghalang PSN dari mengambil untung dengan menyuruh pengguna untuk mengemaskini firmware baru dan jika tidak seseorang itu tidak dapat menggunakan PSN..Orang yang sudah mencipta jail break Play Station 3 sudah di tangkap dan Semua IP yang memasuki web untuk mendapatkan jailbreak tersebut sudah di ambil oleh pihak Sony untuk tindakan lanjut..Anonymous ada juga menghantar video bahawa akan mengganggu Sony lagi kerana menyalahkan orang lain yang memasuki web tersebut..Anonymous mengganggu SONY hanya untuk membantu pengguna, dan bukan nak menyakiti pengguna…

 
Setelah membaca ini..apakah anda rasa tentang Anonymous?

Anonymous ialah Semua orang yang berasa mereka ialah Anonymous Hacker..
tidak kisah siapa atau di mana..

macam mane nak dapatkan balik file yg terdelete dlm pendrive???



Pernah terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan “Recover”) adalah perisian yang admin akan sarankan kepada korang semua untuk mendapatkan semula file korang yang hilang.

Sama ada korang terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive korang, recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal.





Selain kelebihan tersebut, recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk korang muat turun.

Cara menggunakannya amat mudah :
1. Selepas muat turun dan install, korang perlu mengklik ikon di desktop korang dua kali untuk run program tu.
2. Pastu, korang pilih drive apa yang hendak di’recover’ atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive korang.
3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.
4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.
5. Lihat direktori tempat korang recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.

Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, dan Klik “Download”.

Antara perisian lain yang setara kegunaan seperti ini ialah Recover My Files, Get Data Back dan lain-lain lagi.
OK, selamat mencuba dan semoga berjaya.

Tip Winamp: Crossfading Antara Track Lagu

Langkah-langkah

Mula-mula buka aplikasi Winamp dan tekan Ctrl+P untuk buka tetingkap Preferences macam gambar kat bawah ni. Kemudian pergi ke bahagian Plug-ins > Output > Nullsoft DirectSound Output dan klik pada butang Configure


P Tip Winamp: Crossfading Antara Track Lagu

Sekarang kita dalam tetingkap Nullsoft DirectSound Output Settings. Klik pada tab Fading, kat sini ada beberapa setting yang perlu diubah untuk menghasilkan crossfading. Gambar kat bawah ni adalah contoh nilai sela masa yang biasa guna. Korang boleh adjust mengikut kesesuaian lagu korang.

Fading Tip Winamp: Crossfading Antara Track Lagu

Dah siap setting semua boleh klik Ok dan try dengar satu lagu lepas tu tukar kepada track lagu yang baru. Kalau tak puas hati dengan hasil fade in atau fade out, boleh ubah setting semula pada bahagian kat atas. Nilai masa (dalam miliseconds) yang banyak menandakan masa yang lebih panjang. Begitu juga sebaliknya.

Tambahan

Katakan korang nak setiap lagu dalam playlist tu dimainkan secara berturutan tanpa perlu korang klik satu per satu track yang ada, korang boleh playlist korang untuk dimainkan secara berulang dengan klik pada button seperti gambar kat bawah ni:

repeat Tip Winamp: Crossfading Antara Track Lagu

Pilih Repeat:Playlist untuk semua lagu dalam playlist dimainkan secara berulang. 

mudah kan...selamat mencuba...yeah~

2011/06/14

PERKAHWINAN...antara adat dan agama 2..

sambungan entry b4  dis

ok aku dah bg tau kan pasal situasi 2 tu..bkn semua org tp kebanyakan org sekarang la..pikiran mcm tu..akibatnye bkn diri sndri..tp org laen..kalau dh cerai..kan lg malu...actually situasi 2 tu kalau kita ni dtg dr family yg senang memang jarang la terjadi..kalau ada pon biasa sbb pasangn ada affair laen la...

sbb sangat pentingkan adat..cuba pikir..islam menyarankan agar berkahwin..bukan susah pon..senang je..benda yg mudah tp sbb adat ia jd benda yg berat dan sukar dijalankan..dlm islam x perlu pon sanding, dan keluarkan belanje yg banyak2 mcm tu...sampai hidup pon susah..perlu berhutang...ape bagai semua tu..islam suruh kawen sbb nak kita berasa aman...agar hati kita tenteram..mengawal syahwat dan nafsu..meramaikan zuriat...


rase nye syarat paling berat pon adalah kita kene buat kenduri siket..tu pon x adala suruh buat besar2an sgt..setakat org2 terdekat..bg tau yg kita ni dah kawen...rase2 nye..belanjawan tu x sampai pon rm5k..so baki rm15k tu blh la buat sara hidup dgn lebih aman dan selesa kan...

 ok..sekarang nak discuss pasal situasi A

1)ada juga student2 yg aku kenal..dah berkawen..salu dr UIA..ada yg baru je 19 tahun..dah ada family...


2)ada juga kawan2 yg kawen sbb dah terlanjur...ada baby dlm perut..terpaksa la kawen...tp aku x nak la ckp pasal bnda ni...paham2 je la kan..

3)student2 yg study abroad ramai kawin dekat tmpat diorang belajar..sbb kalau kat sane,x perlu la nk buat besar2 dan ada yg hanya bernikah tanpa ada sebarang majlis..bila blk malaysia..diorang ckp la dorang dah kawen..ok sekarang cuba lihat perbezaan ni
  • kahwin di Malaysia : org kate "heii..korang kawen lari?" or "tu mesti sbb dia pregnant" or "diorang kene tangkap dgn JAIS la tuu" or "diorang x study cam aku ni..blh la nak kawen"
  • kahwin di Luar Negara masa study : org kate " ow..alhamdulillah.." or "cane ko kawen kat sane? best x?" or "ko keje dah ke??"
huu..ni yg antara salu org pikir...beza kan..ada juga org kate.."nak kawin masa study..ko nk bg bini ko makan ape? makan pasir?" or "ko ni dah gatal betul nak kawen"..tohmahan2 sperti ini la yg terjadi salu kan..
tp kenapa student2 tuu blh pulak kawen..dah la kat oversea...diorang anak org kaya ke???

absolutely NOT!!! diorang kawen sbb diorang rasa perlu..dan dah sampai masanye..diorang x nak terjebak dgn maksiat..tgk la skrg..kat Malaysia..ramai sgt yg buat mcm2 benda x elok kat lua sane sbb dah x tahan..
dah SANGAP SANGAT!(sory terlebih sudah)...tp ini reality ok!

sbb diorang x cukup duet nak kawin,nak pinang anak dara orang...umur dah 20,23,25.dan 27..tp x kawen2 lg sbb duet x cukup..tp kehendak membuak2...ni bukan perkara remeh...aku masih pelik..kenapa org macam tu x dikahwinkan???? bukanke dlm islam..diorang ni dah harus kahwin?


yg aku nak ketengahkan sekarang adalah bukan soal kawen..tp soal PEMIKIRAN MASYARAKAT MALAYSIA YG LEBIH MEMENTINGKAN ADAT DARI AGAMA....ya adat itu dicipta oleh manusia tp agama itu dicipta oleh Allah..kenapa kita nk lebih agung2kan adat???
dulu aku pikir maybe kalau aku ni student account,office management..yg x busy..boleh la nak kawen time study boleh la kan..tp sbb aku ni aliran studio base student..yg salu busy..sampai kadang2 nak makan pon x sempat...duit pon salu x cukup..salu kene keluar sane sini...lagi2 dapat  bakal hubby yg sme kos study dgn aku...tp aku masih teringat ape kate sorang lecturer aku ni..name dia EN. HAMID..dia ex UiTM nye student...

dia b4 dis mengajar dekat Yaman..dia kate majoriti student dia kat sane dah berkahwin...dan kerja2 student yg dah kawen pon lbh bagus dr yg single...why? becuz they have paid more attention and give 110% focus and commitment on their study compared to the unmarried students...diorang dah ada responsibility...jadi diorang kene plan hidup diorang dgn lbh sempurna..

so diorang manage time diorang dgn sebaik2nya...yaaa..same dgn sorang senior aku 2 sem lepas..yg dah ada nak satu...mse tu dia part 6...lecturer sgt suke dgn kerja dia sbb even dia dah ada nak dan suami..tp kerja2 dia lbh bgus dr student2 laen...sbb student2 yg x kawen habiskan duet utk :
  1. enjoy...shopping....
  2. dating...of kos kene kua duet
  3. beli benda2 x patut..guna duit biasiswa or ptptn utk beli fon baru..

perlu ka? ada org kate perlu...yela...zaman muda kan..nak enjoy...kawen? lambat lagi la...

ok..ni pengakuan aku sendiri..aku dgn bf aku memang dah pon plan nak kawen...ayah aku pon lagi la setuju sbb ayah aku actually x bg couple2 sangat ni....

ayah aku kate "senang kalau kau kawin je dgn bf ko tuu...sbb korang study same2..kat shah alam..nt ko boleh tinggal kat umah dia..sbb dia pon tinggal kat sane..dia pon orang baek2..jgn risau..nt ayah akan tanggung ko nye study lagi,...sampai ko habis study...tahun depan kakak ko ni nak kawen...ko kawen la skl..jimat duet ayah x pyh wat kenduri 2x..hehe...pastu ko pon leh je tumpang kakak ko kalau ko nak bersanding nt..kan senang..."

yaa..aku memang happy sangat2..ya...aku memang nak kawen je..bf aku lagi la happy terlebih dr aku..yela..nak kahwin kan..lagi ayah aku kate nak tanggung study aku lagi....smpai aku habis study..

tp lpas tuu...problem nye adalah...family bf aku x mcm aku nye family...diorang sangat pentingkan study dan kerjaya dulu..baru kawen..disebbkan itu permintaan dr mak dan ayah dia..terpaksa la ditangguh kan..sampai aku habis study...xpela..aku ok je,..asalkan family masing2 dah stuju..aku dah happy sgt2..hee~



ape2 pon..sume tu rancangan..aku cume boleh berdoa dan berusaha agar ia akan terjadi suatu hari nanti...insyaAllah...
bila aku tgk blk..panjang tol entry ni...haha...oopsss terlebih sudah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...