fuh fuh..layan~
2013/01/24
Judas Iscariot..pengganti Nabi Musa yg Disalib
Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas Iskariot) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Ini disebabkan oleh tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.
Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa/ The Apostle ) kepada ketua-ketua imam Yahudi.

gambar hiasan-bukan gambaran sebenar,ianya hanya ilustrasi dari pelukis)-Judas Iscariot (right), retiring from the Last Supper, painting by Carl Bloch, late 19th century.
Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun ( The Apostle) menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (Last Supper). Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsemani, Baitumuqaddis.
Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan “Salam sejahtera wahai Rasullullah” dalam bahasa Ibrani).
Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah
menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus
mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena
tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap
oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.
Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang
dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota
Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri
sendiri.
Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka
pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya
Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan
anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar
Yudas disalibkan.
Gambar HiasanPada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata “Eli-Eli Lammasabacthtani” maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku”. Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.
Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa’:157 bahawa Nabi Isa
tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang
mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah
SWT seperti Nabi Isa as. (sebahagian ulama berpendapat orang yang
diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas
Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam
Al-Quran)
“dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakandengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa”.
(An Nisaa’ : 157)
wallahualam
wallahualam
Jangan cabut UBAN kerana...
Sabda Nabi saw,
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.”
(HR. Ibnu Hibban)
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.”
(HR. Ibnu Hibban)
2013/01/12
Real Hobbit House
The Hobbit House, Wales
Tahu x citer The Hobbit? kesinambungan dari Lord of The Ring tu...Hobbit adalah watak salah satu puak dalam citer tu yg sangat memainkan peranan penting...haa aku dah tgk movie tu 2x kat wayang tau..haha..Rumah nie sangat eco-friendly dan sangat comel.:3 Dianggarkan selama 1000-1500 man hours digunakan untuk menyiapkan rumah ni dan sebanyak £3000 digunakan untuk material rumah. Rumah nie eco-friendly kerana:
- Air bumbung dikumpul ke dalam kolam untuk kegunaan di taman.
- Panel solar digunakan untuk lampu, muzik dan elektronik.
- Peti sejuk disejukkan oleh angin bawah tanah melalui foundation.
rasa mcm umah impian masa zaman budak2 kan...kawaiiii :)
sumber: ramdomlinthings
Tercantik di Dunia
Assalamualaikum
suka tengok benda cantik???
MATA TERCANTIK DI DUNIA : Dari afghanistan..
![]() |
| woww cantik kan mata dia.. |
KUDA TERCANTIK DI DUNIA : Arabian..
![]() |
| kuda jantan ni cantik betul..mcm dlm citer Lord of the RIng |
KOTA TERCANTIK DI DUNIA : Vancouver, Canada..
AIR TERJUN TERCANTIK DI DUNIA : Air Terjun Niagara, US & Canada..
JAMBATAN TERCANTIK DI DUNIA : Jepun..
TANAMAN TERCANTIK DI DUNIA : Tanaman berbentuk gelembung air..
![]() |
| kat mana la agaknye ni |
ANAK KECIL TERCANTIK DI DUNIA : Fatima dari Morocco
![]() | |
| comel sgt budak kecik ni |
Memang jd Lumrah Manusia suka tengok benda cantik kan...subhanallah..tapi ini semua yg direkodkan oleh manusia..belum lagi yg berada dalam rahsia Allah...subhanallah...
2013/01/11
kisah lucu
Assalamualaikum
dah lama sangat aku x post kisah2 lucu...lg best baca kisah lucu dari baca novel cinta meleleh..haha
kisah 1: Sekeping Gambar
Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas utk ke bandar. Dia memegang
sebuah gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun terjatuh di bawah kain seorang
makcik.
Abu : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.
Makcik : Apa kamu ckp?!
Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh makcik itu di depan2 org ramai.
kisah 2: kucing
Seorang budak lelaki berusia
lingkungan 8 tahun membeli sekotak
sabun dari sebuah kedai runcit...
Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing...
Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh
mati...
Budak itu terus berlalu setelah
membayar harga sabun... Seminggu
kemudian, budak itu kembali ke
kedai runcit tersebut...
Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati...
Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....
Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu
yg membunuhnya...
Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?
Budak: Mesin basuh tu... ia
berpusing terlalu laju...
kisah 3: WIFI
Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..
Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale
Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….
Kisah 4: Miskin
Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya.
Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"
Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami."
Isteri: "Apa yang kamu katakan?"
Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..."
Isteri: "#$*@#!?"
kisah 5: Kiss
Di sebuah taman, sepasang kekasih sedang berbisik-bisik:
Lelaki: "Sayang, apa yang paling kamu dambakan?"
Teman wanitanya dengan malu-malu kucing berkata: "Perkara yang paling ku dambakan ialah, kamu mencium diri ku di 3 tempat."
Lelaki: "Ah, itu mudah, cuba kamu katakan di tiga tempat yang mana?"
Wanita: "Paris, London dan New York."
Lelaki: -,-'
Kisah 5: Datang Bulan
Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari
sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan
harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk
menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah
lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "
Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang
menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya
menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba
sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di
sebelah rumah bunuh diri."
hikhikhik...dapat sumber dari sini -->http://gelihati.blogspot.com/
2013/01/10
Stress Jalan Raya
Assalamualaikum
memang betul di jalan raya boleh buat aku rasa stress sgt2..argh!!!
kenapa?
x kesah bawak laju tapi jangan bawak mcm orang giler..plis la..membahaya kan tau x...
sesuka hati masuk keluar..x bagi signal ke apa...
ada yg suka2 meluncur masuk line org..eee~rasa nak pijak2 je...kalau aku ni boleh membesar ala giant ..ku pijak2 dorang sampai kemik...
memang kalau drive ni bisa membuat orang jadi stress terbawak2 sampai kat rumah atau tempat kerja
cis!!
lagi satu aku x suka org block kete aku masa aku tgh parking dgn baik je..ikut law..dia plak sesuka hati block org baik ni kan...huh!!!pijak lagi!! prekkk...ceh!!
jadi la pengguna jalan raya yg bijak..kalau nak mati sangat pergi la minum racun ke apa..jangan bagi org lain plak yg mati atau cedera...kami ada insan2 yg kami kasihi tau!!
aku suka kalau ada polis trafik atau JPJ kat jalan raya sebab semua akan jadi budak baik...even lori atau truck pon x berani masuk line tengah...huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)













