Followers

2012/03/01

tengah period cramp x boleh baca Quran ke?



Assalamualaikum

bila kata pasal period cramp atau senggugut mesti orang akan ingat tengah dalam period..tapi tau x senggugut tu boleh juga datang waktu sebelum kita period? yes! boleh..dan ia juga boleh datang selepas habis period...

selalunya perempuan yg x berkahwin jarang catit bila dia period termasuk aku la..hehe..kata mak aku benda tu penting bila dah kahwin,sbb kita kene alert benda ni..mane tau kan termengandung...huhu..x perasan pastu makan je mcm2,haaa kalau x sehat amek macam2 ubat nanti effect lak kat bayi tu...cian dia

so kalau orang tengah period cramp still boleh baca Quran(make sure masih belum keluar lagi darah)selagi darah haid tu belum keluar..kalau darah haid dah habis kene make sure kita dah mandi wajib dulu la baru boleh baca...

alhamdulillah..baru2 ni aku period cramp n headache tapi aku pelik nape dah 4 5 hari period cramp tapi  masih x keluar haid lagi? rupanya2 aku dapat kesempatan untuk khatam Quran sekali lagi..alhamdulillah..thanks to Allah the Great! semua ni ada hikmahnya...biasanya tanda cramp tu datang dalam sehari dua jek terus haid tapi lambat pulak..ada hikmah semua tu rupanya...

mesti ramai orang pelik nape aku ni nak berciter pasal benda ni...aku actually pon x faham kenapa boleh ada orang yg pelik bila ada org bercerita pasal benda ni...hahahaha...confuse yek?

selalu kan kalau ada je orang nk citer pasal period mesti ada yg buat muka dan konon macam x patut la citer pasal benda ni on public..malu la..apela perempuan ni..serius...mula2 aku pon pikir mcm tu tapi bila dipikirkan balik..ape nak malu? its normal ok...

sesuatu yg normal utk semua perempuan(lain la ko ni bukan pompuan tulen) dan seharusnya lelaki juga mesti la tau...ok..Lelaki! why? sbb satu hari nanti lelaki akan jadi abang or adik,suami or ayah...so bila korang ada adik perempuan or kakak,isteri or anak..yg tengah period tengah sakit2..x kan la nak biarkan jek..dan tengok jela dorang terseksa sakit mcm tu? pastu bagi alasan.."ehhh mane la aku tau benda2 pompuan ni,aku bukan penah rasa" ...serius...tu alasan bodoh dan x bertanggungjawab!!...kesian la kalau dapat suami mcm tu...hmmm...

lagi kesian kalau pad tu habis dan pompuan x mampu nak jalan keluar beli benda tu..dan kalau la org yg sama dengan dia time tu adalah suami or abang or ayah dia..nak biarkan je ke?

wahai lelaki,..korang tau x..badan perempuan bukan semua sama..ada perempuan yg bila haid,dia kuat dan x rasa sakit sangat,ada jugak yg x rasa pape..tapi mostly perempuan bila haid akan dapat period cramp yg teruk...sampai x boleh nak berjalan..terpaksa merangkak2..dan yg lebih teruk,boleh sampai termuntah2, kene masuk angin dan pitam...same mcm org tengah preggy...boleh masuk hospital tau!sebab tu kadang2 pompuan senag marah2 masa period sebab dia tengah tahan sakit tuu

memang la kau x pernah kene..(mungkin sbb Allah x bagi sakit ni pada lelaki kerana dia tau orang lelaki x mungkin dapat tahan sakit ni..wallahualam..)sbg contoh..aku..bila sakit teruk..aku boleh demam..dan kene gastrik..sakit kepala sangat..nak makan pain killer aku x boleh, nt effect lain jadi..bayangkan...kene tahan jugak sakit tu..sampai jalan aku merangkak2..

dulu paling teruk masa aku form 2 n 3..mak aku terpaksa buat tungku untuk aku...kakak aku kata aku dah macam orang lepas bersalin jek..dengan rambut sanggul tinggi,pakai kain batik dan stokin..huuu..teruk2...biasa nya hari first n second day la yg paling teruk..aku salu x datang kelas sebab benda ni la..x larat wey nak jalan...nak ke bilik air pon terbongkok2..

dah tentula bagi aku kan..lelaki harus faham pasal benda ni...maybe korang rasa kalau korang tolong belikan pad or tau pasal jenis pad ni x macho..dan lelaki x perlu tau pasal benda ni..tapi tu menunjukkan keegoaan kau saje..bagi aku lelaki yg ambil berat pasal benda ni sebab risau akan pasangannya or adik or kakak dia adalah lelaki yg budiman dan memang gentle habis...mcm ni :)


aku meluahkan pasal benda ni sebab kadang2 aku geram la..contoh situasi ni..dalam kelas...bila ada  satu student perempuan ni kan x datang kelas sebab period cramp..kadang2 cikgu lelaki x faham..dia tanya mane MC?  kalau dah sakit mcm mane nak jalan pergi jumpa doktor? kalau bagi tau period cramp pula malu..nanti diketawakan...

bukan semua orang ialah kaya.. boleh upah personal doktor datang umah check2 gitu...aku ingat lagi masa study kat perak dulu..hajat hati memang nak pergi amek MC,tapi mane larat..kalau dah pergi masa dah x sakit nanti doktor kata "kalau dah x sakit buat ape awak datang?" haaa nak jawab mcm mane? kalau pandai acting sakit lain la citer kan..kalau aku cakap "saya sakit semalam"..hmm..rasa doktor percaya ke? yela mestila doktor pikir kita guna taktik period cramp sebab x nak pergi kelas kan...pastu pandai la doktor ni..dia bagi ubat je..x nak bagi MC..dia cakap "awak sakit semalam,bukan hari ni so buat ape nak MC?" -..-'
(thats why aku x suka pergi jumpa doktor bila period cramp)

dan aku nak mention..hal2 macam ni nape orang2 kita suka gelakkan? sebab orang2 kita ni suka pikiran kotor dan salu berfikir secara negatif..sedangkan benda ni normal je...kadang2 aku pelik..nape la pisang tu salu dikaitkan dengan objeck seks? tu kan makanan...hmmmm -__________________-

ok ni scene laki gentle by Lee Min Ho dlm Personal Taste..time ni memang semua pompuan akan nak lelaki mcm dia ni..pergi belikan pad utk girlfriend dia >-<









2012/02/23

Architecture :Rumah Pokok Terkecil Di Dunia yg Comel

Assalamualaikum

Apabila disebut tentang rumah pokok, akan terbayang di minda kita rumah kayu yang dibina di atas dahan sebatang pokok gergasi yang besar dan kuat. Pada kali ini, pihak KB ingin mendedahkan penemuan terbaru dan unik tentang rumah pokok. Rumah pokok yang dimaksudkan tersebut ialah 'Rumah Pokok Yang Paling Kecil di Dunia' yang di cipta oleh bekas pengilustrasi majalah fesyen Jepun, Takanori Aiba

Encik Takanori Aiba berjaya mencatat rekod sebagai pembina rumah pokok terkecil dunia kerana beliau membina rumah berkenaan di atas pokok bonzai. Pokok kecil yang sememangnya menjadi pujaan ramai. Beliau menggunakan pelbagai jenis alatan seperti kertas, plastik, cat, resin akrilik dan bahan-bahan lain lagi untuk menghasilkan senibina menakjubkan ini.







2012/02/22

bersangka baikla pada Allah

Assalamualaikum

Bila Allah makbulkan doamu maka dia menyayangimu
bila Dia lambat makbulkan doamu,maka Dia ingin mengujimu
bila Dia tidak makbulkan doamu,maka Dia merancang sesuatu yg terbaik untukmu..
oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan…
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya
subahanallah

Petua Elak Bulu Ketiak Tumbuh

Assalamualikum



Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. 

Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

selamat mencuba..xoxo

Misteri mayat atas kubah Masjid Nabawi

Assalamualaikum..



Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul Saw yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra.

Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul Saw kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah Swt dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi Saw: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah)

Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi Saw adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi Saw.

Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2 .

Program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi Saw dengan sabdanya menjelang wafat: “Selayaknya kita memperluas masjid ini”.

Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.

Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad Saw, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.

Inilah yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)

Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi).

Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan.

Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang. 



Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan “Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i’tibar”.

Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google “Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi”.

Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul Saw adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik.

Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111).

Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut?

Adapun maksud Nabi Saw Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua’lam

Durian berbuah kat pangkal pokok


Assalamualaikum

aku nak menunjukkan satu benda yg pelik tapi benar...subhanallah..semua kuasa Allah...

Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis. Nama saintifik - Durio zibethinus Murrdari keluarga Bombaceae.

Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari. Pada awal dan penghujung musim, buah dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit. Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak.

Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian diperam hingga masak. Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia.

Pada kebiasaannya pokok durian berbuah pada dahan pokok dan di hujung rantingnya. Akan tetapi pemilik dusun durian ini mempunyai pokok durian yang sungguh pelik kerana mengeluarkan buah pada batang utama pokok dan juga di bahagian pangkal pokok.

Secara tidak langsung, kejadian pelik ini memberi kemudahan kepada petani ini untuk memungut hasil buah durian. Apa tidaknya, buah tersebut mudah dilihat dan berada di pangkal pokok.


Bagi memastikan buah durian tidak rosak dan makan oleh haiwan di dusunya, beliau memagari di sekitar pangkal pokok dengan jaring dawai. Apabila masak buah tersebut akan gugur dari tangkainya dan buah durian sentiasa berada di dalam kawasan yang dipagari itu.

result dah keluar

Assalamualaikum


result dah keluar...aku sangat2 la takut nak tunggu ketibaan hari ni..sbb ada member cakap Lecturer kata maybe ada yg fail dalam 5 or 6 orang...
lepas solat hajat malam tadi...aku pon tawakal jela...sbb bukan boleh buat ape2 lagi kan...yg penting aku kene kuat kan hati untuk terima keputusannya...aku tau aku belum bagi 100% full commitment sem lepas..yelakan ..mana x bengang bila nak buat kerja then lappy buat hal..asyik not responding jek...pastu gaduh dgn roomate lagi...hmmmmm...

aku kuatkan hati gak untuk tengok result...waaa..alhamdulillah..lulus jugak..tapi walau bukan dekan..aku bersyukur sangat2..sebab bagi aku ni langkah awal di shah alam..bukan mudah..sebelum ni aku takut sbb ada ramai gak yg x lulus masa batch zizul dulu...

sekarang ni aku dah biasa dgn environment kat shah alam..berbanding dgn dulu..so aku harap aku dapat buat dgn lebih baik sem depan..bagi aku dekan tu x penting...aku penah jadi student cemerlang waktu study dulu..dan dapat dekan waktu diploma..aku tau tekanan yg aku dapat kalau dapat dekan every sem....so lepas degree ni aku x harap untuk dekan..aku cuma harap aku dapat manfaatkn apa yg aku belajar ni lepas alam study...aku x nak lagi tertekan untuk pertahankan dekan..haha...aku nak free..lantak la orang nak kata apa...

walau bagaimana pun..tahniah pada mereka yg dapat dekan..dan alhamdulillah..result aku naik sikit dari waktu degree di perak dulu..alhamdulillah..tu yg aku lega sangat2...hee :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...