baru2 ni aku suka tengok video2 kat youtube..ha..bukan video yang x bagus tapi video pasal mualaf..iaitu saudara/ri baru islam..ada dari banyak negara..yang aku amek video dia adalah mualaf dari Rusia..sorang pemuda..aku suka cara dia bercerita dan sambil dia berdakwah..mcm mana dia tertarik dengan Islam..
pastu yang best ada sorang sister kristian selama 40 tahun dari Filipina telah peluk Islam..dia ni masa jadi sister dulu aktif berdakwah sal kristian..banyak merantau dan sambung belajar sampai kat negara kiblat diorang iaitu Rom,Italy..tapi dia kata dia masih rasa kekosongan dalam diri dia sampai la dia masuk Islam baru la dia rasa tenang..yang kesian sal dia ni,lepas dia masuk Islam,orang kata dia gila pastu siap dihantar pergi psikiatrist(btul ke aku eja??) yang teruk lagi,semua sijil dan pasport dia diambil oleh orang gereja..dah la dia x boleh cari kerja dan x ada pendapatan..sian dia sebab sekarang dia sakit kat dia nya gall bladder(hempedu x silap aku)..tapi dia kata dia bersyukur dan tahu yang Allah tegah uji dia..Ya Allah..kuatnye iman dia walau baru peluk Islam..
pastu aku ada tengok pasal mualaf2 yang baru peluk Islam secara life..kat German..semua muda lagi..remaja..paling muda 14 tahun..aku ada tengok lagi satu video yang cakap lepas kes 11/9 , kat Amerika memang la dikatakan dah ramai yang benci Islam,tapi juga dah hasilkan ramai orang yang berminat nak kaji pasal Islam..ada seorang perempuan dia ni ateis..x percaya pada agama..satu hari dia terjumpa satu buku pasal Islam,dan hanya dengan satu buku tu la..dia mula tertarik dengan Islam dan akhirnya mendapat hidayah Allah..
dikatakan sekarang dekat Amerika sebanyak 12% remaja atau pemuda/di telah masuk Islam..iaitu dalam 2.4 juta orang..sejak peristiwa 11/9 tu..
ada banyak lagi yang aku tengok contoh cam Islam dekat Korea Selatan..erm..abang aku pernah pergi out station kat sana..dia kata ada sebuah masjid yang besar dan satu2nya kat Korea..dekat masjid tu ada tulis Allahu Akbar..pastu yang best lagi ada perempuan yahudi telah peluk Islam..SubhanAllah..
kesimpulan aku lepas tengok video2 pasal mualaf ni ialah..pertama..diorang ni dah makin bertambah..alhamdulillah..kedua dari segi keimanan mereka ni lagi power berbanding dengan umat Islam yang secara zahir lahir sebagai Islam..sebab mereka dulu tidak merasa kemanisan iman dan setelah mereka dapat,mereka sangat mensyukurinya,dan mereka mencintai Allah selebih2 nya kerana mereka telah merasa kepahitan hidup tanpa nikmat hidayah dari Allah..jadi mereka melaksanakan perintah Allah dengan sebaik2nya..tambahan pula mereka dikelilingi masyarakat yang bukan Islam dan tentula banyak dugaan yang mereka terima..
yang ketiga..telah lahir satu masyarakat baru Islam yang lebih berilmu dan mencintai Allah..sebab kebanyakan mereka adalah dari status berpendidikan tinggi yang menjumpai Islam melalui kajian yang mereka lakukan..
InsyaAllah Islam akan menjadi lagi kuat sekiranya golongan ini terus bertambah..amin..
sekian..Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
komen dengan bijaksana..tq