Followers

2011/11/07

Tips Meningkatkan Liputan Wireless

Assalamualaikum

Selain  faktor keselamatan, terdapat beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan perkhidmatan rangkaian tanpa wayar.

Antara beberapa masalah yang dikenalpasti termasuklah akses kepada titik capaian yang lemah, sambungan acap kali terputus dan tergendala, dan kawasan penggunaan diluar liputan isyarat wayarles. Untuk mengatasi masalah ini, jom ikuti beberapa tips yang ingin dikongsi dan mungkin boleh dijadikan panduan kepada pembaca untuk meningkatkan kualiti gelombang titik capaian wayarles.

Sentral

Pastikan lokasi pemancar wayarles anda berada di tengah-tengah kawasan penggunaan. Hal ini kerana, apabila pemancar diletakkan di tengah-tengah kawasan penggunaan, liputan akan dibahagikan secara sama rata kepada semua bahagian. Selain itu, elakkan juga meletakkan pemancar wayarles anda bersebelahan dengan dinding yang menghala ke luar kawasan penggunaan, hal ini bagi mengurangkan risiko pencerobohan isyarat wayarles oleh pengguna luar.

Posisi Antena Pemancar

Liputan gelombang yang dihantar oleh pemancar wayarles akan dikeluarkan secara menjajar mengikut radius yang disokong oleh frekuensi gelombang. Oleh yang demikian, adalah menjadi amat penting untuk anda menetapkan antena anda dalam posisi menegak dan bukan dalam keadaan condong atau melintang.
Selain dari itu, anda juga boleh mengubahsuai antena pada peranti pemancar wayarles dengan penggunakan antena jenis high-gain yang hanya memancarkan gelombang pada satu hala sahaja.

Ketinggian Pemancar

Pernahkan anda melihat di kawasan-kawasan penggunaan awam seperti lapangan terbang atau kafeteria yang mana pemancar wayarles diletakkan setinggi mungkin dan berdekatan dengan siling premis? Ini kerana, ketinggian pemancar dapat membantu dalam mengoptimumkan gelombang liputan. Pemancar tidak harus diletakkan didalam ruangan tertutup seperti alamari dan rak.
Sekiranya kawasan penggunaan anda merupakan premis bertingkat (rumah teres atau banglo), anda digalakkan meletakkan pemancar anda pada ruangan tangga rumah. Hal ini bagi membolehkan gelombang dihantar sama rata kepada kedua-dua aras premis.

Gangguan Liputan

Elakkan meletakkan pemancar wayarles anda berdekatan dengan peralatan berfrekuensi tinggi seperti televisyen, telefon tanpa wayar (cordless-phone), oven mikro dan peralatan besi, kaca serta peralatan yang menggunakan tenaga elektrik dengan banyak seperti peti sejuk.
Hal ini kerana, peralatan tersebut berupaya untuk mengurangkan atau menghalang gelombang liputan wayarles daripada menembusinya. Maka, adalah amat digalakkan peralatan diatas diletakkan sejauh mungkin dengan pemancar wayarles.

Konfigurasi Pemancar

Jika kesemua tindakan telah dilaksanakan, tetapi keupayaan titik capaian wayarles masih belum memuaskan, pengguna disarankan untuk mengemaskini firmware pemancar dan melakukan konfigurasi sendiri pada pemancar (seperti penukaran saluran (channel) dan menambah baikan kuasa sesaran (TX-boost) pemancar).

sekian..tq

No comments:

Post a Comment

komen dengan bijaksana..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...