Followers

2011/08/26

memilih

Assalamualaikum

Dah tinggal beberapa hari utk berpuasa, x lama lagi nak Raya..pastu nak masuk kelas balik,rasa cam x caya je,boleh ke aku tempuhi mcm kat Perak? Sbb senior pon kata suasana dekat sana sunyi x mcm dekat perak..waaa actually aku rindu nak dtg sana..jumpa Aizah,Tira,Ika dan kawan2 lain yg baik dgn aku..

Baru2 ni,aku ada la chat dgn sorang member kat FB..girl la…nama dirahsiakan..huhu..tgh chat2 lame tu dia cakap laa.. “best la dah ada bf,org ni single lagi..sedih” aku pon…erk???

Tak kisah la kalau single atau tak,bagi  aku kene la bersyukur sbb dua2 tu ada kelebihan dan kekurangannye..cth masa aku single,aku rasa bebas sikit utk berkawan..bkn dr segi negative la..aku rasa kalau kita byk kawan mudah utk kita belajar mcm2,dan bila ada kesusahan kita adalah tempat utk mengadu masalah dan mencari penyelesaian..
cth boleh tanya tentang masalah,lagi2 pasal study..Cuma niat kene betul jela..jgn la pikir yg bukan2..secara terus terang even time tu terasa nak ada someone tapi hati masih x terbuka pon walau dah jumpa ramai lelaki..sbb aku ni susah nak percaya org,aku kene kenal seseorang tu scr mendalam..hati budi dia..perangai dia dll..

sebelum ni ramai kata aku ni high taste,sbb suka laki2 hensem la ape bagai…plis la..memang aku penah describe sume tu..tapi dekat cerita dlm TV,drama Korea dgn Jepun laaa..kalau nak tgk citer memang aku prefer laki2 yg hensem jela(kebanyakan girl skrg,jgn nak tipu la ckp x suka tgk hero2 yg hensem,even korang pakai tudung labuh)apa salahnya..dlm Tv je kan..
aku tau la sbb masa duduk hostel dulu mcm2 kawan pompuan aku tgk x kira la free hair ke x…same je suka tgk laki hensem..mcm laki jgk kan suka tgk pompuan cantik..jenis lelaki yg aku suka ialah mcm ni..

1.       Hensem/cute
2.       BIJAK
3.       Tinggi lampai..dlm 175-180
4.       Kulit putih atau cerah
5.       Berisi,x suka kurus(muscular)
6.       Bersih
7.       Senyuman manis
8.       Simple tapi bergaya

Tapi jgn la sama kan dgn reality…even ada lelaki mcm ni tapi entah nape aku x nak terima even sume ciri2 ni dia ada..aku just kata tu ciri2 lelaki yg aku SUKA tau..aku x ckp lelaki yg aku NAK..

Aku bukan bodoh nak terikut2 citer fantasi dgn hero2 hensem adalah baik,dan org kurang hensem ni jahat2..sbb aku tau la diri aku sendiri bkn cantik pon,dah la pendek,tembam plak tu..tp aku bersyukur la dgn apa yg ada..sedang2 sudah..kalau cantik sgt nanti kan susah kalau jadi kes mcm Altantuya tuu..

Aku pegang pada kata2 yg hasil dr pengalaman hidup nii

“sempurna itu adalah bila kau dan aku saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing seadanya”

Ya nak cakap senang tp actually susah tau nak cari yg boleh terima kita seadanya..dan jg sebaliknya..kalau tgk citer ayat2 cinta dan Ketika Cinta Bertasbih pon nak cari pasangan kita kene teliti org tu mcm mane kan..aku boleh terima la semua sifat laki2 x kisah la baik atau buruk tetapi hanya sebagai kawan jela,

kalau bab nak pilih pasangan hidup,memang aku x terima la jenis2 lelaki kat bawah ni:

1.      Tak cukup Solat- ayah aku kata,lelaki kalau nak tau org tu baik carila yg cukup solatnya dgn baik..sbb nabi kan penah kate org yg solat ni terjaga (ayah aku x suka laki x solat)
2.      Kurang bijak – aku x berapa suka bila cakap dgn lelaki yg kurang bijak..ilmu kurang tapi tau nak cakap besar,dan bila ada msalah x tau nak buat apa..diam dan ckp.. “ermmm..tah la” or “err..owww”.. aku suka cakap dgn org yg boleh bg tau aku jawapan pada soalan2 aku,kira lelaki tu kene la lebih bijak dari aku laa…
3.      Merokok – bukan aku x suka cuma aku x nak lelaki merokok (sbb aku alah baunye)
4.      Sosial – benda ni bagus Cuma jgn la melampau sampai nak pegang2 pompuan,nak tepuk bertampar..kalau aku penah nmpak memang reject terus..kawan2 ok la
5.      X gentleman – aku paling x suka bila ada lelaki yg pakai duit perempuan..serius..bagi aku jatuh la maruah lelaki kalau mtk duit kat perempuan sesuka hati tanpa ada alasan yg kukuh sbelum kawin..dan yg suka ambil kesempatan…eeewww
6.      Pemalas  + pengotor : reject
7.      Mulut busuk –ok ni adalah sbg metafora utk lelaki yg byk cakap benda bodoh,lucah,mencarut dll..
8.      Kedekut – ayah aku kata kalau lelaki kedekut memang ayah aku akan reject jd menantu..haha

Haa..kat atas ni x ada pon citer pasal fizikal lelaki kan..sb ciri yg aku SUKA adalah berbeza dgn ciri lelaki yg aku NAK!!..sila fahamkan ayat nii k…bukti??? Ok korang boleh tgk siap a bf aku skrg..tinggi x sampai 175,muka biasa(mak aku panggil dia Ong Bak)..kurus(berat dia 50kg) dan kulit pon gelap dr aku..

tapi aku terima dia sbb dia ada ciri2 lelaki yg aku nak..dan berlawan dgn ciri lelaki yg aku x nak kat atas..walau dia budak bandar,tp Alhamdulillah dia cukup solat dan pandai mengaji..even masa kalau kua dgn dia,dia la yg akan ingatkan aku awal2 time utk solat..masa smpai ke destinasi cth alamanda,dia kan ckp “ok nt kita kat sini smpai pkul brpe,solat jap then balik”…

bukan la nak bermegah atau saje nak menunjuk..Cuma aku nak buka mata org2 yg ckp aku ni pilih bulu cr bf..ada yg kata aku ni saje pilih senior,dan dlm geng yg femes r(geng jijul ramai yg femes2 cth kawan rapat dia aan(photographer/director truemoment)..sbb masa aku kenal2 dia,aku memang x tau pape pon pasal dia,sape kawan2 dia,or org nye camne..lepas dah together baru la dia kenal kan kat aku kawan2 dia..mcm lina,syera,amir,omar..kwn2 sekolah dia cam,sabri,hisyam,adol,dini dll

dan jijul ni jenis cakap dgn nada lembut dan slow..x ada kasar2 dan dia x suka mencarut..aku rasa boleh dikira berapa kali dia cakap perkataan “BODOH” depan aku (tp bkn kat aku la)..serius!!!
itu pon adalah perkataan yg paling teruk dia penah ckp..kalau dgn member laki penah la aku trdgr dia ckp perkataan “Baa Beee”..(biasala kalau antara lelaki)..tapi member2 perempuan dia suma kata jijul ni x penah ckp mencarut depan dorang..dan dia memang rajin solat..bukan sennag nak cari studio base student laki yg x tinggal solat..serius susah..sepanjang masa aku masuk study,aku tgk ramai laki x solat..pompuan pon x ramai sgt..

Cuma satu yg aku x suka kat dia ialah masa dia marah..dia akan diam jeee…buat aku takut…so aku akan senyap seribu bahasa…haha

Kepada sape2 yg masih single,aku nasihatkan kalau korang nak cari pasangan hidup,waktu korang dah jumpa someone n close( tgh baru ada feel suka2 je) cari la orang yg menepati ciri2 yg sesuai utk masa depan,jgn terus jatuh syg atau cinta..kalau suka, korang msh boleh patah blk tp kalau dah cinta, even org tu haprak,terlebih social,beragama lain,playboy/girl or  laki/bini orang pon korang dah x kesah…sbb pikiran dah dikuasi nafsu cinta dan syg..dah x kisah apa akibat akan dtg...nauzubillah..kalau hanya ada feel suka,korang masih boleh patah blk..jgn rosakkan masa dpn..

wallahualam..

No comments:

Post a Comment

komen dengan bijaksana..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...