Followers

2012/04/21

anuar zain

Assalamualaikum

ok aku bukan la peminat fanatik dia, minat biasa2 je sbb tak byk lagu dia yg aku tahu..tapi aku tahu yg dia ni artis kira hebat la kat Malaysia ni...

tadi aku pergi teman azizul beli barang komputer dgn kawan dia Omar,lepas tu jalan2 jap sementara tunggu pc azizul kene fix kat kedai, then Omar tanya aku, "anna minat Anuar Zain x?" nape tiba2 sebut pasal dia lak ni? so aku cakap..hmm biasa2 jela...pastu dia kata..
"jap gi kita lepak skl dgn dia..nt blh amek gambar dgn dia"...
haaa biar betul omar ni..aku tanya la kat dia...tup tup dah ada kat depan mata aku..damn!! diam terus minah ni kan...

time tu lepak kat satu kedai kopitiam ni, lepak kat luar je,ada kawan2 omar sekali,haa dgn asap berkepul2..x tahan aku...then Omar kenalkan lah aku dekat artis tu....malu2...serius aku cover jela malu tu..haha...

pastu Omar tanya aku,nak bergambar tak dgn anuar zain?..tapi aku tolak sbb malu sgt2,ada ramai kawan2 Omar..nanti dorang kate aku ni cam BATAK lak..xpela..lg pon aku bukan peminat dia,kalau yg dtg tu Aizat ke,Pasha Ungu ke,Imran Ajmain ke...heee~ok ler..tapi satu kenangan baru bg aku la sem ni,sbb dapat jumpe Anuar Zain..

dia seorang yg gentleman dan sgt pembersih..dan yg penting dia humble dan tak sombong~dan peribadi dia tu dah buat aku jadi minat gak kat dia


2012/04/20

PETUA TIDUR NABI SAW







SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.




Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.






Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.




1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.




2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.




3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.




4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan


untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.




5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.


Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.




6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.




7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.




8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

2012/04/11

AKU BUKAN BIDADARI

kasih

tak mampu untukku memberi bintang padamu
apa lagi untuk  membina istana emas sebagai hadiah cintamu

kasih

aku bukan lah bidadari syurga
yang cantik tiada bandingnya
aku tak mampu menukar racun menjadi madu
apa lagi berdendang merdu untukmu

kasih

kekuranganku adalah ketakutanku
keburukkan ku adalah kebencianmu
kejahilanku adalah kesalahanku

kasih

hadir mu adalah sinar ku
senyummu adalah penawarku
membuat ku salu diam terpaku

kasih

tahukah diri ini ingin selalu bersamamu?
takut akan kehilanganmu?

 kasih

tahulah bahawa aku mencintaimu
dalamnya hanya Tuhan yang tahu
kehilanganmu adalah kematianku






for azizul fitri mohd radzi....




2012/04/03

semester 06

Assalamualaikum

dah sebulan lebih baru nak post pasal masuk sem 6 ni...sebab buzy dan kalau ada masa pun malas nak type..hmmm sem ni aku rasa lebih baik dari sem sebelum ni..kenapa? sbb pertama aku dah ada umah baru..bilik baru..yeah..privacy more,kawan2 dlm umah baru ni pon lebih baik dari sebelum ni..

banyak yg aku dah hadapai masa sem ni contoh sem ni aku dapat sambut birthday party dari housemate aku..ouw..rasa terharu sangat2...ni la first time dapat birthday party..sebelum ni family aku buat dah siap2 plan..tu pon kali terakhir masa umur aku 14 tahun...huhu...x sangka dah tua2 ni dapat lagi party tok aku...thanks pada kawan2 yg sediakn birthday party tu dan thanks pada Azizul sbb sorokkan benda ni..yeah,..thanks for the surprise~




 thanks to kawan2 yg sudi datang memeriahkan majlis...dan yg dtg support anna...thanks to maisarah,fareha,puteri,ika,aki,syak,ridwan,aifa,fuad dan din...serta that guy azizul..love u all
ni masa kita sambut sama2..yeah~..makan dekat Fish Market Manhattan...Putrajaya....


i love u my frens n syg ~

ehem2..lepastu kan aku busy dengan kerja2 pergi site je..buat itu buat ini..last2 sakit...
 hee dapat kawan2 baru...sume awesome2 gitu..




haha...termuntah2 dan demam..huuu...sampai kene duduk wad unit kesihatan uitm,kene cucuk injection 2x dan masuk air sampai aku rasa boring giler...dan yg aku x boleh tahan adalah aku jadi x keruan lepas kene injection tu...ada je x kene.....alhamdulillah dapat MC 2 hari...huhu.... 




huhu sekarang ni tengah selsema lak..nak makan jap gi...

P/S: maybe bulan 8 ni jadi ke x? sb kalau jadi aku akan makin bz la nampaknye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...