Followers

2013/01/25

Pesta Mabuk Yahudi yg Bodoh


Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun para penganut agama Yahudi akan menyambut perayaan Purim yang membenarkan mereka mengambil minuman keras sehingga mabuk.

Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras sehingga lupa diri.


Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I).

 Mordecai dan Permaisuri Esther

Perayaan yang sebelum ini disambut pada setiap hari ke-14 Adar mengikut kalender Hebrew itu kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin.

Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum. Berikut adalah beberapa keping gambar perayaan Purim yang disambut di sebuah rumah ibadat Yahudi dan sambutan di jalanan di sekitar Jurusalem.

budak kecik pon dia ajar hisap rokok!







































 
 
alololo..bodohnye la

2013/01/24

Mereka Mencipta Matahari Sendiri

Assalamualaikum...Jangan salah sangka. Mereka bukan mencipta matahari untuk disembah dan menganggap seperti tuhan. Namun tindakan penduduk kampung Viganella mencipta cahaya matahari itu adalah disebabkan di kawasan mereka tidak mendapat cahaya matahari akibat terlindung dari bukit yang tinggi. Oleh kerana itulah, mereka mencuba mencipta alat pantulan cahaya yang dapat memberi sedikit cahaya. Genius bukan? Boleh lihat gambar di bawah ini.



Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.

Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.

Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!
Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.

kampung1

Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.

Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!

Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.

Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.

kampung2
kampung3

Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.

Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.
” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.

Pemimpin Negara yg Mengahafal Al Quran

Hafiz (penghafal Al-Quran) sekaligus pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.
 PM Palestin, Ismail Haniya dan Presiden Mesir, Mohammed Mursi 
 
 
Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran. Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Alquran.
Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun 2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.

Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang lalu.

Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah
kekuasaan Hosni Mubarak.

Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh gelaran mumtaz (sempurna).

Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin.
Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di Palestin.

Pemilik suara Doraemon + Boiboi Boy + Naruto + Ultraman!!



fuh fuh..layan~

Judas Iscariot..pengganti Nabi Musa yg Disalib


Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas Iskariot) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Ini disebabkan oleh tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.

Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa/ The Apostle ) kepada ketua-ketua imam Yahudi.
gambar hiasan-bukan gambaran sebenar,ianya hanya ilustrasi dari pelukis)-Judas Iscariot (right), retiring from the Last Supper, painting by Carl Bloch, late 19th century.

Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun ( The Apostle) menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (Last Supper). Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsemani, Baitumuqaddis.


Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan “Salam sejahtera wahai Rasullullah” dalam bahasa Ibrani).

Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.

Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.

Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.

Gambar Hiasan

Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata “Eli-Eli Lammasabacthtani” maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku”. Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.
Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa’:157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as. (sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)


dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakandengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa”. 
(An Nisaa’ : 157)

wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...