Followers

2009/12/30

..drift..drift lagi...

ahad lepas iaitu pada 2/12/09 sangat penat sebab aku pergi 3 tempat dalam satu hari..first aku pergi ke kenduri kawin spupu ayah dan kemudian pergi Mines,Serdang..ingat nak tengok wayang tapi dah lewat lak..aku kena balik sebelum maghrib..pastu pergi pulak kat tepi stadium Melawati tengok drift kat sana..
yang kelakar aku pergi dengan pakai baju kurung sebab aku tak tukar baju lepas balik dari kenduri..haha..
masa aku tengok kat tepi tu ada orang tengah main go-kart..tapi sian tak dapat perhatian lagi..orang2 lebih nak tengok drift..



kali ni yang ada cuma budak2 kp jer..dorang naik keta2 buruk yg zaman 90 an tapi masih mantap..best gak tengok dorang drift..event ni selalu ada..kalau ada sape2 minat pergila la maeps kat serdang..tepi UPM jer..tengok la dorang drift..





kesimpulan aku..benda2 camni nak suka2 boleh la..ni kan kesukaan mamat2 yang gila kan klelajuan..x per la yang penting dorang x lumba haram dan x susah kan orang..lagi satu kebanyakan yang tengok event2 ni budak2 rempit..harap2 dorang bertukar arah pada drift dan nak beli keta so x naik motor lagi..dan x ada la nak susah kan polis2 dan orang ramai lagi..so x lama lagi sukan drift ni akan makin berkembang dan kalau lagi banyak mat rempit masuk dapat la mengurangkan aktiviti haram merempit..haha

2009/12/26

salam mualaf


    baru2 ni aku suka tengok video2 kat youtube..ha..bukan video yang x bagus tapi video pasal mualaf..iaitu saudara/ri baru islam..ada dari banyak negara..yang aku amek video dia adalah mualaf dari Rusia..sorang pemuda..aku suka cara dia bercerita dan sambil dia berdakwah..mcm mana dia tertarik dengan Islam..

pastu yang best ada sorang sister kristian selama 40 tahun dari Filipina telah peluk Islam..dia ni masa jadi sister dulu aktif berdakwah sal kristian..banyak merantau dan sambung belajar sampai kat negara kiblat diorang iaitu Rom,Italy..tapi dia kata dia masih rasa kekosongan dalam diri dia sampai la dia masuk Islam baru la dia rasa tenang..yang kesian sal dia ni,lepas dia masuk Islam,orang kata dia gila pastu siap dihantar pergi psikiatrist(btul ke aku eja??) yang teruk lagi,semua sijil dan pasport dia diambil oleh orang gereja..dah la dia x boleh cari kerja dan x ada pendapatan..sian dia sebab sekarang dia sakit kat dia nya gall bladder(hempedu x silap aku)..tapi dia kata dia bersyukur dan tahu yang Allah tegah uji dia..Ya Allah..kuatnye iman dia walau baru peluk Islam..

pastu aku ada tengok pasal mualaf2 yang baru peluk Islam secara life..kat German..semua muda lagi..remaja..paling muda 14 tahun..aku ada tengok lagi satu video yang cakap lepas kes 11/9 , kat Amerika memang la dikatakan dah ramai yang benci Islam,tapi juga dah hasilkan ramai orang yang berminat nak kaji pasal Islam..ada seorang perempuan dia ni ateis..x percaya pada agama..satu hari dia terjumpa satu buku pasal Islam,dan hanya dengan satu buku tu la..dia mula tertarik dengan Islam dan akhirnya mendapat hidayah Allah..
dikatakan sekarang dekat Amerika sebanyak 12% remaja atau pemuda/di telah masuk Islam..iaitu dalam 2.4 juta orang..sejak peristiwa 11/9 tu..

ada banyak lagi yang aku tengok contoh cam Islam dekat Korea Selatan..erm..abang aku pernah pergi out station kat sana..dia kata ada sebuah masjid yang besar dan satu2nya kat Korea..dekat masjid tu ada tulis Allahu Akbar..pastu yang best lagi ada perempuan yahudi telah peluk Islam..SubhanAllah..

kesimpulan aku lepas tengok video2 pasal mualaf ni ialah..pertama..diorang ni dah makin bertambah..alhamdulillah..kedua dari segi keimanan mereka ni lagi power berbanding dengan umat Islam yang secara zahir lahir sebagai Islam..sebab mereka dulu tidak merasa kemanisan iman dan setelah mereka dapat,mereka sangat mensyukurinya,dan mereka mencintai Allah selebih2 nya kerana mereka telah merasa kepahitan hidup tanpa nikmat hidayah dari Allah..jadi mereka melaksanakan perintah Allah dengan sebaik2nya..tambahan pula mereka dikelilingi masyarakat yang bukan Islam dan tentula banyak dugaan yang mereka terima..

yang ketiga..telah lahir satu masyarakat baru Islam yang lebih berilmu dan mencintai Allah..sebab kebanyakan mereka adalah dari status berpendidikan tinggi yang menjumpai Islam melalui kajian yang mereka lakukan..
InsyaAllah Islam akan menjadi lagi kuat sekiranya golongan ini terus bertambah..amin..

sekian..Wallahualam..

2009/12/25

kata-kata karut dan mengarut


aku sangat suka pada komedi..apa2 la..sebab dapat buat aku happy sgt2..lagi2 bila aku tengah sedih,kalau tgk yg lucu2 ni terubat la hati aku..orang yg aku rasa plg kelakar ialah Stephen Chow..hehe..tengok muka dia pon aku dah gelak..kelakar sangat..kalau kat tv ada citer2 dia aku mesti tengok..kalau dia serius pon mcm x..
citer2 lawak jela yang aku akan tgk berulang2..haa..kat sini aku nak sertakan lawak kata..

hm..benda2 ni mcm mengarut jer..tak pe..sekali sekala kita bergelak-gelak kat sini..haha..maybe ada orang akan kata benda ni x berfaedah..betul la tu..tapi x payah la nak gelak selalu nanti ilmu hilang pula..cuma kalau dlm kesedihan tu dpt dapat la membantu..

antaranya............

Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit


SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....


SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!


SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!


SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!





haha..ni la antara benda2 karut yg buang masa..x pyh la nak baca selalu sbb buang masa jer(dah tu asal ko letak gak?) sbb ni kan suka suki aku..huhu..ini adalah sekadar untuk nak lawak2 jer..hihhihi..

2009/12/21

formula drift malaysia



haahaa..semalam aku pegi tgk formula drift kat Serdang..masa pegi tu mcm tak ramai tapi bila dah masuk baru nampak gerombolan manusia..pegi on the spot memg kurang la sbb xda kamera,fon lak habis battry..ai..dpt ambil skit gambar jer..

kat sana mcm mini F1 Sepang la tp aku lbh suka cmtu sbb kita blh tgk puas2 dr kat F1 cuma nampak seimbas jer..dah la tiket mhl..FD tiket murah jer..klau grandstand rm50 somethg la..tp dah soldout so beli yg rm18 jer..tp member yg belanja..aku belanja dia makan..






boleh la tahan kat sana xda la penat sgt mcm aku pegi F1 dlu..yg best bila Malaysia menang..hehe..dijali lar..best ar..dia memang teror drift..aku sempat la ambil flyers pic2 drifter yg aku x kenal dr thai..aku xtaw nak wat apa dgn benda tu..aku x minat mintak sign2 sbb bkn guna pon..hahaha..tp yg penting aku enjoy smlm..

2009/12/17

kebosanan yang menggila..

ai..bosan la..walaupun ada byk benda nak buat tapi hati tak kuat..so malas..haha..cuti dekat 2 bulan ni kalau aku keje dapat la income tapi ayah aku tak bagi keje..hm..susah la jadi anak bongsu ni..




hm..aku tak tau kenapa tapi aku dapat rasa ada sesetengah orang pikir aku ada tipu diorang..
contoh..hari tu ada org tanya aku ada blog ke tak..aku ckp la aku ada tapi serius aku tak tau address dia..aku xtau url dia..lebih tepat aku tak tau mana satu yg betul..aku baru2 lagi nak buat..takda sape ajar..aku buat2 sndiri..susah la nak explain..pastu aku tgk dia dah bosan..ingat aku tipu la tu..xpela..aku maafkan..
kalau aku kat tempat dia pon aku maybe pkir yang sme..

hm..tapi kalau dia dah teror buat blog..nape dia tak bagi tunjuk skit kat aku yg masih freshy ni..
jgn la kedekut ilmu sgt..ape la..kan tolong-menolong bagus..sebangsa dan seagama lak tu..
ni la orang kita..

2009/12/15

Blur lagi laa

hm..aku masih tak pandai nak tulis blog ni lagi..tapi aku akan cube treasure gak..baru brape hari aku try..aku memang agak lambat sikit kalau pasal komputer ni..kena buat banyak kali,tapi kesian aku masih tak da follower lagi..isk..isk..tak tau aku nak cari macam mana..byk lagi aku kena belajar..cuti ni lebih baik aku buat benda yang aku tak tau buat ni..




sebenarnya sblm cuti aku dah buat perancangan mcm2,nak study sal plan la,photoshop la,editting.mcm lagi..for improve my skill..tapi tak dapat-dapat gak..mcm2 benda datang dan godaan.. haha..terutamanya anak2 buah aku..bila diorg datang aku tak boleh buat apa2..asyik nak melayan diorang jer..nt kalau dah balik kampus mesti aku rindu diorang sangat..hihi..

2009/12/14

second platform..tiket..tiket..

hehe..tiket dekat sini bermaksud jalan dan hala tuju kita..mana kita nak pilih..yang baik,yg bruk..ble nak pegi mana2..mcm blk kampong ker,etc..ini ada analogi..cbe pkir ok
kdg2 kita beli tiket, kita cuma tgk tiket yg tmpat kita nak pegi..maybe sebab kita dah da matlamat..dan selamat sampai..alhamdulillah..tp adakah tmpat yg kte pegi tu tmpat yg spatutnyer kita pegi?atau selamat ker tmpat tu?dgn sape kita pegi? ckup ker duit kita nak beli tiket tu?

situasi dua..kdg2 kita saje nak jalan2,ada byk sgt tmpat nak pegi..tak tau nak pg mana satu..apa yg kita harus buat? apa persediaan kita? smestinya kita akan tnya sape2 dlu sal tmpat tuju tu..

situasi 3: nak jln2..pegi dgn kwn..tp matlamat x same..patut ker berpisah?pentingkan diri atau trus ikut diorg tnpa kerelaan?atau kita dah tau tmpat tu x bgus tok kita..

situasi 4: main redah jer..mana tau ada tmpat best..saje nak try luck kita..tapi kalau bad luck cne?

haa..da byk lagi situasi..jadi mana satu analogi tok diri korg?sbnrnyer ada byk lagi yang aku nak tulis..tapi aku ni bkn jnis pandai karang2 sgt..kdg2 stuck xtau nak tulis per..atau xtau cne nak express kan..hehe..

apa2 pon pilihan kita..mestila ingat Allah dan family kita..kdg2 kita salah pilih jalan..ada 2 je yg akan terima kita..family dan Allah..kalau dah tersimpang,cepat2la bertaubat dan berpatah balik ke jalan yg lurus..ble dah tersalah pilih jln,jgn la menyerah,usaha la cari jalan yg diredhai Allah..kepada semua insan..kalau ada kawan2 yg tersimpang,tarik la blk dia ke jln yg benar..jgn biarkan dia trus hanyut..atau mgutuk perbuatan dia,lagi baik kita menasihati
wallahualam..

2009/12/08

platform 1..the train is coming

asssalamualaikum..haa..dah lame nak wat blog,skrg baru da masa..huawaawa..haa!! nafas lega!hehehe..aku nak jadikan ini sbg tempat aku tulis jurnal aku..untuk 1st page,kena la cter pasal diri aku..huhu..aku ana,anak kampung jer..perempuan dan seorg muslimah..


sekarang masih study dan sebenarnya banyak benda lagi yang aku nak study..iaitu learn about life..klw pasal pelajaran x ckup..aku xkan berjaya dan xkan ada masa depan yang baik..bukan belajar xbgus..tapi aku nak jadi org yang luar biasa..xnak cuma jadi mcm graduan biasa yang kua..be someone dat have multiskill person,xpayah famous pon xpe...asalkan aku da merasa diri aku bermakna..untuk org lain,diri sendiri dan keluarga..

aku suka berjumpa dan bergaul dengan orang yang dapat memberikan aku pengetahuan,ilmu dan pengalaman..i really hope to improve myself,i want to treasure dis life..actually benda pelik pada aku ialah aku suka busy kan diri aku..ble aku busy,aku dapat elak dari pkir tentang masalah aku. aku benci buang masa,seolah2 aku mensia2kan usia aku..life is short! full life to the fullest!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...