Followers

2012/09/01

Assalamualaikum

beberapa hari lepas..aku dapat berita gembira dari zizul...dia dah bg tahu hasrat dia pada emaknya dan alhamdulillah...emak dia pon setuju...untuk kami bernikah dulu...atau dlm masyarakat Melayu panggil sbg Nikah Gantung...dan dalam bahasa Arab lebih sesuai dipanggil Nikah Khitbah...

ebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

tetapi dalam masyarakat sekarang ini....peluang untuk nikah Khitbah adalah tipis...ia bergantung pada keluarga...dan dalam pandangan aku adalah keluarga yg lebih mementingkan hukum agama dari mata pandangan masyarakat...

sebaliknya...dalam arus moden ini,aku melihat 95% keluarga muslim Melayu lebih mementingkan kesucian adat dari kesucian dan penanggungan batin anak2 mereka sendiri...

walau pun emak zizul dah bersetuju tetapi aku tahu risikonya...mungkin akan ad apandangan dari saudara2 atau kawan2 keluarga yg memandang negatif tehadap keputusan tersebut...

ya Allah...sesungguhnya kau tahu apa yg terjadi pada batinku...aku tahu berdua dgn zizul dalam kereta itu juga dah berdosa...apa lagi kalau kami keluar berjalan2.....tapi aku x dapat menipu diri aku yg aku sangat sayang pada dia...tapi aku dan dia masih belajar...masyarakat pula akan menolak rancangan benikah waktu belajar...dan selalu memkirkan perkara2 ini yg membuat batin aku terseksa...

aku mahu bersama dgn dia selalu...tapi aku salu pikir dosa yg aku dan dia pikul...ye batin aku terseksa...dan aku tau apa ubatnya...aku perlu bernikah..aku mahu hubungan kami menjadi halal....tapi aku tau ia susah...susah bukan dari segi Islam..tapi dari pemikiran masyarakat yg telah diracun dgn pengaruh adat dan kehidupan mewah dan lain2...

alhamdulillah...mak zizul dah setuju...tapi bagaimana pula dgn ahli keluarga nya yg lain? kwn2 dan sedara maranya... dan ahli keluarga aku? bila memikirkan perkara ni...aku mula rasa perlu jauhkan diri dari zizul...seolah2 hati aku telah menyerah...dan mengalah...dan perkara ni buat aku sangat kecewa...hampa...maafkan aku...

No comments:

Post a Comment

komen dengan bijaksana..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...