Followers

2009/12/25

kata-kata karut dan mengarut


aku sangat suka pada komedi..apa2 la..sebab dapat buat aku happy sgt2..lagi2 bila aku tengah sedih,kalau tgk yg lucu2 ni terubat la hati aku..orang yg aku rasa plg kelakar ialah Stephen Chow..hehe..tengok muka dia pon aku dah gelak..kelakar sangat..kalau kat tv ada citer2 dia aku mesti tengok..kalau dia serius pon mcm x..
citer2 lawak jela yang aku akan tgk berulang2..haa..kat sini aku nak sertakan lawak kata..

hm..benda2 ni mcm mengarut jer..tak pe..sekali sekala kita bergelak-gelak kat sini..haha..maybe ada orang akan kata benda ni x berfaedah..betul la tu..tapi x payah la nak gelak selalu nanti ilmu hilang pula..cuma kalau dlm kesedihan tu dpt dapat la membantu..

antaranya............

Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit


SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....


SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!


SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!


SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!





haha..ni la antara benda2 karut yg buang masa..x pyh la nak baca selalu sbb buang masa jer(dah tu asal ko letak gak?) sbb ni kan suka suki aku..huhu..ini adalah sekadar untuk nak lawak2 jer..hihhihi..

No comments:

Post a Comment

komen dengan bijaksana..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...