Assalamualaikum
mesti terkejut dgn tajuk entry kan..huhu...ye aku penah ungkapkan soalan tu pada mak dan ayah aku..
ini kerana situasi aku sekarang..aku rasa better aku kahwin dalam masa terdekat ni..kenapa?
sbb sejak aku masuk belajar di Shah Alam ni..kehidupan aku banyak bergantung pada zizul..
masa aku tengah x ada duit, zizul yg beli makan pakai aku..dan dia ni pulak kalau nak shopping tau nak beli kat PADINI je...aku kesian kat dia...
dan dia memang x penah berkira soal duit dgn aku...dia bukan la anak berada..dia cuma org sederhana
dia pon masih belajar,belum ada kerja lagi
dan kadang2 kalau aku tengah lapar sgt,x ada duit,dia akan masakkan makanan dan hantar ke aku
terbalik pulak kan..patutnye aku yg masakkan utk dia..tapi nak buat mcm mana....umah sewa aku ni umah family..segan nak masak..sbb guna dapur org..
zizul jgk banyak membantu aku dlm study...dia banyak bagi aku tunjuk ajar..kawan2 pon tau aku selalu ada dgn zizul..dan aku tau ia x elok even kitorang x ada buat apa2 pon
sebab tu aku dan zizul merancang utk bernikah awal..aku mahu hubungan kami ni menjadi Halal..
aku selalu berdoa agar aku dipercepatkan jodoh dgn dia...
ye aku tau baru2 ni aku kerap ada perselisihan faham dgn dia..tapi itu semua proses dlm perhubungan..ada kawan aku kata..."kalau korang salu jumpa,nanti dah kawin rasa boring tau"
tapi bila pikir balik..kalau dah kahwin kan kita akan 24 7 jumpa dia...selama berpuluh2 tahun..so x ada beza kan..lagi lama bila dah kawin..bukan kita nak kawin utk 2 3 tahun je..
kalau ada gaduh or perselisihan..bagi aku tu semua proses dlm perhubungan...even org dah kawin skrg pon still gaduh kan...apa yg penting adalah aku dgn dia kene muhasabah diri dan ambil iktibar
dan dari pergaduhan tu la aku kenal dia dgn lebih dekat dan tau apa yg dia mahu
alhamdulillah even kitorang ada gaduh..tapi kami akan berbaik semula lepas tu...dan kami akan jadi lebih baik dari sebelum ni...
sekarang ni apa yg aku mahukan adalah utk bernikah dgn dia...menjadi yg halal utknye secepatnya..
mungkin akan ada org berfikir negatif pasal benda ni...tapi tau x mereka yg ini adalah
Sunnah Rasulullah s.a.w? adakah mereka nak kata kehidupan zaman sekarang yg banyak dipengaruhi oleh pengaruh barat ni lebih relevan dari Sunnah Rasulullah?
Nikah dlm Islam sgt mudah..tapi diberatkan dgn mind set masyarakat yg pikir negatif dulu sebelum positif..
ok apa kah yg buat aku nekad untuk bernikah awal?
aku ada terbaca beberapa blog Zaujah atau isteri muda yang masih belajar..yg lebih kesian...suami mereka jauh..ada seorang study di Sarawak dan suami di Perlis, ada yg study di Sarawak juga tapi suami di Jepun...
maybe akan ada orang yg ckp...kalau masing2 dah jauh ape guna kahwin??
tapi diri mereka lebih terpelihara...even diorang hantar msj dan ckp rindu pada suami masing2 pon tidak dikira dosa..malah dapat pahal...dari mereka yg x berkahwin lagi? bercinta secara jarak jauh dan bertahun2? berapa banyak dosa yg mereka collect?
ye memang aku dan zizul adalah studio base student..tapi bila pikir balik nanti dah kerja akan lebih busy...aku penah masa aku practical..ya Allah penatnye..aku memang x mahu la kerja mcm ni dah habis study nanti...
bila aku pikir balik..sekarang zizul dah menanggung aku mcm aku ni isteri dia, yg salahnya ialah kami masih x ada ikatan halal..aku sgt sedih bila pikir berapa bnyak dosa yg aku dia tanggung...even kalau ucap sayang dan rindu pon dah berdosa...
sekrang ni orang selalu pikir kalau kawin means suami kene tanggung semua perbelanjaan isteri dari A to Z
ye memang betul..tapi pendapat aku la kan..family masing2..kene la faham..kalau mereka sanggup nak membelanjakan duit utk org2 miskin,membantu org yg susah, apa lagi ni anak2 mereka...membantu anak2 mereka menjalani kehidupan yg lebih halal dan tenang...aku rasa x salah..hal isu kahwin ni kan sngat dituntut agama..x salah kalau parents kita toling kan...aku x mengharap sampai mak ayah aku support whole thing...tapi aku cuma minta support aku mcm skrg...sampai aku grad...
aku rasa hidup aku akan masih sama kalau dah kawin,cuma beza dia aku dah halal dgn zizul..so kalau nak berkepit ke mana2,nak dtg umah dia ke semua x ada masalah...x ada dosa pon...aku redha kalau zizul masih belum mampu nak beri nafkah duit sepenuhnya...aku redha kalau aku kahwin x ada majlis besar2,ada pelamin besar2...aku redha kalau dah kawin aku x dpt sebumbung dgn zizul sepanjang masa...
lepas aku baca pasal 2 blog ni..
ye aku sangat mencemburui mereka..jodoh mereka boleh dikatakan mudah dan aku sangat kagum dgn mereka..
dan aku jgk sgt cemburu...Ya Allah..jadikann la aku seorang Isteri seperti mereka..isteri kepada Mohd Azizul Fitri bin Mohd Radzi...dgn secepatnya...
dua2 blogger ni adalah Isteri muda yg masih study tapi berjauhan dgn suami masing2..aku lain dgn zizul...kami dkeat tapi jodoh kami masih belum disatukan lagi...
utk mak ayah...mak abah....sila dapat terima keputusan ini...sila fahami kehendak kami..utk mendapatkan ikatan suci dan halal...kami x mahu jodoh kami mendapat kemurkaan Allah dan dibalasNya pada masa akan datang...
kenapa perlu bernikah?
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi."
(Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim).
“Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi."
(Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim).
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang berkahwin karena ingin memelihara kehormatannya.
(Hadis Riwayat. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah)
(Hadis Riwayat. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah)
nabi x ada pon kata kahwin perlu tunggu habis belajar, lepas habis mengumpul harta, lepas habis bersronok2..
"Hidup berkeluarga merupakan ladang meraih pahala"
dan tau x anda semua..kalau kamu pikir..kahwin ni hanya akan membuatkan diri anda kekurangan duit atau taku kahwin kerana x ada duit..sangat2 la silap!!
Janji Allah berupa pertolongan-Nya bagi mereka yang ingin berkahwin :
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah.An-Nur ayat 32)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah.An-Nur ayat 32)
adakah masyrakat kita berpandangan seperti ini?
No comments:
Post a Comment
komen dengan bijaksana..tq