Followers

2012/01/15

Jolly Shandy ada alkohol

Assalamualaikum




Carlsberg mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. 
Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. 

Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya ditulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM

 

Ariana Mikhail ; mesti tengok!!

Assalamualaikum

merujuk pada tajuk di atas...ye...drama ni akan mula ditayangkan di tv9 pada 16 january 2012..yeah! maksudnya esok.so aku x akan ketinggalan la sbb skrg kan tgh cuti...hehehe...nape nape excited sgt tetiba nk tgk drama Melayu ni? sb ada Syed Hussein la...hahahaha...sweet  :p....huhu...lama x tgk dia berlakon..kali ni watak dia nakal sikit..nak ngorat pompuan France katenye...grrrr..

sinopsis Ariana Mikhail:
Drama Ariana Mikhail bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.

Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dariAmerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah.

Sinopsis Poster Ariana Mikhail


Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah.

Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Saksikan Ariana Mikhail mulai 16 Januari 2012 pada setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 8.30mlm dgn barisan pelakon yang mantap seperti Nora Danish dan Hussein Ruffedge.

ok memang x nak la aku ketinggalan tgk citer ni...sb ada Sein jek...kikiki
jgn marah ye Mr Azizul :p

Ibu di jepun sgt Kreatif

Assalamualaikum

waa ibu2 di jepun skrg memang kreatif kan kan..dan sgt ambil berat tentang makanan anak2 di sekolah..kat Malaysia? harap kan kantin aje...hmmm...bekal2 makanan yg dibuat oleh ibu2 kat Jepun ni comel2,tapi nmapak sgt dorang ni suka motif ba alif ba ya...haha

Kini, ibu-ibu di Jepun menunjukkan kehebatan masakan yang berdaya saing ke tahap baru - melalui bekal makanan anak-anak mereka. Kyaraben (bermaksud watak bekal makanan) adalah nama yang diberikan kepada kesenian bekal makanan, di mana bola nasi, sushi, salad dan buah-buahan dibentuk ke dalam watak kartun seperti Hello Kitty atau seluar spongeBobSquare, atau haiwan.









Laman web dan blog menawarkan tips tentang bagaimana untuk mewujudkan makhluk yang berwarna-warni, dan ibu-ibu yang telah sampai ke tahap yang tinggi dengan kesenian masakan mereka bahawa pertandingan kebangsaan diadakan untuk memberi anugerah yang terbaik .











Ibu Amerika telah melonjak pada kereta muzik juga - dengan membuat salah satu Miss Piggy sempurna bentuk pasta.


ngek! patut ke? mcm cakap anak dia ni sehodoh makanan tu jek..ape dahhhh


2012/01/13

bayi ini ada dua alat kelamin!!!


Apa yang akan anda lakukan jika anda mempunyai kelamin kedua? Seorang bayi di China telah dilahirkan dengan kelainan seperti itu. Dia mempunyai kelamin kedua.

Anak dari Li Jun (30) yang tinggal di Kota Hejian Propinsi Henan ini segera di bawa ke Rumah Sakit Khusus Anak di Tianjin oleh orang tuanya yang merasa terkejut melihat adanya penis ekstra tersebut. Doktor terpaksa harus membedah bayi tersebut untuk menghilangkan kelamin keduanya tersebut. Para doktor menyebut kelainan ini sebagai Fetus in Fetu (FIF)

Doktor memerlukan waktu lebih dari tiga jam untuk membuat pembedahan dan membuang kelamin ekstra tersebut. Keadaan bayi ini kini dalam keadaan sihat pasca pembedahan.

rumah wardina safiyyah kene rompak


Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan kesemua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Wardina, 33, yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, ketika kejadian beliau, suaminya, tiga anak mereka dan seorang pembantu rumah berada di dalam rumah itu.

"Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3.

"Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga dan pembantu rumah berkumpul di bilik tidur utama," katanya.

Katanya, anak sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di bilik mereka di tingkat atas manakala pembantu rumahnya seorang warga Aceh, tidur di tingkat bawah.

"Kesemua mereka dikumpulkan di dalam bilik saya dan hanya Ikhwan diikat dengan wayar telefon. Kami diawasi oleh seorang penjenayah, manakala dua lagi menyelongkar rumah kami," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka dan mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi.

Beliau berkata suaminya juga turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat.

Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.

Katanya, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada pukul 4.30 pagi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta siasatan sedang dijalankan.

kasihan dgn family kak wardina :(

2012/01/11

semester 05

Assalamualaikum

alhamdulillah..sudah tamat semester 5 akhirnya..hee..rasa sgt lega sbb akhirnya dapat cuti yg panjang...
walaupun aku kurang berpuas hati dgn final project aku...yela,sb masalah lappy di last2 minit2...sem ni style lecturer aku pelik dgn lecturer2 seblm ni..

nape? sb aku kene submit dlm bentuk 3d dan video..why? cuz KP or Ketua Program aku aka lecturer kelas aku ni nak membudayakan konsep "Architecture Without Paper"..maksudnya aplikasi presentation tanpa penggunaan kertas..
hanya dgn guna aplikasi teknologi seperti video dan slide presentation..so kalau x mahir dalam bidang2 ni susah la..dan bagi aku yg lemah benda2 ni memang...erk...slow...hmmm...nak buat video senang la,tapi kalau lappy kau tiba2 stuck,jamm...habis la.....

banyak benda aku belajar sepanjang sem ni,banyak orang juga aku jumpa...dan masalah2 serta ujian yg aku lalui kini lebih mematangkan minda dan pengalaman hidup aku..aku tau ada bnyak lagi yg perlu aku pelajari,banyak lagi yg perlu aku cari dan study....so dalam cuti semester ni aku kene bersiap sedia utk sem dpn yg mungkin akan lebih mencabar..ya Allah..takutnya aku bila pikir pasal sem depan ni...

ada banyak kenangan manis tapi kenangan pahit juga ada....dan yg best,hari utk that "special day" dah semakin dekat..hee..
ye tapi aku dan zizul tengah pening2 lagi..sama ada nak pilih bulan Ogos 2012 (lepas raya) atau bulan Febuari 2013(cuti sem part 7)..erk?
nape tiba2 nak tukar lewat setahun? sebab bila aku pikir, aku takut x ada masa nak uruskan utk bulan 8 tu..baru aku tau kalau kita reserved lambat service2 mcm mak andam n photography tu, modalnye aduii..mahal tau...better book awal2..
so aku pikir dgn zizul..utk buat lepas zizul habis..huhu..lepas dia habis part 8..aka habiskan degree dia...kene ada salah seorang dah free so blh la uruskan bnda2 tu kan kan..

tapi masih dalam pertimbangan sbb kakak2 aku dah x sabar nak tunggu aku bertunang tuu..hmm..nanti k..sabar2...heee~

aku berdoa agar aku lulus sem ni dgn cemerlang dan dapat masuk part 6 sem depan..ya Allah moga dipermudahkan...amin...

ok lepas ni aku nak citer pasal ape yg aku belajar dalam bidang Id (Interior Design) semester ni..sgt berbeza semasa aku di diploma dan degree di Perak dulu...tunggu....

ok ni la kawan2 baru aku..(bagus pic ni sbb tutup muka dak tuu..huhu)

our sweet memory..hee
 ok sem ni aku agak jarang amek pic la..hmmm...sb asyik kusut masai je,xda mood ..huhu(atas ni pic id raya)


2012/01/10

Gadis IPTS mencuri kerana nak cantik

Assalamualaikum


adoi2...apela nak jadi dgn gadis2 sekarang..sanggup panjang tangan dan mencuri sb nak cantik...

Gara-gara ingin berfesyen dan kelihatan cantik, tiga gadis yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini yang mengaku bersalah atas tuduhan mencuri, diperintah berkelakuan baik dengan bon jaminan bercagar RM2,000 setiap seorang.

Gadis terbabit yang berusia 18 tahun itu juga dikehendaki menjalani aktiviti khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Syajaratudur Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Aina Mardiah Mohd. Khairi, Nor Atikah Alem Abd. Halim dan Nur Ira Natasha Abdull Kadir.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tingkat satu bahagian wanita dan tingkat bawah bahagian kosmetik pasar raya Jusco, Pusat Membeli Belah AEON Bandaraya pada pukul 7.45 malam, 20 September tahun lalu.

Aina Mardiah mengaku mencuri tiga helai kemeja wanita pelbagai jenama, sebuah beg alat solek, dua pek Anti Shadow, Anti Cernes dan enam pek topeng muka jenama Garnier yang kesemuanya bernilai RM291.90.

Nor Atikah pula didapati mencuri barangan bernilai RM146.80 iaitu dua helai kemeja wanita dan satu pek pembayang mata jenama Maybelline.

Nur Ira Natasha pula mengaku mencuri sebatang maskara, produk penjagaan muka Maybelline termasuk penanggal solekan dan krim penegang wajah, produk penjagaan wajah jenama Nivea Visage termasuk topeng muka, penyegar dan krim pemutih wajah, dua helai kemeja-t jenama Depi Corp dan sehelai seluar jeans pendek jenama Goggles yang kesemuanya bernilai RM392.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mereka terlepas daripada hukuman berat setelah mahkamah mempertimbangkan laporan akhlak tertuduh yang merupakan pelajar pintar selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...