Followers

2011/06/15

5 punca kanser..ALERT!!

assalamualaikum

hai..ok skrg nak main doktor2 pula...hehe..Dr Anna(cehhhh)...nak bg tau perkara penting pasal 5 sbb utama kanser..yaa...kanser adalah antara penyakit serius yg boleh membawa maut..jadi lepas ni kita kene la same2 elakkan dari benda2 ni...

Kopi- Terdapat percanggahan pendapat yang hebat mengenai kopi ini. Selain terkenal dengan kebaikannya dalam dunia kesihatan, kopi juga berkemungkinan akan memudaratkan sekiranya diambil secara berelebihan.  

Hasil kajian pada tahun 1991 oleh IARC, peminum kopi dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser pundi kencing, sedangkan kajian yang dikeluarkan pada bulan Mei tahun yang sama mendapati bahawa lelaki yang mengambil enam atau lebih cawan kopi sehari akan mengurangkan sebanyak 60 peratus lebih rendah risiko kanser prostat. 
Minum dua atau lebih cawan kopi sehari pula dikatakan akan meningkatkan risiko kanser paru-paru sebanyak 14 peratus, menurut kajian pada tahun 2010.

Bedak- Bedak banyak digunakan untuk penjagaan kulit dan mencegah ruam, tetapi ia berkemungkinan akan menyebabkan kanser ovari jika diletakkan pada alat kelamin wanita. 
Zarah dari tuala wanita dan kondom juga boleh memberikan kesan yang sama. Hasil analisis data daripada 16 kajian mendapati, kenaikan 30 peratus risiko kanser ovari di antara pengguna yang meletakkan bedak pada alat kelamin.

Ikan masin- Makanan yang popular di negara Asia ini, akan meningkatkan risiko kanser perut, hidung dan usus.  Selain itu, kajian menunjukkan pengambilan makanan yang sangat masin turut memberi ancaman peningkatan kanser ovari dan prostat. 
Hasil analisis data pada tahun 2010 pula memberitahu daripada 77,500 lelaki dan wanita di Jepun, mendapati bahawa mereka yang makan ikan atau telur masin adalah yang paling sering mempunyai tahap tertinggi keseluruhan kanser.

Ubat hormon- Digunakan untuk meringankan kesan menopause atau kesan senggugut ketika seseorang wanita sedang datang haid. Hasil laporan daripada Women’s Health Initiative, penggunaan secara harian oleh seseorang wanita akan meningkatkan risiko untuk kanser payudara. Doktor menyarankan wanita yang menggunakan ubat hormon ini mengambilnya pada satu-satu masa sahaja dan tidak digunakan secara berterusan.



Rokok/ Alkohol- Digelar sebagai raja kanser. Tidak lagi perlu dinyatakan.


 so...beware dgn benda2 di atas lagi Raja Kanser tuu..ok sekian dr Dr Anna...semoga kita sihat selalu..amin...

No comments:

Post a Comment

komen dengan bijaksana..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...