Followers

2012/01/10

Gadis IPTS mencuri kerana nak cantik

Assalamualaikum


adoi2...apela nak jadi dgn gadis2 sekarang..sanggup panjang tangan dan mencuri sb nak cantik...

Gara-gara ingin berfesyen dan kelihatan cantik, tiga gadis yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini yang mengaku bersalah atas tuduhan mencuri, diperintah berkelakuan baik dengan bon jaminan bercagar RM2,000 setiap seorang.

Gadis terbabit yang berusia 18 tahun itu juga dikehendaki menjalani aktiviti khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Syajaratudur Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Aina Mardiah Mohd. Khairi, Nor Atikah Alem Abd. Halim dan Nur Ira Natasha Abdull Kadir.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tingkat satu bahagian wanita dan tingkat bawah bahagian kosmetik pasar raya Jusco, Pusat Membeli Belah AEON Bandaraya pada pukul 7.45 malam, 20 September tahun lalu.

Aina Mardiah mengaku mencuri tiga helai kemeja wanita pelbagai jenama, sebuah beg alat solek, dua pek Anti Shadow, Anti Cernes dan enam pek topeng muka jenama Garnier yang kesemuanya bernilai RM291.90.

Nor Atikah pula didapati mencuri barangan bernilai RM146.80 iaitu dua helai kemeja wanita dan satu pek pembayang mata jenama Maybelline.

Nur Ira Natasha pula mengaku mencuri sebatang maskara, produk penjagaan muka Maybelline termasuk penanggal solekan dan krim penegang wajah, produk penjagaan wajah jenama Nivea Visage termasuk topeng muka, penyegar dan krim pemutih wajah, dua helai kemeja-t jenama Depi Corp dan sehelai seluar jeans pendek jenama Goggles yang kesemuanya bernilai RM392.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mereka terlepas daripada hukuman berat setelah mahkamah mempertimbangkan laporan akhlak tertuduh yang merupakan pelajar pintar selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

No comments:

Post a Comment

komen dengan bijaksana..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...