Followers

2011/08/01

PEMIKIRAN SEBELUM DAN SELEPAS KAHWIN

salam

hai..anna is back..yeah~alhamdulillah..dah tamat sehari berpuasa..ada lg 29 hari..aku kne kejar..lalala..cakap mcm puasa je..haha..nak wat cane..dah x boleh...insyaAllah lg 3 hari..(tlg la mls aku nak ganti byk2)...
aku dapat satu survey pasal "pemikiran org sebelum dan selepas kahwin" dekat satu forum..haa..jum kita terjah..nak kawen kan? better kita dgr dulu pemikiran diorang yg dah kawen ni..huhu

1)Tanggapan masa bujang: nanti dah kahwin,org lelaki senang,bila keduanya balik keja,lelaki rehat,tapi yg perempuan sambung keja overtime kat rumah

realiti lepas kahwin: memang macam tu pun,tapi seronok juga suami tolong kemas2 rmh waktu isteri masak,atau temankan bual-bual waktu didapur

2)pemikiran masa bujang : seronoknya kahwin!dapat isteri cantik,lepas tu anak-anak yang comel=)
realiti rumah tangga : serabutnya kepala,anak tak berhenti-henti menangis!nak tidur pun tak boleh!

3)pemikiran masa bujang= nikah seronak..ada orang teman kat rumah ,tak da la sunyi sangat..
 
realiti rumah tangga=seronak tetap seronok.tapi banyak kerja kena buat.
tanggunjawab besar.
 

4)Pemikiran Masa Bujang:
Comelnya baby ni... Bila la den nak ada baby comel macam ni...


Realiti rumah tangga...
Arghh, apo kono la jang ekau nangis tak berenti.. Bapak ekau pun satu..membuto dari pagi sampai potang. Bukan tau nak tolong buai anak ko, salinkan lampin ko..

5)pemikiran masa bujang:bez llah.....belum ada tigas yang banyak sangat...banyk tidur makan....ikut suka....tapi bosan kena ada juga pasangan hidup...yang berdamping.......setelah rajin beribadat kepadaNya..................
 
realiti perkahwinan:dapat pahaala... lebih masa solat.....dihargai suami dan anak2..daapt keperluan dan ftrah yang diingini.....daapat  ujian untuk lebih sabar dan hepi....sebagai bekalan bersama ker akhirat..

6)masa bujang : puas mencari..akhirnya ada jugak yang nak kat aku..

dah kawin : tak payah cari...tapi ada jugak yang sanggup bermadu (^_^)

7)pemikiran masa bujang:

bestnye dpt kawen. Ada orang blh jaga kita, blh kongsi suka duka dan segala rahsia. ada tempat bermanja dan paling penting, sakit demam kita suami blh bantu.

realiti perkahwinan:

bahagianya dapat suami yang ambik berat. walaupun kehidupan kami susah, tapi tetap bjalan lancar.susah cara susah, senang cara senang. saling kongsi mengongsi. adakala je gaduh2 manja bila masing2 tak mampu nak faham pasangan.masih baru dlm perkahwinan, semuanya masih manis. harap2 bkekalan selamanya.

8)pemikiran masa bujang: wang tak penting.

Realiti rumahtangga: tertekan & stress sebab nak beli susu anak kena guna duit,bukannya guna daun kayu.


9)Pemikiran masa bujang: Bila dah kahwin nanti, selesai sudah masalah nafsu yang terpendam ni. This is the magic that I'm waiting for!! Tak nak zina mata dah!!

Realiti rumah tangga:
: Rupanya masalah nafsu masih sama. Takde ape2 yang magic kecuali keimanan yang berterusan. Lagi kuat ujian untuk setia dan fitnah zina mata tetap ada di merata-rata tempat!
   

10)pemikiran zaman bujang: suka fikir tentang perkahwinan.

realiti rumahtangga : suka fikir tentang keadaan kewangan keluarga ( no more wang tak penting )
 


11)pemikiran zaman bujang: nak bela kucing kt umah banyak2 bersama isteri tercinta
realiti rumahtangga : adeh..dapat isteri jenis yang fobia dengan kucing.. :((

12)pemikiran zaman bujang: ada peneman pdgr setia, begurau, menangis dan ketawa bersama.
realiti rumahtangga : tetap sama..malah boleh buat ibadah sama2,.bc al-Quran, solat jemaah, ke majlis ilmu,..bersama, dan tak risau coz ada husband di sisi.

13)pemikiran zaman bujang : nak beranak ramai2..paling kurang 6

realiti rumahtangga : cukupla 2 org tu..xlarat dah..letih..

14)pemikiran semasa bujang : Saya tahu kawen ni best. ade husband, kalau ade rezeki, ramai anak..uhhh untungnya ada anak...kalau nasib baik bole jadi syafaat..

Realiti Perkahwinan : Memang kawen ni best, tapi bukanla sentiasa, kadang2 tension gak dengan perangai suami..haih, takpa, Allah bersama orang yang sabar. Alhamdulillah anak ramai, memang pasal duit sesakla...tapi takpa, setiap anak ada rezeki masing2....Ape-ape pon, hidup berumahtangga ni memang kene banyak mintak tolong Allah SWT... insyallah hidup ente selamat dunia akhirat..  

15)sebelum bujang rasa ingin berkeluarga dan inginkan hidup lebih terurus dan bahagia.tetapi sebenarnya kehidupan tetap kehidupan ujian tetap ada walau dimana sahaja kita pergi
  
huhu..ada kelakar juga..yg penting kahwin ni benda serius dan penuh tanggungjawab..bila dah sedia dr segi mental dan fizikal..cepat2 la kawen...hahahhahahhaa :P 
 
 


2 comments:

  1. hahaha..zaman bujang adalah zaman hipokrit..tapi x semua orang camtu kan??

    btw..no 6 tu aku shuke..haha

    ReplyDelete

komen dengan bijaksana..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...