Followers

2012/02/23

Architecture :Rumah Pokok Terkecil Di Dunia yg Comel

Assalamualaikum

Apabila disebut tentang rumah pokok, akan terbayang di minda kita rumah kayu yang dibina di atas dahan sebatang pokok gergasi yang besar dan kuat. Pada kali ini, pihak KB ingin mendedahkan penemuan terbaru dan unik tentang rumah pokok. Rumah pokok yang dimaksudkan tersebut ialah 'Rumah Pokok Yang Paling Kecil di Dunia' yang di cipta oleh bekas pengilustrasi majalah fesyen Jepun, Takanori Aiba

Encik Takanori Aiba berjaya mencatat rekod sebagai pembina rumah pokok terkecil dunia kerana beliau membina rumah berkenaan di atas pokok bonzai. Pokok kecil yang sememangnya menjadi pujaan ramai. Beliau menggunakan pelbagai jenis alatan seperti kertas, plastik, cat, resin akrilik dan bahan-bahan lain lagi untuk menghasilkan senibina menakjubkan ini.







2012/02/22

bersangka baikla pada Allah

Assalamualaikum

Bila Allah makbulkan doamu maka dia menyayangimu
bila Dia lambat makbulkan doamu,maka Dia ingin mengujimu
bila Dia tidak makbulkan doamu,maka Dia merancang sesuatu yg terbaik untukmu..
oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan…
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya
subahanallah

Petua Elak Bulu Ketiak Tumbuh

Assalamualikum



Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. 

Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

selamat mencuba..xoxo

Misteri mayat atas kubah Masjid Nabawi

Assalamualaikum..



Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul Saw yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra.

Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul Saw kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah Swt dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi Saw: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah)

Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi Saw adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi Saw.

Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2 .

Program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi Saw dengan sabdanya menjelang wafat: “Selayaknya kita memperluas masjid ini”.

Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.

Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad Saw, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.

Inilah yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)

Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi).

Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan.

Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang. 



Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan “Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i’tibar”.

Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google “Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi”.

Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul Saw adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik.

Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111).

Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut?

Adapun maksud Nabi Saw Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua’lam

Durian berbuah kat pangkal pokok


Assalamualaikum

aku nak menunjukkan satu benda yg pelik tapi benar...subhanallah..semua kuasa Allah...

Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis. Nama saintifik - Durio zibethinus Murrdari keluarga Bombaceae.

Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari. Pada awal dan penghujung musim, buah dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit. Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak.

Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian diperam hingga masak. Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia.

Pada kebiasaannya pokok durian berbuah pada dahan pokok dan di hujung rantingnya. Akan tetapi pemilik dusun durian ini mempunyai pokok durian yang sungguh pelik kerana mengeluarkan buah pada batang utama pokok dan juga di bahagian pangkal pokok.

Secara tidak langsung, kejadian pelik ini memberi kemudahan kepada petani ini untuk memungut hasil buah durian. Apa tidaknya, buah tersebut mudah dilihat dan berada di pangkal pokok.


Bagi memastikan buah durian tidak rosak dan makan oleh haiwan di dusunya, beliau memagari di sekitar pangkal pokok dengan jaring dawai. Apabila masak buah tersebut akan gugur dari tangkainya dan buah durian sentiasa berada di dalam kawasan yang dipagari itu.

result dah keluar

Assalamualaikum


result dah keluar...aku sangat2 la takut nak tunggu ketibaan hari ni..sbb ada member cakap Lecturer kata maybe ada yg fail dalam 5 or 6 orang...
lepas solat hajat malam tadi...aku pon tawakal jela...sbb bukan boleh buat ape2 lagi kan...yg penting aku kene kuat kan hati untuk terima keputusannya...aku tau aku belum bagi 100% full commitment sem lepas..yelakan ..mana x bengang bila nak buat kerja then lappy buat hal..asyik not responding jek...pastu gaduh dgn roomate lagi...hmmmmm...

aku kuatkan hati gak untuk tengok result...waaa..alhamdulillah..lulus jugak..tapi walau bukan dekan..aku bersyukur sangat2..sebab bagi aku ni langkah awal di shah alam..bukan mudah..sebelum ni aku takut sbb ada ramai gak yg x lulus masa batch zizul dulu...

sekarang ni aku dah biasa dgn environment kat shah alam..berbanding dgn dulu..so aku harap aku dapat buat dgn lebih baik sem depan..bagi aku dekan tu x penting...aku penah jadi student cemerlang waktu study dulu..dan dapat dekan waktu diploma..aku tau tekanan yg aku dapat kalau dapat dekan every sem....so lepas degree ni aku x harap untuk dekan..aku cuma harap aku dapat manfaatkn apa yg aku belajar ni lepas alam study...aku x nak lagi tertekan untuk pertahankan dekan..haha...aku nak free..lantak la orang nak kata apa...

walau bagaimana pun..tahniah pada mereka yg dapat dekan..dan alhamdulillah..result aku naik sikit dari waktu degree di perak dulu..alhamdulillah..tu yg aku lega sangat2...hee :)

2012/02/17

Allah..sembuhkan ayahku..

Assalamualaikum

sepanjang cuti ni,aku banyak habiskan masa dgn membantu ayah aku..baru2 ni kaki dia naik bengkak teruk..kat umah cuma tinggal aku,abg dan emak..abg aku..hmm biasala..susah nak diharap sangat...so tugas ayah nak pergi mana2 aku la yg pergi hantar...

baru2 ni ayah buat surgery buang katarak mata sebelah kanan...baru pergi cuci sekali,ayah aku dah degil x nak pergi lagi....kata membazir je,blh cuci sendiri...degil sgt...last2 doktor call baru nak dtg...sampai sane doktor kata mata ayah aku byk habuk dan kotoran,dan ada mcm ulser nk tumbuh...nasib baik la x ada apa2 yg teruk..
ayah aku ni,x suka x buat pape kat umah..so lepas berehat 3 4 hari,gatal nak pergi kebun....kaki dah bengkak..doktor pon dh x blh buat pape...kata nak potong pulak..ayah pon takut dan order Ling Zhi..satu ubat dari China...mahal tau...sekotak RM270,blh tahan 5 hari jek

alhamdulillah..bengkak dah turun..cuma lubang kaki ayah aku mcm makin membesar..dan aku lah yg tolong cuci tiap2 hari...sbb ayah aku ni rabun..susah nak nampak..kesian sgt kat ayah aku..in same time aku sedih...sedih sgt...takut pape benda teruk jadi..so aku call kakak aku yg umi..biar dia yg nasihatkan..hmm tapi kejap je,ayah aku dah jd cam dulu balik..nak jugak pergi keje...

sampai satu hari...masa aku tgh cuci kaki ayah aku tengok jari tengah kaki sebelah kiri ayah jd gelap merah2 nak kehitaman..mcm ada darah beku..aku takut..adakah bahagian tu jd daging mati? ayah aku nafi makan air manis or benda bukan2, tapi mak aku bg tau ayah aku curi2 minum 100 plus..naik darah aku...sorry tapi time tu memang aku marah ayah aku...susah nak berpantang ,x kesian kat diri sendiri!..aku takut jadi pape kat ayah..takut sgt..aku dah x ada ayah lain..tapi ayah degil! degil sangat2....

nasib baik td petang warna gelap tu dah surut..cuma tinggal 2 darah beku..dan tiba2 salah satu tu pecah sendiri...darah beku tu cair,mcm ada campur air..aku pecahkan yg sebelah lagi...aku cuci dgn air detol n wellmax, bagi kuman x ada..dekat setengah jam nk cuci dua2 kaki tu...

kesian ayah..sejak kaki dia mcm tu..susah dia nak ke masjid...sampai ada org masjid dtg tanya nape dah lama x nampak ayah aku...tapi ayah x bg tahu pasal keadaan kakinya..maybe dia malu dan x nak susahkan sape2...even kawan dia yg dtg tu adalah seorang doktor...
dan sebabkan ayah aku..aku langsung x ada hati nak sambung bisnes aku...kalau ada org tanya...aku just jawab.."aku malas"....hmmmmm...
aku risau...kalau aku dah naik sem nt..sape nak tolong ayah aku cuci luka? emak aku? hmmm kesian la dia ada banyak keje dia nak uruskan...mak aku bukan muda lagi..kadang2 mak aku tertidur sb penat dan lupa nak tolong ayah aku..tapi masa cuti ni..aku la yg tolong cuci...aku betul2 berdoa agar ayah aku cepat sembuh...amin...

2012/02/08

tentang Hijab

Asslamualaikum
 
 

dah lama aku x menulis di blog..walau ada banyak benda best nak share tapi sikap malas lebih menebal..hik hik....
dan aku nak story morry pasal satu benda ni..iaitu pasal HIJAB..yes...mesti semua tau kan...hijab tu apa...dan dari perspektif aku pasal hijab dah makin bertambah..melalui apa yg telah aku baca,tengok dan dengar...

aku sedar dulu aku ni bukan la pemakai hijab yg setia dan betul..sikap kebudakan2 aku yg x matang dan x berfikir secara serius pasal benda2 ni dulu..sampai aku masuk tingkatan 5 mcm tu aku start untuk memakai hijab dgn kerap...ye semua ni pengaruh kawan2 di sekolah..time ni kawan2 perempuan aku bertambah...dan rasa malu pon dah makin menebal..

tapi aku masih dipengaruhi lagi satu pengaruh iaitu..kakak2 aku..dulu kakak aku yg pertama tak memakai tudung,dan seterusnya kakak aku yg kedua..cuma kakak aku yg ketiga je memakai tudung..tapi penah gak aku nampak dia free hair...maybe masa tu dia baru masuk UiTM...kadang2 je..lepas tu aku tengok dia memang dah tutup sekarang...

dan waktu dulu aku lebih banyak meminjam baju2 dari kakak2 aku sbb aku ni x pandai shopping baju..so kira baju2 aku dulu x ada yg labuh pon..tapi aku ni jenis x kesah sangat pasal penampilan...aku pakai je apa yg ada..dulu sgt lurus..bendul..haha...lagi aku x suka keluarkan duit untuk baju..better save utk beli manga..haha

tapi bila dah masuk PASUM..aku dikelilingi kawan2 yg berhijab penuh..memakai tudung x bersilang...aku pon rajin pergi surau masa kat sana..aku dapat rasa environment dikelilingi kawan2 yg jenis mcm ni...tapi dulu aku ni ikut2 jek..balik umah kakak2 aku panggil aku Ustazah...

lepas aku keluar dari sana..aku masuk Uitm..dan kursus yg aku amek pulak ada kawan2 yg berhijab dan ada yg x...dan aku masih lagi kadang pakai kadang buka..kalau kat dlm Uitm aku pakai tapi kalau keluar dgn kakak aku jarang2 pakai...entah nape pon aku x tau..maybe sbb kakak aku x pakai kot...

tapi lepas aku putus cinta dulu..aku lebih banyak melakukan ibadah utk dekatkan diri pada Allah...adahikmah rupanya...aku banyak membaca pasal perempuan2 yg dulu x berhijab dan kemudian telah berhijrah menjadi seorang muslimah yg berhijab penuh..rasa makin kagum dan lebih terpikat lepas tengok cerita AYAT-AYAT CINTA..haha.....

aku mahu jadi macam diorang..tapi aku x nak perubahan yg terus menerus..sbb aku takut hati aku x kuat..takut nanti aku berubah drastik then satu hari aku berubah balik seperti dulu...so aku buat sikit2..mula2 aku nekad utk memakai tudung sepanjang masa aku di luar...kadang2 aku terlupa gak pasal azam aku tu..huhu...tapi alhamdulillah...atas nasihat dan dorongan dari zizul...azam aku semakin kuat...insyaAllah..aku akan terus berhijab dan x akan buka lagi..

selain tu aku nak berkongsi pasal sesuatu...tentang Hijab lagi..bagi aku..Hijab bukan saja pasal kita menutup Aurat(Cover)..ye kita kene cover..bukan wrap....hijab juga bermaksud kita cover diri kita dari terlebih banyak cakap..memakai make up yg tebal..ketawa yg berlebihan dan mengilai2...dan juga cara percakapan kita...so hijab x semestinya bila kita keluar..tapi juga bila kita bersama muhrim2 kita..bila kita x perlu bertudung pon kita kene cover hijap hati dan mulut kita....

sbg contoh...kalau anda seorang muslimah..berhijab..tapi hanya di kepala juga tidak betul...
atau berhijab tetapi memakai sesuatu yg jarang sehingga nampak susuk tubuh dalam...pon x betul..
tapi benda yg aku sgt x boleh terima...mereka yg berhijap penuh..cover the body perfect-fully...tapi tidak pada mulut dan hati mereka...maksudnya mereka x jaga hati mereka,bercakap buruk dan suka menyakitkan hati orang lain..itu lebih buruk dari mereka yg x berhijab...

kadang2 aku pelik..ye aku terjumpa ramai orang mcm ni...berhijab..tapi x solat...mungkin kerana fashion semata..atau berhijab tapi mempunyai hati yg gelap..
aku rasa marah pada org mcm ni...bagi aku better kita perbetulkan hati seiring dgn pemakaian kita..bukan hanya menutup di luaran sahaja..like a rotten apple....di luar nampak cantik..tetapi di dalam ada isi yg busuk...

ye aku juga pernah jumpa ada juga kawan2 yg alhamdulillah..berhijab dgn sempurna dan masih menjaga hati dan percakapannya...aku masih belum dapat menjadi seperti dia..tapi aku berazam suatu hari nanti..aku akan menjadi sepertinya....insyaAllah...

ps:dulu kecik2 nak pakai gown masa kahwin...tapi sekarang.......xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...