Followers

2011/06/18

KENAPA MAKHLUK HALUS (jin, syaitan & iblis) NIE SUKA MERASUK MANUSIA?

assalamualaikum..

jin atau makhluk halus..semua tu adlah makhluk Allah juga..same mcm kita..beza dia adalh kita ni ciptaan Allah yg paling sempurna dan kita ni deberi akal untuk bezakan ygbaik dan burk..
Syaitan/iblis/jin ni semua memang la kategori jahat tp manusia pun ada yg lbh jahat dr tuu..bukti? yaa..bila manusia menjadikan
makhluk2 halus tu sbg hamba diorang..dan menjalankan aktiviti syirik...
sbb aku pun ada pengalaman yg lbh kurang..aku nak share perihal Jin/Iblis laknatullah ni...


1)      Jin/Makhluk halus ini memang suka berada di dalam badan manusia dan bersarang di dalam salur darah, urat nadi dan sebagainya
.
2)    Jin/Makhluk halus ini mungkin dihantar oleh seseorang untuk menganiayai kita.

3)   Jin/Makhluk halus memasuki badan manusia kerana ingin mengganggu kita terutamanya semasa kita menghadapi sakaratul maut. Mereka akan menggoda kita sehinggalah kita terkeluar daripada agama. Dorang akan berupa bermcam-mcam sama ada berupa ibu bapa kita dan sebagainya.
4)   Jin (Karin) merupakan jin yang sentiasa mendampingi kita bermula daripada kita lahir sehinggalah kita meninggal untuk menggoda kita. Merupakan jin yang jahat. Sebaik sahaja kita meninggal, jin nie juga akan turut berupa hantu yang akan sentiasa melakonkan kembali saat-saat akhir sebelum kita meninggal. Contohnya semasa kita meninggal accident, maka jin ini akan melakonkan kembali saat-saat akhir semasa kita meninggal (berupa hantu).
5)     Supaya kita takutkan makhluk halus ini lebih daripada Allah.
6)    Kita juga jangan terkejut, ada juga jin yang mendampingi kita merupakan jin pusaka daripada nenek moyang kita (Ade juga nenek moyang kita yang menggunakan khidmat jin untuk membuka ladang, menjaga rumah, menjadi pendiding, hebat dalam peperangan, membantu mengharungi badai lautan supaya tidak karam dan sebagainya. Jangka hayat jin ini juga adakalanya mencecah 7 keturunan generasi.
7)    Perawat juga memaklumkan bahawa dia pernah menemui pesakit yang mempunyai lebih seribu ekor jin di dalam badan.
8)   Kes lain bagaimana makhluk halus/jin boleh bersama dengan kita ialah untuk mengganggu hidup kita(maybe dihantar oleh seseorang) sampai kita sengsara .Jin tersebut akan sentiasa diseru dan dipuja oleh musuh kita sehinggalah berterusan mengganggu hidup kita. 

9)     Terdapat juga kes ade juga jin yang bersama dengan manusia kerana mereka sukakan seseorang tu dan tak mahu berpisah. 

1     Kenapa jin daripada bomoh siam lagi kuat? Jawapannya, kerana jin-jin nie selalu dipuja di tokong-tokong di Siam dan selalu diberikan makan. Pemujaan itu yang menjadikan mereka lebih kuat. (Tapi aku tak sempat tanya antara jin bomoh siam & jin bomoh indonesia, siapa yg paling kuat?!!)


      tapi dr pikir siapa yg kuat ..kita harus ingat bahawa Yang Maha Kuat itu lebih berkuasa...dan di atidak tamak..kita perlu meminta pertolongan dari Allah kerana makhluk2 halus itu jg makhluk Allah...
      "Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 
      Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.].



 t
t

No comments:

Post a Comment

komen dengan bijaksana..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...