Hafiz (penghafal Al-Quran) sekaligus pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.
PM Palestin, Ismail Haniya dan Presiden Mesir, Mohammed Mursi
Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran.
Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama
isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Alquran.
Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi
menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun
2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.
Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan
dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul
Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon
presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang
lalu.
Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa
Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed
Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah
kekuasaan Hosni Mubarak.
kekuasaan Hosni Mubarak.
Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah
Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid
berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh
gelaran mumtaz (sempurna).
Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin.
Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan
dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh
Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di
Palestin.
give respect!!^^
ReplyDelete