comel x?? meoww
2013/01/28
2013/01/25
Pesta Mabuk Yahudi yg Bodoh

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun para penganut agama Yahudi akan menyambut perayaan Purim yang membenarkan mereka mengambil minuman keras sehingga mabuk.
Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi
dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras
sehingga lupa diri.
Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I).
Mordecai dan Permaisuri Esther
Perayaan yang sebelum ini disambut pada setiap hari ke-14 Adar mengikut kalender Hebrew itu kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin.
Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum. Berikut adalah beberapa keping gambar perayaan Purim yang disambut di sebuah rumah ibadat Yahudi dan sambutan di jalanan di sekitar Jurusalem.
budak kecik pon dia ajar hisap rokok!
alololo..bodohnye la
2013/01/24
Mereka Mencipta Matahari Sendiri
Assalamualaikum...Jangan salah sangka. Mereka bukan mencipta matahari untuk disembah dan menganggap seperti tuhan. Namun tindakan penduduk kampung Viganella mencipta
cahaya matahari itu adalah disebabkan di kawasan mereka tidak mendapat
cahaya matahari akibat terlindung dari bukit yang tinggi. Oleh kerana
itulah, mereka mencuba mencipta alat pantulan cahaya yang dapat memberi sedikit cahaya. Genius bukan? Boleh lihat gambar di bawah ini.

Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak
betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan
gunung ganang yang tinggi.
Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan
November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi
gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.
Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati
cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut
meriah, mereka akan berpesta!
Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.

Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu.
Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati
berkesan.
Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!
Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.
Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter
tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.


Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian
itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin
itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.
Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan
mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.
Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.
” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.
Pemimpin Negara yg Mengahafal Al Quran
Hafiz (penghafal Al-Quran) sekaligus pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.

PM Palestin, Ismail Haniya dan Presiden Mesir, Mohammed Mursi
Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran.
Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama
isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Alquran.
Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi
menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun
2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.
Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan
dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul
Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon
presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang
lalu.
Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa
Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed
Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah
kekuasaan Hosni Mubarak.
kekuasaan Hosni Mubarak.
Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah
Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid
berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh
gelaran mumtaz (sempurna).
Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin.
Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan
dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh
Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di
Palestin.
Judas Iscariot..pengganti Nabi Musa yg Disalib

Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas Iskariot) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Ini disebabkan oleh tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.
Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa/ The Apostle ) kepada ketua-ketua imam Yahudi.

gambar hiasan-bukan gambaran sebenar,ianya hanya ilustrasi dari pelukis)-Judas Iscariot (right), retiring from the Last Supper, painting by Carl Bloch, late 19th century.
Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun ( The Apostle) menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (Last Supper). Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsemani, Baitumuqaddis.
Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan “Salam sejahtera wahai Rasullullah” dalam bahasa Ibrani).
Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah
menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus
mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena
tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap
oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.
Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang
dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota
Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri
sendiri.
Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka
pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya
Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan
anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar
Yudas disalibkan.

Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata “Eli-Eli Lammasabacthtani” maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku”. Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.
Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa’:157 bahawa Nabi Isa
tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang
mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah
SWT seperti Nabi Isa as. (sebahagian ulama berpendapat orang yang
diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas
Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam
Al-Quran)
“dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakandengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa”.
(An Nisaa’ : 157)
wallahualam
wallahualam
Subscribe to:
Posts (Atom)