Followers

2011/06/18

letter for ur boss

surat yg power utk mtk gaji naik tanpa cakap perlu bayar or tulis perkataan MONEY....hehe



ok...boss mesti faham punyeeeerr...tp kalau dia balas mcm ni???

hehehehee

KENAPA MAKHLUK HALUS (jin, syaitan & iblis) NIE SUKA MERASUK MANUSIA?

assalamualaikum..

jin atau makhluk halus..semua tu adlah makhluk Allah juga..same mcm kita..beza dia adalh kita ni ciptaan Allah yg paling sempurna dan kita ni deberi akal untuk bezakan ygbaik dan burk..
Syaitan/iblis/jin ni semua memang la kategori jahat tp manusia pun ada yg lbh jahat dr tuu..bukti? yaa..bila manusia menjadikan
makhluk2 halus tu sbg hamba diorang..dan menjalankan aktiviti syirik...
sbb aku pun ada pengalaman yg lbh kurang..aku nak share perihal Jin/Iblis laknatullah ni...


1)      Jin/Makhluk halus ini memang suka berada di dalam badan manusia dan bersarang di dalam salur darah, urat nadi dan sebagainya
.
2)    Jin/Makhluk halus ini mungkin dihantar oleh seseorang untuk menganiayai kita.

3)   Jin/Makhluk halus memasuki badan manusia kerana ingin mengganggu kita terutamanya semasa kita menghadapi sakaratul maut. Mereka akan menggoda kita sehinggalah kita terkeluar daripada agama. Dorang akan berupa bermcam-mcam sama ada berupa ibu bapa kita dan sebagainya.
4)   Jin (Karin) merupakan jin yang sentiasa mendampingi kita bermula daripada kita lahir sehinggalah kita meninggal untuk menggoda kita. Merupakan jin yang jahat. Sebaik sahaja kita meninggal, jin nie juga akan turut berupa hantu yang akan sentiasa melakonkan kembali saat-saat akhir sebelum kita meninggal. Contohnya semasa kita meninggal accident, maka jin ini akan melakonkan kembali saat-saat akhir semasa kita meninggal (berupa hantu).
5)     Supaya kita takutkan makhluk halus ini lebih daripada Allah.
6)    Kita juga jangan terkejut, ada juga jin yang mendampingi kita merupakan jin pusaka daripada nenek moyang kita (Ade juga nenek moyang kita yang menggunakan khidmat jin untuk membuka ladang, menjaga rumah, menjadi pendiding, hebat dalam peperangan, membantu mengharungi badai lautan supaya tidak karam dan sebagainya. Jangka hayat jin ini juga adakalanya mencecah 7 keturunan generasi.
7)    Perawat juga memaklumkan bahawa dia pernah menemui pesakit yang mempunyai lebih seribu ekor jin di dalam badan.
8)   Kes lain bagaimana makhluk halus/jin boleh bersama dengan kita ialah untuk mengganggu hidup kita(maybe dihantar oleh seseorang) sampai kita sengsara .Jin tersebut akan sentiasa diseru dan dipuja oleh musuh kita sehinggalah berterusan mengganggu hidup kita. 

9)     Terdapat juga kes ade juga jin yang bersama dengan manusia kerana mereka sukakan seseorang tu dan tak mahu berpisah. 

1     Kenapa jin daripada bomoh siam lagi kuat? Jawapannya, kerana jin-jin nie selalu dipuja di tokong-tokong di Siam dan selalu diberikan makan. Pemujaan itu yang menjadikan mereka lebih kuat. (Tapi aku tak sempat tanya antara jin bomoh siam & jin bomoh indonesia, siapa yg paling kuat?!!)


      tapi dr pikir siapa yg kuat ..kita harus ingat bahawa Yang Maha Kuat itu lebih berkuasa...dan di atidak tamak..kita perlu meminta pertolongan dari Allah kerana makhluk2 halus itu jg makhluk Allah...
      "Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 
      Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.].



 t
t

2011/06/17

virus shortcut..how to remove it???

haaa..aku penah kene byk kl..sakit hati tau...sape2 yg penah study dekat UITM Seri Iskandar..mesti ada penagalaman ni...so..mesti tension plus bengang kan..ni solution dia..try k..
berikut adalah cara-cara nya tanpa memerlukan third party software. ini cara untuk virus dekat PC/Lappy:






Step 1
: taip resource monitor di start menu anda.


search resource monitor

Step 2 : setelah masuk ke resource monitor, pergi ke tab CPU, jangan closed resource monitor anda!



kenali virus yang menganggu computer anda

Step 3 : Right Click pada nama virus tersebut dan Suspend virus tersebut, cara untuk mengenalinya ialah mempunyai nama yang pelik-pelik ataupun menggunakan resource yang banyak.



suspend process virus tersebut

Step 4 : open folder options. dan tick pada show hidden files,folder .... dan untick pada hide protected operating system files

masuk ke folder option

Step 5 : untuk mengetahui virus tersebut telah disuspend ataupun tidak. tekan F5 selepas anda buat step 4.pastikan anda refresh di desktop untuk lebih mudah. kalau semua folder yang hidden tetibe hilang, maknanya anda salah suspend program.



jika hanya tinggal folder yang menjadi shorcut selepas anda refresh, maka anda salah suspend process

Step 6 : taip msconfig pada start menu search, pergi ke startup, untick pada program yang mempunyai nama-nama pelik disitu.

Virus shorcut mempunyai nama-nama yang pelik

Step 7 : kembali semula ke resource monitor anda, right click pada nama virus tersebut, klik end-process tree, process tersebut akan ada dibahagian bawah dengan status terminate.

terminate sudah, pastikan ianya tidak run balik

Step 8 : klik start menu anda, pilih nama user anda, kemudian, simply delete the virus tanpa ada masalah. delete virus yang mempunyai nama seperti virus yang anda sudah terminate di resource monitor.



bukak folder user anda,atas document tau
kenali virus anda didalam user folder anda
simply delete virus tersebut
hurmp...dah ilang, say gudbye too shortcut....

Step 9 : computer anda sudah bebas daripada virus tersebut :)




ok sekarang cara nak remove dr thumbdrive  :


Pertama sekali, anda perlu memastikan computer yang anda ingin gunakan mempunyai anti-virus untuk mengelakkan virus tersebut masuk kedalam komputer sekiranya anda tersilap langkah, buat masa ini, avast free edition mampu untuk stop attack daripada virus shortcut mahupun folder. anda boleh mendownload avast free edition disini(open in new window).


berikut adalah step-step yang anda boleh gunakan untuk solve this particular problem easily.
step

1, masukkan thumdrive anda ke komputer anda, pastikan anda hold key shift ketika anda sedang memasukkan thumdrive anda.

2. setelah anda memasukkan thumdrive anda, tekan start menu - all programs - accessories - command prompt (windows vista/7) ataupun hanya taip CMD pada search bar di start menu anda.

3. dialog command prompt akan keluar, anda hanya perlu menaip latter thumdrive anda, sebagai contoh, latter thumdrive yang anda masukkan tadi ialah F, jadi anda perlu taip F: kedalam CMD.

4. kemudian masukkan command yang diberikan dibawah
del *.lnk       // LNK tau, bukan ink, tulis dalam huruf kecil.lepas tue hit enter key, Command ini untuk delete semua shortcut yang ada.
attrib -s -h /s /d       //Seperti previous post, command ini untuk unhide semua file dan folder.
del autorun.inf       //virus shortcut akan menggunakan autorun ini untuk automatically run apabila thumdrive dimasukkan.
setelah itu, anda telah berjaya menyelesaikan masalah virus shortcut anda, tugas terakhir yang anda perlu lakukan ialah

5. delete program virus tersebut! paling penting bagi mengelakan gejala yang sama berulang, untuk mengenali program virus tersebut, berikut adalah klu-klunya.
     5.1 mempunyai nama yang aneh dan tidak tersusun seperti assbtez dan sebagainya, nama adalah berbeza bagi setiap thumdrive yang berbeza, sekiranya anda masukkan thumdrive lain yang terkena virus ini, namanya pasti akan berbeza.
    5.2 mempunyai icon seperti ini
mungkin virus ini dibuat mengunakan VB atau creator virus ini like VB too much

    5.3 ada 2 program, pastikan delete kedua-duanya, kedua-duanya mempunyai nama yang berbeza, persamaan antara mereka ialah icon yang sama :)

6. selesai, thumdrive anda telah berjaya dibersihkan. 

ok selamat mencuba~..hapuskan virus selamatkan file anda~ 

2011/06/16

The Fleet of Putrajaya in the Putrajaya Waterfront Development area.



salam..hai...as an interior architecture student...harus untuk aku cerita pasal hal seni bina kan..yaa aku terjumpa satu entry menarik tentang satu projek yg bakal wujud di PUTRAJAYA..yaa...my feveret city....

Putrajaya is about to add a new astonishing residential project:  
The Fleet of Putrajaya in the Putrajaya Waterfront Development area.

The sustainable design is unique with marine-inspired structures that resemble ships and draw from the country’s traditional Islamic designs. The project is arranged in a permeable, radiating block of bio-climatic architecture.

oraiteee..jum tgk pics projek baru nii...

Projek Mega di Putrajaya


Nampaknya Malaysia sedang merancang membina satu lagi projek mega. Satu kawasan pembangunan perumahan dirancang di “Putrajaya Waterfront” yang dikenali Precinct 4, kira-kira 30km daripada Kuala Lumpur.

Konsep Designnya lebih kepada senibina tardisional islam + hidupan laut.

Design ini direka oleh Studio Nicoletti Associati dan Arkitek Malaysia, Hijjas Kasturi Associates (yang menyediakan pelan induk Putrajaya). Matlamat projek ni ialah model kepada design projek perumahan dan juga bandar yang mempunyai lanskap tersendiri dengan tasik buatan manusia yang luas.

Matlamat arkitek tersebut ialah untuk mereka cipta design bangunan “yang menunjukkan budaya moden, islam, dan kehijauan alam semulajadi”.

Apa yang baiknya, bangunan ni menggunakan sumber tenaga alternatif, dan dijangka dapat mengurangkan penyebaran karbon dioksida diudara sebanyak 50% berbanding dengan projek perumahan lain..

Bagus-bagus 


Maklumat lanjut  The Fleet of Putrajaya



    cane? hebat kan development kat PUTRA ni??? macam bentuk kerang kan???
tu la aku dah ckp dekat entry sblm ni...so meati rasa cam nak tinggal kat sane kan..aku suka sbb ada gaya islamic + high tech~....haha..so curious ..when it will be complete???

Stormtrooper from Star Wars...jeng jeng...dah turun ke bumi....

hai semua...korang minat x Star Wars?? 
actually aku bukan la peminat dia..ak cme penah tgk 2x je mse citer dia yg first dagn episod akhir..tu je yg aku rasa best...yg laen tu aku x minat..kali ni aku jumpa lak pic2 pasal satu ikon dlm citer tu..
kreatif betul photographer yg buat gambar ni...saksikaaaaannn...kedatangan STORMTROOPER


bermain-main dengan gajah
                                                bermain-main dengan gajah
taming a yoshi
taming a yoshi
gmailing luke skywalker
gmailing luke skywalker
menghapuskan selsema babi H1N1
menghapuskan selsema babi H1N1
fishing in the toilets
fishing in the toilets
memanjat set drum
memanjat set drum
main sepit-sepit kepala
main sepit-sepit kepala
main masuk-masuk kepala dalam botol
main masuk-masuk kepala dalam botol
memusnahkan istana pasir
memusnahkan istana pasir
sibuk main bubble wrap
sibuk main bubble wrap
menikmati permandangan tepi pantai
menikmati permandangan tepi pantai
serangan pikachu gergasi
serangan pikachu gergasi
abseiling
abseiling

Hahaha menarik tak aktiviti stormtrooper waktu lapang ini?aku suka sangat pic2 ni sangat kreatif....

kasihannye Jimmy...




kenal x siapa ni??? dulu aku suka sangat dgn jimmy nii sbb dia cute sgt..hehe..aku pnh tgk trek slebriti dia..dia ni ada ciri2 suami yg yg baik..tp kesian pulak dekat dia..jd seorang suami yg baik x semstinya akan dapat mengekalkan perkahwinan kan..sbb kahwin tu memerlukan kerjasama dr suami isteri...
jum kita terjah...ceh sekarang..reporter Anna Yusuf sedang melakukan siasatan..hehe...yeszzzaaa...

REMUK hati Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, apabila alam perkahwinan dilaluinya tidak pernah bahagia, malah hanya mengundang derita dan sengsara. Air matanya gugur setiap kali mengenangkan sikap isteri, Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimi, 25, terhadapnya.

Di manakah rasa hormat seorang isteri terhadap suami, dia ditinggalkan pergi begitu saja. Hilang tanpa bicara walaupun sepatah kata. Sehingga kini bekas pengacara Trek Selebriti itu hairan kenapa Suhaila sanggup memperjudikan mahligai yang baru mereka bina.

Andai kata dalam hati tiada rasa kasih, kenapa perlu bersetuju untuk berkongsi hidup dengannya dulu. Ada isteri, tetapi entah ke mana perginya. Apabila Jimmy enggan menceraikan isterinya, bukan bererti dia dayus tetapi dia tidak mahu berkahwin semata-mata untuk bercerai. Selagi terdaya, dia akan berusaha menyelamatkan rumah tangganya.
Kepingin sangat hatinya untuk mendampingi isteri tetapi itu hanya angan-angan kerana hubungan mereka kian jauh. Dalam pertemuan dengan wartawan Selebriti, NOR AKMAR SAMUDIN, Selasa lalu, Jimmy enggan berahsia lagi. Dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.

Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.

Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.


Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.

Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.

Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.

Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.

Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.

Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.

Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.

Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.

Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.

Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.

Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.

Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.

Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.

Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.

Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati... sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.

Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.

Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.

Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.

Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.

Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.

Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.

Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.

Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.

Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.

Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.

Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.

Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.

Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.

Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.

Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”

(Sumber : myMetro)

Terharu! Dan semalam sempat tengok Jimmy jadi hos berdampingan dengan Aznil untuk konsert final AF9 dan dia kata gementar--tengok mahkamah dan dia sedih--sebab masa jadi pengacara boleh main main mata kat bawah tapi sekarang main mata dalam mahkamah.. Memang nampak kesedihan di wajah Jimmy..

walau ape pun..moga jimmy tabah la ye..ada hikmah disebalik yg terjadi...insyaallah...LELAKI YG BAIK ADALAH UNTUK PEREMPUAN YG BAIK.. aku yakin Jimmy blh menjadi suami yg baik..dia ada ciri2 suami idaman aku..hehe...rugi betul la bini dia buat mcm tu...

2011/06/15

5 punca kanser..ALERT!!

assalamualaikum

hai..ok skrg nak main doktor2 pula...hehe..Dr Anna(cehhhh)...nak bg tau perkara penting pasal 5 sbb utama kanser..yaa...kanser adalah antara penyakit serius yg boleh membawa maut..jadi lepas ni kita kene la same2 elakkan dari benda2 ni...

Kopi- Terdapat percanggahan pendapat yang hebat mengenai kopi ini. Selain terkenal dengan kebaikannya dalam dunia kesihatan, kopi juga berkemungkinan akan memudaratkan sekiranya diambil secara berelebihan.  

Hasil kajian pada tahun 1991 oleh IARC, peminum kopi dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser pundi kencing, sedangkan kajian yang dikeluarkan pada bulan Mei tahun yang sama mendapati bahawa lelaki yang mengambil enam atau lebih cawan kopi sehari akan mengurangkan sebanyak 60 peratus lebih rendah risiko kanser prostat. 
Minum dua atau lebih cawan kopi sehari pula dikatakan akan meningkatkan risiko kanser paru-paru sebanyak 14 peratus, menurut kajian pada tahun 2010.

Bedak- Bedak banyak digunakan untuk penjagaan kulit dan mencegah ruam, tetapi ia berkemungkinan akan menyebabkan kanser ovari jika diletakkan pada alat kelamin wanita. 
Zarah dari tuala wanita dan kondom juga boleh memberikan kesan yang sama. Hasil analisis data daripada 16 kajian mendapati, kenaikan 30 peratus risiko kanser ovari di antara pengguna yang meletakkan bedak pada alat kelamin.

Ikan masin- Makanan yang popular di negara Asia ini, akan meningkatkan risiko kanser perut, hidung dan usus.  Selain itu, kajian menunjukkan pengambilan makanan yang sangat masin turut memberi ancaman peningkatan kanser ovari dan prostat. 
Hasil analisis data pada tahun 2010 pula memberitahu daripada 77,500 lelaki dan wanita di Jepun, mendapati bahawa mereka yang makan ikan atau telur masin adalah yang paling sering mempunyai tahap tertinggi keseluruhan kanser.

Ubat hormon- Digunakan untuk meringankan kesan menopause atau kesan senggugut ketika seseorang wanita sedang datang haid. Hasil laporan daripada Women’s Health Initiative, penggunaan secara harian oleh seseorang wanita akan meningkatkan risiko untuk kanser payudara. Doktor menyarankan wanita yang menggunakan ubat hormon ini mengambilnya pada satu-satu masa sahaja dan tidak digunakan secara berterusan.



Rokok/ Alkohol- Digelar sebagai raja kanser. Tidak lagi perlu dinyatakan.


 so...beware dgn benda2 di atas lagi Raja Kanser tuu..ok sekian dr Dr Anna...semoga kita sihat selalu..amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...