Followers

2011/07/31

Sejarah Dajjal

salam

sempena bulan Ramdhan nak datang ni, aku terdetik utk buat research cikit pasal dajjal ni..semua bermula lepas aku tonton video pasal "AHMAD DHANI DAN DAJJAL"dlm video2 tu ada byk mengungkapkan pasal kaitan Dhani dan Freemason dan juga dajjal..



tp aku nak kongsikan pasal sejarah Dajjal ni..aku ada baca mcm2 contents kat internet tp aku jumpa satu blog ni yg pendekatan dia lebih mudah la..

entry tu kata....
pernah diceritakan kepada aku tentang tamimini. Rasulullah pernah memberi tahu tntang tamim akan hilang secara tiba2 kepada saidina ali (kalau x silap r. semasa tamim blk semua org x knal die, dan dia (rasulullah) ketika itu sudah wafat. jadi nabi memberi tahu kepada saidina ali yang tamim tu akan mempunyai tnda dibadan iaitu tnda hitam diblakang bdan.


CERITA KEHILANGAN TAMIM

tamim tetiba hilang disebabkan diculik oleh jin afrit ke dalam alam ghaib @ alam jin. ia bertujuan untuk menyesatkan si tamim ini. tetapi kerana keimanannya yang tiggi, tamim terlepas dari gangguan itu. sehinggakan segelintir dari jin2 itu masuk islam.

setiap hari tamim berselawat kepada nabi dan beristighfar kepada Allah. kerana hal demikian, jin islam terdengar ayat2 suci itu dibaca dikawasan jin2 afrit. lalu jin islam itu melewati ke suara yang membaca ayat2 suci. setelah itu, jin islam bertemu dengan tamim dan bertanya kepada tamim kenapa berada disini. tamim menjelaskan yang dia diculik kemari. dengan serta merta, jin islam yang masa itu lebih kuat dari jin kafir, telah mengarahkan jin afrit yg menculik tamim membawa pulang ke tmpt asal. lalu jin afrit itu menghantar tamim ke tempat asal.

kerana kejahatan menguasai diri jin itu, jin itu merancang untuk menggunakan tamim itu mendapatkan cincin nabi sulaiman yang mana sesiapa yang memakai cincin itu, akan berkuasai dibumi (pernah menonton cirita lord of the ring? diceritakan bahawa cerita LOTR adalah diambil dr cerita tamim ini kerana cerita tamim ini pernah di tulis didalam buku, dan berkemungkinan telah dicuri semasa islam kalah dengan perang salib). lalu si tamim pun sanggup mengambil cincin itu. sampai disuatu tmpt yg dikatakan terletak cincin itu, tamim samuk ke sebuah gua. semasa si tamim hendak ambil cincin itu, muncul ular berkepala 2. ada yang mengatakan 2 ekor ular.

ular2 itu melindungi cinci itu. ular itu menanyankan bagaimana tamim tahu dimana tmpt cincin itu disembunyi dan mcm mana tamim blh nmpak cincin itu kerana orang beriman dan nabi2 saja yg boleh nampak cincin itu. lalu tamim memceritakan kepada ular itu. lalu ular itu mengatakan yang tamim telah diperdayakan oleh jin afrit. lalu tamim memarahi jin itu. tidak silap, tamim ada mengugut kepada jin itu lalu menyebabkan jin itu takut, lalu menghantar tamim ke dunia balik.

selama perjalanan itu, jin menasihatkan agar tamim berzikir semasa melaui suatu kawasan kerana jika tidak petir akan sambar kepada jin tersebut lantas akan mengenai tamim secara tidak sengaja. lalu seperti yang dinasihatkan, tamim berzikir, sehingga jin itu melaui disuatu kawasan yang tersangat indah, membuatkan tamim terpegun sehinggakan tamim berhenti beerzikir. oleh kerana itu, petir pun menyambar mereka, lalu jin terlepas tamim dari pelukannya, lalu tamim jatuh disebuah PULAU. ingat lagi pasal tanda hitam dibelakang badan tamim seperti yang nabi certiakan kdp saidina ali?


TAMIM DIPULAU

dipulau itu, tiada pun makhluk melainkan hanya tumbuh-tumbuhan. tamim bkehulu kehilir mencari makhluk, agar dia dpt tahu dimana dia sebenarnya. sehinggalah dia berjumpa dengan sekoar makhluk berbulu lebat. dia bertnya kepada makhluk brbulu itu, lalu makhluk itu menyuruh tamim kedalam hutan lagi dan akan bertemu dengan manusia berbadan besar dan bertanyalah soalan kepadanya itu.

tamim akhirnya berjumpa manusia itu dengan berantai dan melekat di bukit. (pernah menonton @ membaca cerita san wu kong? sekor monyet kayangan yang diterbenamkan badannya didlm tanah, hnya kepala saja diatas tanah, kerana membuat kerosakkan dibumi?)lalau tamim bertanya kepada makhluk itu mengenai tempat itu. tapimanusia itu bertnya kepada tamim soalan."Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan."
lalu tamim mnjawab "Ia hampir tidak berbuah lagi."
makhluk itu bertanya lagi "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?"
Lalu tamim menjawab "Airnya hampir kering."
Dia bertanya lag "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?"
tamim menjawab "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)."
Dia bertanya "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?"
tamim menjawab "Ya. Mereka memeranginya tetapi sekarang orang arab sudah mengikuti baginda."
makhluk itu bertanya lagi "baginda masih hidup?"
tamim menjawab " baginda sudah wafat" lalu makhluk itu berkata, "tidak lama lagi aku akan BANGKIT"
lalu tamim berasa pelik kerana soalan itu, lalu bertanya siapakah gerangan makhluk itu. lalu ia menjawab. "akulah dajjal" tamim bertanya bagaimana ia blh dirantai bergini rupa, lalu dajjal itu menceritakan kepada tamim



SEJARAH DAJJAL

dajjal diaktakan sudah dilahirkan sezaman nabi musa (jika x silap). sejak kecil lagi dajjal sudah blh berckp, sehinggakan puak dia mmengatakan dia adalah anak tuhan. oleh kerana dajjal selalu membuat kerosakkan di kampung die tinggal, dia dihalau keluar dr kampung. semasa mengembara, dia ditemani oleh syaitan, dan syaitan lah yang menyuruh dia berbuat kerosakkan. lalu Allah memerintahkan malaikat jibrail ( kalau x silap) untuk membawa dajjal ini ke sbuah pulau yg tiada penghuni untuk mendidik dajjal menjadi manusia yg baik dan baeriman. oleh kerana malaikat jibril

datang hnya 1 bln skali (kalau x silap) dan syaitan setiap masa melawati dajjal, dajjal sukar dibentuk lalu terlepas dr pulau itu melalui bantu syaitan. syaitan juga mengajar dajjal sihir2. oleh kerana sihir2 itu, dajjal mempunyai pengikut. dan dikatakan juga bahawa samiri itu sebenarnya adalah dajjal kerana kehebatannya menggunakan sihir. lalu selepas dihalau oleh nabi musa, dajjal dan pengikutnya ke sebuah pulau untuk menuntut dengan syaitan agar kehebatan sihir nya meningkat. tetapi belum smpat dajjal menguasai ilmu itu lebih mendalam, Allah memerintahkan jibrail merantainya di pulau itu. ada yang mengatakan pulau itu di segiti bermuda. sebelum dirantai, dajjal sempat mengajar pengikutnya sihir2 tertentu dan ideologi2 dajjal untuk membuat persiapan untuk die kluar kembali.

antara ideologi dajjal:

1-membuat bangunan tinggi2. hal ini kerana jika sesebuah rumah itu membuat maksiat, maka malaikat tidak masuk

kedalah rumah itu. bayangkan jika rumah yg membuat maksiat itu di tgkat 4. bagaimana malaikat mahu masuk kerumah

tgkat 3,2 dan 1 jika tigkat 4 penuh dngan maksiat. bagaiman bumi nak mendapat rahmat?


2-memecah belahkan umat manusia. masih ingt strategi devide and rules?

3-membuat bangunan piramid di kawasan2 tertentu. piramid @ segitiga melambangkan punca tenaga negatif, dan kubah @ bulat punca tenaga positif. bayangkan jika bnyak piramid dibuat di seluruh dunia, maka bnyklah tenaga negatifkeluar.

apa2 pon, ini hanyalah cerita yang diceritakan dan aku kongsi untuk rujukan sebagai ilmu, bkn sebagai kitab yang wajib dianuti. wallahu'alam. yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari hamba yang keji ini.


ok...ada juga entry dr blog laen tp lebih kurang same je isinye...sekarang ni yg kita perlu takut bukan la Amerika tp pengaruh dan kesan dari Dajjal dan pengikut2nya...nauzubillah

dan disini ada sambungan yg citer pasal ciri2 Dajjal dgn lebih dekat


Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”.


Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. 

Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. 


Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar 

Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
 

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
  • Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. 

Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan
.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
  • Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
  • Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… 

Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
  • Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.


2011/07/29

welcome ramadhan

salam

x lame lagi kedatangan ramadhan yg penuh barakah~alhamdulillah..pose kali ni nasib baik dlm cuti panjang ni..blh la penuh2kan terawih tu(even pompuan susah sket..huhu)...sepanjang study dekat perak dulu susah sikit nak pg terawih sbb asyik bz dgn studio..jarang dpt pg..tp tahun ni insyaAllah..



minggu depan start puasa tp yg x best nye aku PMS!!! grrr...sedey da la jgk..aku salu target malam 1 ramadhan nk pg terawih tp x dapat pulak..sedey nye...tahun ni mcm sebelum2 ni nak berterawih di masjid KLIA...huhu...sbb nape? kat sane best..suara imam2 kat sane masa baca surah2 dlm solat sgt la merdu...masih aku ingat ada seorang usatz muda ni lepasan Al-Azhar..merdu sgt2 even cuma baca al-Fatihah...sampai skrg aku x jumpa lg sesiapa yg boleh baca mcm dia..harap2 tahun ni dia masih ada utk jd imam..hee...

tahun ni kene cr lagi baju raya utk dibeli atau tempah mcm tahun lepas sbb mesin jahit mak aku yg diturunkan dr nenek aku tu dah rosak...usia pon dah lebih tua dr aku...tp aku x beli lg...ermmm...mane nak cr ni ye??? aku x biasa beli baju raya,tahun lepas aku tempah kat org..tahun ni kalau nk tempah dah lewat..org mesti x nak amek...




nak warna hijau cmni...huuu


lagi satu alhamdulillah..azizul dah pulang~hee...nsb baik selamat smpai..rindu sgt2~yg best nye tahun ni first kitorang sambut berpuasa dan raya same2..lain dgn tahun2 sebelum ni aku single..huhu...dan insyaAllah jijul suruh aku dtg umah jumpa mak abah n family dia...aigohhh..x penah2 aku pg hadap org tua bf..takut2...ape yg harus aku buat??? aku x pandai sgt nak amek hati org tua ni...

btw...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAKH~


2011/07/27

Ada RM1 Juta dah blh pergi Angkasa Lepas

Virgin Galactic unveils SpaceShipTwo, world's first ever commercial passenger spaceship

salam
dah lama aku x menulis dekat blog..asyik baca blog org tapi blog sendiri berhabuk...sbb rindu sgt2 dekat zizul..aku saje sibukkan diri dgn benda2 ni, dia happy kat sane so aku pon nak happy jgk...erkkk..happy ke???
 
kalau mcm tu sini aku nak kongsikan satu ciptaan yg super high tech!! sebelum ni kalau nak ke angkasa lepas agak susah sbb nak dapat pengakuan dr NASA rite? tp sekarang kalau korang ada rm1 juta korang dah blh jd mcm sheikh muzaffar tuu..actually kos dlm rm700k je tp aku lamsam kan je..hee...

btw..aku x tau sgt same ada bnda ni betul or tidak..tp aku dah tgk website dorang dan juga video2 kat youtube..sape2 ada tau citer pasal2 bnda ni sila discuss sekt ..habak sket naaa...
 
antara kandungan isi..

"Virgin Galactic, mencatat sejarah manusia sebagai satu-satu’nya pesawat komersial angkasa di dunia. Imaginasi manusia untuk terbang ke angkasa dengan kos yang rendah akhirnya tercapai apabila pemilik syarikat Virgin, Richard Branson menunaikan harapan tersebut.

Anda tidak perlu lagi berdaftar dengan NASA atau menjalani latihan angkasa lepas selama setahun seperti yang pernah dialami oleh Syeikh Muzaffar. Dengan kos serendah RM700 ribu, anda akan dapat melihat keindahan bumi serta merasai sendiri pengalaman anti graviti. Kos ini juga meliputi latihan 3 hari yang akan anda jalani sebelum berpeluang terbang ke angkasa.
 
Apa yang menarik, rupa bentuk pesawat komersial angkasa milik Virgin tidak menyerupai roket angkasa yang biasa kita lihat. Virgin Galactic akan diterbangkan oleh 2 kapal terbang kecil ke ketinggian 18km, dan kemudian baru dilepaskan dengan kelajuan roket ke ketinggian 104km dari aras bumi. Perjalanan hanya memakan masa selama 2 jam 30 minit
 
Syarikat Virgin juga merancang untuk menggunakan Virgin Galactic bagi memendekkan masa penerbangan dari Amerika ke Australia daripada 15 jam ke 90 minit. Caranya, terbang secara suborbit.
Potensi pelancongan ke angkasa juga amat luas.

Para saintis & pengkaji mampu melakukan proses ujian atau menghantar pod kecil ke angkasa tanpa memerlukan bantuan kerajaan. Kami yakin, selepas ini anda boleh bermain gasing di angkasa seperti yang pernah dilakukan oleh Syeikh Muzaffar.
Cuma, kos anda lebih rendah."

ni adalah website berkaitan
http://www.virgingalactic.com/
http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-1233987/Virgin-Atlantic-unveils-SpaceShipTwo-worlds-commercial-passenger-spaceship.html


 gambar berkaitan





 p/s: kalau kos x smpai rm1 juta ni blh selamatkan duit rakyat dr melabur dkt NASA tu lg bgus..so nt sape2 keje gomen dpt la duit bonus setelah bertahun2 x dpt...KALAU OK~

2011/07/24

naik angin

semalam aku naik angin giler2..bukan salu aku mcm tu..tp bersebab..bila aku naik angin.aku mcm dah x kisah ape2..nak tumbuk ke tampar ke belasah ke..astagfirullah hal azim...bunyi mcm org x ada iman je kan..sbb tu kalau aku naik angin aku masuk bilik terus,bkn sbb aku nak sorok or takut dgn org tp aku takut dekat diri aku..nt entah ape lah aku buat..



sebab aku rasa marah sgt2,rasa mcmnak meletup..so aku kene la tenangkan diri ..n masa aku nak tenangkan diri..sure aku menangis time tuu..a LOT....sbb menahan marah nye pasal..n aku x dapat nak lepaskan


bila dah menangis giler2 camtu..aku teringat kat azizul..tapi dia bkn dekat sini..smlm dia bertolak ke Bali sbb ada study trip dgn lecturer..aku rasa sedih dan nak ckp dgn dia sgt2..tp bila aku pikir2..aku x nak kacau dia..aku x sampai hati susahkan hati dia..dah la jauh..msj dia pulak asyik kate happy je kat sane..

malam td dia kol n msj aku tp aku dah tido..aduii ape bangang nye aku tido mati x dgr..pastu pg td dia kol aku..pakai no kat sane..tanye sume ok x..aku just kate ok je..then soh dia blk la cepat..dia kate hr ni nak jumpa architect2 kat sane..melawat universiti architecture kat sane..jumpe student2..best nye la..b4 dis dia ajak aku pg tp aku nak duduk dgn sape?? aku bkn kenal sgt member2 pompuan dia..kalau kenal pon x rapat..

actually blh je aku tahan rindu tp mse aku dah naik angin nak meletup..pastu nangis cam org giler sorang2..aku amek sweater putih yg dia bg aku tu n peluk smbil nangis2..habis kene air mata n hidung aku tuu..pastu dpt plak msj dia kate tgh happy tgk persembahan org kat sne...
rindu nyeeeee






2011/07/08

i have to learn more

salam

hmm..aku baru2 ni dah mula dapat order utk bisnes,alhamdulillah la..tp nk ckp dia lancar x sgt la..actually problem dr aku or customer x ada la sgt pon..kalau setakat ada customer yg main2 dgn order tu aku blh maafkn la tp kalau dah supplier yg buat hal memang aku sedey la sgt2

contoh nya...aku dah bg tau brg ape aku nak jual,dan supplier pon dah confirmkn brg tu ada kan, b4 customer nk byr pun aku dah buat double check lg, tp bila customer dah byr diorang ckp barang tu x ada la,x ada color la..mcm2 lagi la..tension je aku..sdgkn aku dah tnye awal2,brg2 tu sume ready stock ke x..aku x nk
jual brg2 yg x ada dlm stock..tp nk wat cane kan..

tp alhamdulillah ada jgk customer nk beli, nsb baik jumpa satu supplier ni yg blh bg gerenti ada(salah seorg supplier)..tp aku kene la hati2 jgk,takut nt bnda sama jd lagi..mlm td aku dpt msj dr supplier lain yg kate stock lmbt smpai,dlm 2 week lg,aduii..aku dah janji seminggu dgn customer..kalau stock sampai lewat nape ckp benda tu ready stock?? aigoohh..tp xpela,aku jadikan ni pengajaran..bkn senang nk berurusan dgn org..

yg aku sedey adalah satu customer ni nak sgt dgn 2 baju ni, aku pon msj dia lepas supplier tu bg tau,aku siap mtk maaf dan ckp blh pulangkn duit dia,tp dia nk jugak,mcm kecewa sikit sbb dia nk bg baju tu utk hadiahkan dkt her twin sisters..aduiii...sedey aku...dia kate benda tu penting sgt  n dia sanggup tunggu lg 2 
week..adoi..aku rasa mcm aku ni jahat sgt2...da most thing i hate is make people feel dissapointed with me..perasaan sbb mengecewakan org mcm ni..




wuaaargghhhhh!!!!!!!!

aku memang x nk kecewakn customer2 tu..serius,tp masalah supplier la yg buat aku sedey
dan malam td aku citer dgn azizul,dia kate better pasni aku stop..tp baru bbrape hari,aku x nak mengalah..aku x nak..ni adalah cabaran..aku mesti belajar lagi...






2011/07/03

tentang aku , dia dan mereka

salam

ok aku x tau nak tulis tajuk ape..x ada idea dan actually aku letih sikit(banyak gak sbnrnye)..
pertama aku nak ucap syukur sangat2 alhamdulillah sbb abg aku ada peningkatan..dia nye sakit tak berterusan teruk mcm dulu..ayah aku dah bwk dia berubat sbyk 2x..syukur sbb dpt halang drpd menjadi lebih teruk..aku happy sgt2..huhu..harap lepas ni dia akan terus sembuh dan x akan terkena sakit tu lagi..insyaAllah..amin..

sekarang ni aku sibuk dgn hal rumah..dan juga aku dah blh sambung usahakan keje2 aku..huhu..baru ni aku dah buat penempahan tp x sangka aku dah tersilap sikit tp x pela..silap itu penting kerana kita blh belajar dr pengalaman..huhu..

dan aku happy alhamdulillah dah dapat supplier yg dekat sikit dlm Malaysia..sng la pasal hal penghantaran..dulu aku ingat nak amek barang dr luar mcm dlm blog aku lg satu tu tp ada je masalah2 nye..so aku pikir aku kene stop dulu amek brg dr luar dan fokus dgn brg dr dlm..aku rasa maybe same je..memang la brg dr dalam ni mahal skit tp x pyh susah2 nak pikir bab2 transport sgt kan...

ok memang aku dah jumpa 5/6 supplier tp bila tgk barang aku rasa cme 2/3 je yg barang dia menarik..dan lg ada juga supplier yg bg barang bagus dan hrga murah tp prob nye ialah kene kuakan kos yg tinggi..aku memang x ada kos yg tinggi skrg..so amek je la cr supplier yg blh bg kos rendah skt dan blh bertoleransi..

alhamdulillah..aku cuma dapat ucap syukur pada Allah s.w.t...sbb atas rezeki yg dikurniakan..
alhamdulillah...


ps: aku dah dapat simtom sakit2 bahu..umur baru 21...adoiiii...

apa itu BERSIH??

salam

baru2 nii aku salu ternampak dan terdengar pasal program 'BERSIH' ..actually aku x fhm lgsung sbb aku xda tau sgt pasal politik2 ni..yg aku tau ramai mengatakan yg pihak dr UMNO ni x betul..bukti? Khir Toyo yg kene tangkap rasuah..pastu nk ckp sal Parti Keadilan Rakyat lak..da kes liwat Anuar tu..so sape yg betul skrg sbnrnye ni??? ke dua2 ni x betul??

so aku x fhm sgt mainan politik sekarang,...aku x tau sape yg betul..umur da 21..aku masih x tau nak mengundi sape...aku takut kalau slh mengundi nt padah silap nye..adui...bg aku silap dia adala terletak dkt pemikiran org Melayu ni sendiri yg susah nk bersatu...sbb ketamakan dan ego..sanggup nak mengkhianati bangsa dan negara sndiri..mana letak agama diorang ni??

pasal berita pula asyik nak sokong sebelah pihak je..ape laa...unfair laa..nth laa..aku tgh nk baca skit2 sal BERSIH ni sbb mak ayah aku ni pon suruh..sbb diorang x tau cane nak guna internet nii..

ape2 pon aku berdoa agar negara kita ni x adala akan jadi mcm zaman ayah dan atuk aku dlu...or jd lebih teruk lg..amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...