Followers

2012/09/28

sahabat lebih baik dari 1000 kawan

Assalamualaikum

hari ini betul2 aku tersedar akan sesuatu...apabila aku sedih...dan aku perlukan seseorang..kadang-kadang bukan orang yg aku harapkan utk datang meneman aku...

aku betul2 down sem ni...aku sedih sgt2 bila aku rasa mcm projek aku dikritik teruk teramat...berbanding dgn kwn2 yg lain...

dan aku terkejut..dan bersyukur...walau aku tak ramai kawan...tapi Allah bg aku sahabat dan keluarga...yg lebih baik dari 1000 org kawan...

hari ini..ada tiga orang yg pujuk aku bila aku sedih...mula2 best fren aku...fajar...walau dia x tau ape masalah aku,tapi dia call sekejap mcm tau aku ada masalah..tapi aku masa tu x terkeluar utk bg tahu..

dan kemudian kawan baik aku masa kecik lagi..nadia...walau dia jauh,tapi dia try utk comfort aku...walau cuma chat di fb,tp aku rase lega sikit bila dia ada...

dan lagi seorang sahabat...yg aku rasa Allah dtgkan kepada aku...utk aku berubah..utk aku sedar...
nama dia kak Ain..aku kenal amsa di degree Perak,dia kawan kepada roomate aku..tapi dah jadi kawan aku...

bila dia nampak aku tgh sedih..dia pujuk aku....dengar masalah aku...dan aku x tahan sampai keluar air mata...walau time tu ada org kat depan aku...kemudian...dia pon pg solat dekat surau...lepas habis solat...dia nampak aku masih duduk dekat tempat yg sama...

kemudian dia kata nak share somethg dgn aku...dia keluarkan senaskah Al-Quran dari beg,yg ada translation dalam BM...aku tgk kitab suci tu dah berbalut..mcm dah lama dia simpan dan guna...ada banyak highlight2,dan dia bagi aku tengok beberapa potong ayat utk kaunseling aku...

walau aku x ingat ayat2 tu sangat...tapi ape yg betul2 sentap dalam hati aku..bila dia suruh aku baca sendiri ayat2 tu...ayat2 tu sgt indah...ayat2 pujuk dari Allah..utk org2 yg dalam kesusahan...dalam kesedihan...bahawa Allah sentiasa ada dgn kita...walau dia salu bg ujian pada kita,tapi kasih syg dari Allah itu tetap ada...

"an tau tak...sebenarnya,bila kita sedih...Allah selalu pujuk kita,tapi kita x sedar..sebab kita x mendalami apa yg Dia bg tahu dlm kitab ni"

ya Allah ...jahilnya aku...

dan aku bersyukur ya Allah...kau beri seorang sahabat yg baik kepada aku...sahabat yg mungkin aku tunggu2 selama ini...

tak mengapa aku tak ramai kawan..kerana Allah bg aku SAHABAT yg lebih baik dari 1000 kawan...


2012/09/23

nota utk diri ku

kenapa aku semakin malas belajr? aku semakin x suka..x tahu kenapa...hmmm

harap diri ini tidak malas lagi...sebab aku tak nak mengecewakan ibu bapa aku..

2012/09/15

musim kahwin

Assalamualaikum

sekarang ni tengah musim kahwin kann..ramai betul yg rajin upload pic kat fesbuk...ada jugak yg pegi rumah org kahwin..bila aku tgk gambar2 tu..lagi2 pic tgh pakai cincin or nikah...rasa mcm sedih pulak..agaknya bila lah aku pula dapat?

tgk diorang mcm happy aje bersama pasangan masing2..seronok betul..bahagia aje..

bagusnya bina masjid di usia muda..
 


aku masih boleh

Assalamualaikum

entah kenapa..sem ni aku berasa sgt malas...tak tau la..mungkin sebab dah nak masuk tahun akhir? atau aku memang "in lazy period"?

actually aku rase sbb aku nak lari dari masalah2 yg menimpa kat sekeliling aku yg buat kepala otak aku rasa mcm nak pecah aja..dan aku rasa sunyi..duduk umah sewa sorang2...walau zizul salu dtg jenguk tapi bosan jugak x ada kawan nak bercakap selalu...

bila aku stress aku rasa nk tgk wayaaaaangg aje..-,- rasa semua ceita dalam wayang aku dah habis tgk..sampai aku tgk 3x satu citer..haha..

aku tau kita x boleh halang org lain utk buat keputusan..tapi perlu ke korang babitkan orang lain dalam masalah ko? aku kalau ada masalah aku try utk settlekan sendri...aku x nak lah susah kan orang2 lain mcm mak ayah...

dan walau sekeliling aku x ramai kawan,...tapi bkn bermaksud aku x ada kawan..so far aku masih boleh hidup sebab aku x sombong...aku masih boleh selesa dgn orang sekeliling aku....

dan di mana2 pon aku rasa masih boleh hidup...


2012/09/09

Selamat Datang tahun Akhir

Assalamualaikum

Alhamdulillah..sudah masuk tahun akhir..actually takut bukan sebab study tapi sebab nak habis belajar..dan kemudian masuk alam kerja..dan course ni bukan senang nak dapat kerja..aduii ...

dan makin lame aku makin tua.. :( ni yang x dapat nak dielakkan..aduii..masih merasa diri ini remaja..

zizul pulak dah semester last..aku berdoa agar dia dan aku cemerlang dan dapat grad di waktu yg sepatutnya...insyaAllah...amin...



2012/09/04

You Got Me

Assalamualaikum

memang baru2 ni aku ada sedikit masalah..ok actually the heavy probs.....sometimes they are just wanna push me harder..make me sink...deeply...most of the probs are not mine..they did it in their way, but i feel like i was influenced by them when it become worst..arghhhhhhhhhhhhh

dan aku tahu..kadang2 aku terlepas pada zizul..i know...my bad..sian dia kan...salu kene jadi tempat lepas geram dan marah aku..im sorry...aku rasa dia pon dah dapat tau dan faham..dan ini buat aku rasa sgt2 sedih..aku rasa mcm x layak untuk dia..

walau aku x mengadu..bukan bermaksud aku tak ada masalah...adakah sbb aku terlalu pandai uruskan masalah aku sampai korang rasa aku ni boleh ditolak2? 

ni la antara sebabnya aku mahu cepat bernikah..aku penah citer sikit pada kakak aku yg dah kawin...dan dia cakap.."an..kahwin..."

yup dats the idea...but ...i donno wat to do...inside..i feel so insecure..how long it will be?



help me


ya Allah.. 
 


Sungai Terjernih Di Dunia




Subhanallah! Sungai Terjernih Di Dunia (10 Foto) | Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga nanti. Menyentuh bab keindahan ini, terdapat sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping.



 








 

sumber

2012/09/01

Assalamualaikum

beberapa hari lepas..aku dapat berita gembira dari zizul...dia dah bg tahu hasrat dia pada emaknya dan alhamdulillah...emak dia pon setuju...untuk kami bernikah dulu...atau dlm masyarakat Melayu panggil sbg Nikah Gantung...dan dalam bahasa Arab lebih sesuai dipanggil Nikah Khitbah...

ebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

tetapi dalam masyarakat sekarang ini....peluang untuk nikah Khitbah adalah tipis...ia bergantung pada keluarga...dan dalam pandangan aku adalah keluarga yg lebih mementingkan hukum agama dari mata pandangan masyarakat...

sebaliknya...dalam arus moden ini,aku melihat 95% keluarga muslim Melayu lebih mementingkan kesucian adat dari kesucian dan penanggungan batin anak2 mereka sendiri...

walau pun emak zizul dah bersetuju tetapi aku tahu risikonya...mungkin akan ad apandangan dari saudara2 atau kawan2 keluarga yg memandang negatif tehadap keputusan tersebut...

ya Allah...sesungguhnya kau tahu apa yg terjadi pada batinku...aku tahu berdua dgn zizul dalam kereta itu juga dah berdosa...apa lagi kalau kami keluar berjalan2.....tapi aku x dapat menipu diri aku yg aku sangat sayang pada dia...tapi aku dan dia masih belajar...masyarakat pula akan menolak rancangan benikah waktu belajar...dan selalu memkirkan perkara2 ini yg membuat batin aku terseksa...

aku mahu bersama dgn dia selalu...tapi aku salu pikir dosa yg aku dan dia pikul...ye batin aku terseksa...dan aku tau apa ubatnya...aku perlu bernikah..aku mahu hubungan kami menjadi halal....tapi aku tau ia susah...susah bukan dari segi Islam..tapi dari pemikiran masyarakat yg telah diracun dgn pengaruh adat dan kehidupan mewah dan lain2...

alhamdulillah...mak zizul dah setuju...tapi bagaimana pula dgn ahli keluarga nya yg lain? kwn2 dan sedara maranya... dan ahli keluarga aku? bila memikirkan perkara ni...aku mula rasa perlu jauhkan diri dari zizul...seolah2 hati aku telah menyerah...dan mengalah...dan perkara ni buat aku sangat kecewa...hampa...maafkan aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...