Followers

2011/11/27

berulang lagi

Assalamualaikum

ia berulang lagi..


aku baru je balik dari shah alam..skrg pukul 2:01 am..aku sampai2 umah mak aku tanya kenapa aku balik lewat sangat..aku cuma kata ada hal tadi..actually aku x plan nk blk umah pon minggu ni sbb banyak keje..tapi bila pikir ape yg jadi..aku terus nekad balik..

kalau 4 jam sebelum ni aku nervous sbb nak buat persembahan id day, tapi skrg aku rasa sedih,sakit hati dan juga kecewa....kenapa? sbb perkara same yg aku x suka berulang lagi..

dulu ex bf aku..penah berlakon short movie..a love story dgn perempuan lain...citer tu akak aku yg buat..tapi sebelum aku couple dgn ex aku tuu..memang la aku x ada hak nak marah..cuma lepas aku couple dgn dia...bila ada org yg tengok citer tu..dorang akan membanding2kan aku dgn perempuan dlm tuu..atau pon dorang akan pikir itu la gf dia..o sbgai gf betul dia la kan..ape la yg korang rasa aku akan pikir? apakah perasaan aku bila bendu tu dah terjadi??
sbb tu aku memang blh mengalah la..tapi last2 terckp jgk yg aku kurang senang..bila ada mulut yg tiba2 nak sakitkan hati aku...so aku bincang then dia pon terima,dan aku pon terima la sbb bila pikir balik,aku x leh la nak bengang sgt sbb benda tu dibuat waktu before dgn dia

tapi kali ni aku x sedap bila zizul ada kata yg dia dgn kawan dia plan nk buat video yg lebih kurang sama la..aku pon ckp yg aku x setuju..dan dia agreed..tapi tiba2, baru2 ni dia bagi tau bnda yg sama...aku pon x puas hati la sbb bg aku dia dah mungkir janji dia..tapi dia pujuk aku dgn kata x ada scene yg lebih2, dan ia cuma lakonan semata2..ok memang lakonan..tapi skrg ni dia dah jd bf aku..bayangkan la perasaan aku bila tgk video dgn org ramai...mula2 memang aku adalah discuss benda ni dgn dia....mula2 aku x nak tgk tapi sbb malam tu aku kene buat performance,aku tertengok jgk la...

aku terkejut...KENAPA???? kenapa nak buat kat tempat kenangan aku dgn dia? kenapa nak guna lagu yg paling dia suka nyanyikan utk aku??? kalau dia kata cerita tu adalah utk aku...sorry..bagi aku tu cuma alasan utk tutup kesalahan dia...aku memang sedih sgt bila tgk scene dia dgn pompuan tu dkt tempat aku dgn dia penah ada kenangan manis...air mata tetiba je kua bila aku tengok...aku terus x tahan...aku sedih sgt bila pikir balik...sekarang dkt kepala aku..memori aku dgn dia kat sana dah mcm kene virus..aku dah x boleh...aku rasa mcm kisah aku dgn dia..yg tgh dipaparkan di satu skrin..dan tiba2 ada org lempar batu dan skrin tu hancur...jadi samar2..aku betul2 sedih..zizul seolah2 x hargai langsung kenangan tu...perlukah dia buat benda yg same dgn org lain???

aku betul2 kecewa...

lepas ni aku x tau la mcm mane nak berhadapan dgn dia...xtau sama ada aku masih boleh layan dia mcm dulu ke x...

2011/11/20

idea oh idea

Assalamualaikum

dulu aku mencari course yg ada kaitan dgn "Art & Science"..ye aku dah jumpe..dan sb tu juga aku kua dari PASUM yg student dia semua skema2..memang aku pilih course ni...tapi sekarang aku berfikir balik...

kenapa la aku ambik course ni..aigohhhh...
aku rasa mcm byk study sendiri jerk


nak gi buat research sorang2...explore sana explore sini..mcm org dulu2..pergi mnegembara..aku dah jadi mcm tu.actually memang penat dan STRESS..tapi bila semua tu dah menjadi..seronok sgt2 :P

2011/11/10

hipokrit ditutup melalui pakaian?

Assalamualaikum

warghhh aku benci betul la dgn banyak manusia yg hipokrit...kadang2 aku boleh terima la tapi kalau dah melampau mcm ni ehhhhh baik x payah la weiii...merujuk pada perkara di atas adalah kerana aku bengang dgn beberapa org manusia especially kaum sejenis aku yg hipokrit kat luar sane...dari dulu aku susah nak kawan dgn manudia bersifat mcm ni...ok ni cthnye sorang minah ni..artis la konon...nak kata popular x ada maknanya...ok muka cantik ko dah dpt pon masih x nak bersyukur kan..memang la aku tau kau seksi..aku pon tau ramai org kat luar sana seksi..x kesah pon...tapi aku bengang sbb ko ni Hipokrit!!! tengok la statement dia ni:

ok pompuan ni..magazine ni diterbitkan masa November 2010...memang la dia ada ckp pic ni dia pakai baju satu busana butik..tapi statement dia tu...last2 jadi mcm ni pulak kan...

ok ape cerita???

ni gambar dia kat majlah FHM Indonesia yg diambil Oktober 2011 yg lalu..aku dah edit sbb nanti kalau ada lelaki tgk takut kurang pahala lak..maybe dia ingat dia ni mcm Kim Kardashian kot..



baru x sampai setahun cakap x nak seksi lagi..tapiii
hipokrit!!!


ps:ok memang dia punya bantal tu sangat besar...sbb dia pakai maximum push up bra..ingatkan asli..hahaha..

2011/11/07

Hati-hati dgn pasangan anda...mungkin dia....







 

hmmm

Tips Meningkatkan Liputan Wireless

Assalamualaikum

Selain  faktor keselamatan, terdapat beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan perkhidmatan rangkaian tanpa wayar.

Antara beberapa masalah yang dikenalpasti termasuklah akses kepada titik capaian yang lemah, sambungan acap kali terputus dan tergendala, dan kawasan penggunaan diluar liputan isyarat wayarles. Untuk mengatasi masalah ini, jom ikuti beberapa tips yang ingin dikongsi dan mungkin boleh dijadikan panduan kepada pembaca untuk meningkatkan kualiti gelombang titik capaian wayarles.

Sentral

Pastikan lokasi pemancar wayarles anda berada di tengah-tengah kawasan penggunaan. Hal ini kerana, apabila pemancar diletakkan di tengah-tengah kawasan penggunaan, liputan akan dibahagikan secara sama rata kepada semua bahagian. Selain itu, elakkan juga meletakkan pemancar wayarles anda bersebelahan dengan dinding yang menghala ke luar kawasan penggunaan, hal ini bagi mengurangkan risiko pencerobohan isyarat wayarles oleh pengguna luar.

Posisi Antena Pemancar

Liputan gelombang yang dihantar oleh pemancar wayarles akan dikeluarkan secara menjajar mengikut radius yang disokong oleh frekuensi gelombang. Oleh yang demikian, adalah menjadi amat penting untuk anda menetapkan antena anda dalam posisi menegak dan bukan dalam keadaan condong atau melintang.
Selain dari itu, anda juga boleh mengubahsuai antena pada peranti pemancar wayarles dengan penggunakan antena jenis high-gain yang hanya memancarkan gelombang pada satu hala sahaja.

Ketinggian Pemancar

Pernahkan anda melihat di kawasan-kawasan penggunaan awam seperti lapangan terbang atau kafeteria yang mana pemancar wayarles diletakkan setinggi mungkin dan berdekatan dengan siling premis? Ini kerana, ketinggian pemancar dapat membantu dalam mengoptimumkan gelombang liputan. Pemancar tidak harus diletakkan didalam ruangan tertutup seperti alamari dan rak.
Sekiranya kawasan penggunaan anda merupakan premis bertingkat (rumah teres atau banglo), anda digalakkan meletakkan pemancar anda pada ruangan tangga rumah. Hal ini bagi membolehkan gelombang dihantar sama rata kepada kedua-dua aras premis.

Gangguan Liputan

Elakkan meletakkan pemancar wayarles anda berdekatan dengan peralatan berfrekuensi tinggi seperti televisyen, telefon tanpa wayar (cordless-phone), oven mikro dan peralatan besi, kaca serta peralatan yang menggunakan tenaga elektrik dengan banyak seperti peti sejuk.
Hal ini kerana, peralatan tersebut berupaya untuk mengurangkan atau menghalang gelombang liputan wayarles daripada menembusinya. Maka, adalah amat digalakkan peralatan diatas diletakkan sejauh mungkin dengan pemancar wayarles.

Konfigurasi Pemancar

Jika kesemua tindakan telah dilaksanakan, tetapi keupayaan titik capaian wayarles masih belum memuaskan, pengguna disarankan untuk mengemaskini firmware pemancar dan melakukan konfigurasi sendiri pada pemancar (seperti penukaran saluran (channel) dan menambah baikan kuasa sesaran (TX-boost) pemancar).

sekian..tq

2011/11/06

salam aidil adha

Assalamualaikum

selamat hari raya aidil adha...dulu masa kecik2 salu naik basikal dgn abg dan sepupu2 pergi tgk lembu kene sembelih...sekarang nak tgk dah segan lak..haha...

btw skrg tgh mid sem break...yeah!!! tapi a lot of assignment...whatever...enjoy first....hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...