Followers

2012/01/15

Ariana Mikhail ; mesti tengok!!

Assalamualaikum

merujuk pada tajuk di atas...ye...drama ni akan mula ditayangkan di tv9 pada 16 january 2012..yeah! maksudnya esok.so aku x akan ketinggalan la sbb skrg kan tgh cuti...hehehe...nape nape excited sgt tetiba nk tgk drama Melayu ni? sb ada Syed Hussein la...hahahaha...sweet  :p....huhu...lama x tgk dia berlakon..kali ni watak dia nakal sikit..nak ngorat pompuan France katenye...grrrr..

sinopsis Ariana Mikhail:
Drama Ariana Mikhail bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.

Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dariAmerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah.

Sinopsis Poster Ariana Mikhail


Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah.

Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Saksikan Ariana Mikhail mulai 16 Januari 2012 pada setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 8.30mlm dgn barisan pelakon yang mantap seperti Nora Danish dan Hussein Ruffedge.

ok memang x nak la aku ketinggalan tgk citer ni...sb ada Sein jek...kikiki
jgn marah ye Mr Azizul :p

Ibu di jepun sgt Kreatif

Assalamualaikum

waa ibu2 di jepun skrg memang kreatif kan kan..dan sgt ambil berat tentang makanan anak2 di sekolah..kat Malaysia? harap kan kantin aje...hmmm...bekal2 makanan yg dibuat oleh ibu2 kat Jepun ni comel2,tapi nmapak sgt dorang ni suka motif ba alif ba ya...haha

Kini, ibu-ibu di Jepun menunjukkan kehebatan masakan yang berdaya saing ke tahap baru - melalui bekal makanan anak-anak mereka. Kyaraben (bermaksud watak bekal makanan) adalah nama yang diberikan kepada kesenian bekal makanan, di mana bola nasi, sushi, salad dan buah-buahan dibentuk ke dalam watak kartun seperti Hello Kitty atau seluar spongeBobSquare, atau haiwan.









Laman web dan blog menawarkan tips tentang bagaimana untuk mewujudkan makhluk yang berwarna-warni, dan ibu-ibu yang telah sampai ke tahap yang tinggi dengan kesenian masakan mereka bahawa pertandingan kebangsaan diadakan untuk memberi anugerah yang terbaik .











Ibu Amerika telah melonjak pada kereta muzik juga - dengan membuat salah satu Miss Piggy sempurna bentuk pasta.


ngek! patut ke? mcm cakap anak dia ni sehodoh makanan tu jek..ape dahhhh


2012/01/13

bayi ini ada dua alat kelamin!!!


Apa yang akan anda lakukan jika anda mempunyai kelamin kedua? Seorang bayi di China telah dilahirkan dengan kelainan seperti itu. Dia mempunyai kelamin kedua.

Anak dari Li Jun (30) yang tinggal di Kota Hejian Propinsi Henan ini segera di bawa ke Rumah Sakit Khusus Anak di Tianjin oleh orang tuanya yang merasa terkejut melihat adanya penis ekstra tersebut. Doktor terpaksa harus membedah bayi tersebut untuk menghilangkan kelamin keduanya tersebut. Para doktor menyebut kelainan ini sebagai Fetus in Fetu (FIF)

Doktor memerlukan waktu lebih dari tiga jam untuk membuat pembedahan dan membuang kelamin ekstra tersebut. Keadaan bayi ini kini dalam keadaan sihat pasca pembedahan.

rumah wardina safiyyah kene rompak


Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan kesemua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Wardina, 33, yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, ketika kejadian beliau, suaminya, tiga anak mereka dan seorang pembantu rumah berada di dalam rumah itu.

"Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3.

"Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga dan pembantu rumah berkumpul di bilik tidur utama," katanya.

Katanya, anak sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di bilik mereka di tingkat atas manakala pembantu rumahnya seorang warga Aceh, tidur di tingkat bawah.

"Kesemua mereka dikumpulkan di dalam bilik saya dan hanya Ikhwan diikat dengan wayar telefon. Kami diawasi oleh seorang penjenayah, manakala dua lagi menyelongkar rumah kami," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka dan mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi.

Beliau berkata suaminya juga turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat.

Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.

Katanya, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada pukul 4.30 pagi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta siasatan sedang dijalankan.

kasihan dgn family kak wardina :(

2012/01/11

semester 05

Assalamualaikum

alhamdulillah..sudah tamat semester 5 akhirnya..hee..rasa sgt lega sbb akhirnya dapat cuti yg panjang...
walaupun aku kurang berpuas hati dgn final project aku...yela,sb masalah lappy di last2 minit2...sem ni style lecturer aku pelik dgn lecturer2 seblm ni..

nape? sb aku kene submit dlm bentuk 3d dan video..why? cuz KP or Ketua Program aku aka lecturer kelas aku ni nak membudayakan konsep "Architecture Without Paper"..maksudnya aplikasi presentation tanpa penggunaan kertas..
hanya dgn guna aplikasi teknologi seperti video dan slide presentation..so kalau x mahir dalam bidang2 ni susah la..dan bagi aku yg lemah benda2 ni memang...erk...slow...hmmm...nak buat video senang la,tapi kalau lappy kau tiba2 stuck,jamm...habis la.....

banyak benda aku belajar sepanjang sem ni,banyak orang juga aku jumpa...dan masalah2 serta ujian yg aku lalui kini lebih mematangkan minda dan pengalaman hidup aku..aku tau ada bnyak lagi yg perlu aku pelajari,banyak lagi yg perlu aku cari dan study....so dalam cuti semester ni aku kene bersiap sedia utk sem dpn yg mungkin akan lebih mencabar..ya Allah..takutnya aku bila pikir pasal sem depan ni...

ada banyak kenangan manis tapi kenangan pahit juga ada....dan yg best,hari utk that "special day" dah semakin dekat..hee..
ye tapi aku dan zizul tengah pening2 lagi..sama ada nak pilih bulan Ogos 2012 (lepas raya) atau bulan Febuari 2013(cuti sem part 7)..erk?
nape tiba2 nak tukar lewat setahun? sebab bila aku pikir, aku takut x ada masa nak uruskan utk bulan 8 tu..baru aku tau kalau kita reserved lambat service2 mcm mak andam n photography tu, modalnye aduii..mahal tau...better book awal2..
so aku pikir dgn zizul..utk buat lepas zizul habis..huhu..lepas dia habis part 8..aka habiskan degree dia...kene ada salah seorang dah free so blh la uruskan bnda2 tu kan kan..

tapi masih dalam pertimbangan sbb kakak2 aku dah x sabar nak tunggu aku bertunang tuu..hmm..nanti k..sabar2...heee~

aku berdoa agar aku lulus sem ni dgn cemerlang dan dapat masuk part 6 sem depan..ya Allah moga dipermudahkan...amin...

ok lepas ni aku nak citer pasal ape yg aku belajar dalam bidang Id (Interior Design) semester ni..sgt berbeza semasa aku di diploma dan degree di Perak dulu...tunggu....

ok ni la kawan2 baru aku..(bagus pic ni sbb tutup muka dak tuu..huhu)

our sweet memory..hee
 ok sem ni aku agak jarang amek pic la..hmmm...sb asyik kusut masai je,xda mood ..huhu(atas ni pic id raya)


2012/01/10

Gadis IPTS mencuri kerana nak cantik

Assalamualaikum


adoi2...apela nak jadi dgn gadis2 sekarang..sanggup panjang tangan dan mencuri sb nak cantik...

Gara-gara ingin berfesyen dan kelihatan cantik, tiga gadis yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini yang mengaku bersalah atas tuduhan mencuri, diperintah berkelakuan baik dengan bon jaminan bercagar RM2,000 setiap seorang.

Gadis terbabit yang berusia 18 tahun itu juga dikehendaki menjalani aktiviti khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Syajaratudur Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Aina Mardiah Mohd. Khairi, Nor Atikah Alem Abd. Halim dan Nur Ira Natasha Abdull Kadir.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tingkat satu bahagian wanita dan tingkat bawah bahagian kosmetik pasar raya Jusco, Pusat Membeli Belah AEON Bandaraya pada pukul 7.45 malam, 20 September tahun lalu.

Aina Mardiah mengaku mencuri tiga helai kemeja wanita pelbagai jenama, sebuah beg alat solek, dua pek Anti Shadow, Anti Cernes dan enam pek topeng muka jenama Garnier yang kesemuanya bernilai RM291.90.

Nor Atikah pula didapati mencuri barangan bernilai RM146.80 iaitu dua helai kemeja wanita dan satu pek pembayang mata jenama Maybelline.

Nur Ira Natasha pula mengaku mencuri sebatang maskara, produk penjagaan muka Maybelline termasuk penanggal solekan dan krim penegang wajah, produk penjagaan wajah jenama Nivea Visage termasuk topeng muka, penyegar dan krim pemutih wajah, dua helai kemeja-t jenama Depi Corp dan sehelai seluar jeans pendek jenama Goggles yang kesemuanya bernilai RM392.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mereka terlepas daripada hukuman berat setelah mahkamah mempertimbangkan laporan akhlak tertuduh yang merupakan pelajar pintar selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

hypocrite is killing me 3

Assalamualaikum


dah lama aku x sambung post ..cuz aku bz dgn assignment dan exam...so aku malas r nak pikir sal minah tu kan...btw..actually byk aku dah lupa..sb aku ni jenis malas nak pikir pasal org yg tak betul otaknya...

zizul ada tulis dkt fb dia "ada org cari pasal dgn awek aku..cari pasal dgn aku gak namenye tu...xpe..aku sabar lagi jgn sampai aku hilang sabar"
..maybe ada kawan ada terbaca(aku rasa aku tau sape) so dia bg tau dekat kinah..lepas tu kinah ada twiit..."dia kata jgn nak masuk campur" lbh kurang cmtu la...
dan dia pon ada panggil zizul "sial,babi,lahanat"

...ok fine...tula yg selalu kua dari mulut kau...nape? sbb tu menonjolkan sape diri kau sebenarnya...actually kinah...aku x sangka ko rupanya mcm ni..

then tu yg buat aku bengang..nape zizul x boleh masuk campur? kalau dia ni x pernah berbudi kat kau memang la aku x akan bagi..tapi masalahnya...dia ni penah tolong kau...lupa? sape yg tolong tunggu kau berjam2 dulu? aku ingat lagi masa aku dah x larat nak hantar korang pergi kelas..sbb demam plus period cramp...zizul yg datang ambil korang dan hantar..ada kau penah pikir?

bygkan la..zizul tu umah dekat seksyen 17,sanggup dtg utk hantar korang pergi kelas...tapi kau Babi kn dia..thats why aku marah..tapi nak buat mcm mane kan..kau ni memang org x mengenang budi..ada byk lagi la,dah berapa kali gak zizul sanggup amek korang,maybe kau x ingat...

lepas tu yg aku bengang nye...kau buat ayat mcm aku yg salah..kau seolah buat mcm aku yg cari pasal...hu? kau kata aku ni itu la ini la..aku tau sgt la kau dah hilang akal..kau dah mengong sbb x tau nak guna point apa..aku? aku hanya ignore kau aje...

aku dah malas nak layan,nak citer pasal dia pon aku dah bosan..tengok muka dia lagi la...aku rasa jijik...x sangka perempuan ni mulut nya busuk...kau kutuk kakak kau tu mulut jahat,mcm babi(kau sendiri yg kata k)...sedangkan kau lebih teruk dari dia..ish nauzubillah...

dan kau jgk ada kata..aku ni perangai teruk sbb tu susah nak ngam dgn org dari dulu...hey sory sket,kau tau ape pasal aku? kau tau ke aku ni mcm mane? kau tau ke sape kawan2 aku? kawan2 aku banyak dari course lain,kalau budak id aku x rapat sgt dgn budak satu kelas...sb kenapa? sb aku tau dorang suka gunakan aku utk kepentingan..x semua la mcm tu,tapi ada la beberapa org
dan..kau ingat semua budak kelas kita tu suka kau ke? byk dah aku dengar citer sal kau sebenarnya...ada dulu kawan sekelas bg tau aku...diorang ni x suka kau sbb kau memang suka buruk2kan kawan sendiri...sb kau ada burukkn kawan kau yg salu dgn kau tu..huh! tengok sendri..rupanya bukan aku sorang mangsa kau kan...

lagi kau ada cakap kau rapat dgn wani...aku kenal wanie dari part 1,aku tau sgt perangai dia,dia lebih kurang same mcm kau je...sb tu kau blh jadi best frens dgn dia...tapi nak ke aku bg tau yg kau ni penah burukkan wani kat org? yg kau ni penah citer buruk pasal dia? dah memang perangai kau mcm tu..mulut x reti nak diam sekejap pon kan..ada je nak cakap

then kau kata,yg kau ni ada lbh ramai pakwe dari aku..hu? tu pon kau nak kecoh? bercinta dgn budak lagi mentah,pastu bertahan x sampai 6 bulan tu kira matang sangat ke? itu ke yang kau nak bangga2kan? stop it la..annoying sungguh!kalau bg kau jumpa pakwe kat library tu kira dating,baik kau masuk sekolah balik..

dan baru2 ni,aku ada buat assignment group yg mana dia pon ada dlm tu sekali,assignment history,aku dah bagi tau Fatin yg aku x nak dia baca slide yg aku bagi..sb actually tu slide zizul nye group sem lepas,tapi dia baca jugak..xtau malu nye budak..dah kutuk2,caci aku dgn zizul masih x malu nak baca slide tu...

aku tau dia masih ada mencaci dan memburuk2kan aku...dan aku tau sape yg back up dia,sb aku tau org yg jenis hipokrit mcm dia ni,spesis mcm dia ni mukanya mcm mane..perangai dia mcm mane..sume muka tu same je..

baru2 ni aku ada lah berdiskus dgn beberapa kawan aku,yg jugak pernah menjadi mangsa kepada kutukan mulut busuk kinah tu...satu je nasihat diorang.."pekakkan telinga,ignore her"...actually ramai dah tau mulut kau mcm mane..ingat kau ni ramai sgt ke pengikut?

ok aku diam je,jgn bagi diri aku yg dulu keluar..aku sabar je..lantak la dia nak cakap ape..nak buat cane,dia ni kan memang perangai nauzubillah...betul gak kata2 kawan2 aku tu, dorang kate kinah ni byk mencaci aku dgn kata2 yg busuk,tapi bila kau cakap macam tu, kau ingat org nak respect kau? malah memburukkan diri kau adalah..kau sendiri yg menonjolkan diri dan hati kau...

aku lebih rela x ada kawan dari berkawan dgn orh hipokrit dan busuk hati mcm kau ni..aku memang menyesal pelawa kau masuk sewa umah dgn aku...last2 aku yg kene kuar
sekarang ni aku kene kuat kan diri,aku sabar jela dgn ape yg terjadi,semua ni pasti ada hikmahnya,even ape yg dah terjadi,aku masih menebalkan diri utk minta maaf pada dia,sb aku tau,memang aku x salah,dan maaf aku tu sbb aku nak zero zero dgn dia,xmau aku mencari2 dia di akhirat nt,
terpulang pada dia la sama ada nak maafkan aku atau x,dia pon x ada minta maaf pada aku..

yg penting,aku dah bebas dari dia...alhamdulillah...


ok ni adalah antara print screen dr twitter dia

ok time ni memang nampak sangat hati dia ni busuk sgt2...dia kata aku sorok masa crit?  nape salahkan aku sorang sedangkan aku pegi dgn ed? fatin yg ada masa tu dlm kelas tapi menyorok kat belakang ko x mention pon kan..ke ko ni pekak? x dgr aku ckp? AKU PERGI BELI CD,KO NAK IKUT X? tapi ko kate x nak sbb ko dah ada...sila jgn putar belitkan cerita

kedekut? kalau aku kedekut,nape aku bawak ko jalan sana sini?naik kete aku...ko ingat dgn byr rm5 kadang2 je tu...kalau naik taxi lepas ke? ko sendiri yg kedekut kua duit minyak nak naik motor sendiri, btw ko sendiri yg pekak kan telinga dengar lagu korea masa aku bg tahu benda tu depan ed..masa tu pon ko kat depan aku..aku simpan video tu sorang? ko gila? aku dapat video tu dari ecah...ramai lagi ada video tu...mane ada aku simpan sorang..ko sendri ada tanya? xada kan..ko yg malas dan bodoh sombong..malu bertanya sesat jalan la..btw kat sini gak dah ada bukti..yg kau nak report dulu kat abg kau..then ada niat nak report kat mak ayah kau...haa..pastu ko tuduh aku ni x matured la sbb balik umah then bagi tau hal ni kat family aku? sedangkan kau sendiri yg ckp dlu ok!

haaa..tu en hanip dah perli x faham2? sape soh ko x nak tanya kawan2? dah ingat diri hebat sangat kot...

aku simpan ilmu? kalau aku ni kedekut ilmu,buat ape aku bg tau ed dgn ko n fatin? salah kau la yg pekak time tu

kene tipu..aku yg patutnye cakap mcm tu la..aku ditipu dpn kau bulat2..perangai baik depan mata tapi kat belakang kau back stab aku mcm ni,yg aku bengang nye,dah la naik kete aku,mulut busuk hati giler..btw...ko tu kalau mengadu,semua ko nak citer,sampai aib family sendiri kau sebarkan..nak ke aku report dkt dorang?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...