Followers

2010/07/29

stress!!!!

semester baru ni betul2 menghabiskan duit dan tenaga..poket asyik kering jer dan badan aku pun asyik letih sebab kurang rehat..memang la student studio base mcm ni...tapi sem ni betul2 mencabar...kesan hitam bawah mata makin kelihatan dan baju banyak dah x muat sebab semua dah jadi besar...saiz badan aku dah x muat(bkn sbb aku gemuk)...walau aku dah jadi kuat makan(asyik2 nak makan ),sikit2 lapar...tapi badan x besar2...yang pelik...berat aku menurun bukan menaik...

lagi aku stress sebab aku selalu lupa..kdg2 benda kecik jer aku lupa eg: nama2 kwn2 aku...(sory babe)..lagi teruk bila semua plan aku rosak...sticker x boleh apply dan mata aku dah makin teruk...kalau malam,aku xboleh nampak jelas lain la kalau lalu tempat yg ada lampu...sebab tu aku takut nak drive area bota ni...

pagi tadi sakit kepala sangat...tap
iaku gagahkan diri gak pergi studio...nasib baik lecture blh faham..thanks to En. Othman...erm..biasa kalau tension macam ni..aku akan kua jalan2 cari angin tapi my WUA masih kat ipoh lagi~sedih~

tapi aku rasa heppy skit sebab mlm tadi sepupu aku datnag temankan aku yang lonely ni pergi mkn..dia siap belanja lagi..and then he give me a present..so cute..thanks abg adi~


2010/07/27

kekecewaan..

ya Allah..
berikan la aku kekuatan
supaya aku sebagai hambamu dapat meneruskan perjuangan
dalam hidup yang penuh ujian dan rintangan...
.........

...............
..................

......

aku kecewa
bila proposal aku ditolak
betapa penat nya aku
mencari research untuk client aku
hampa..kecewa
itula yang sering melanda kami...
student ID..

tapi tak mengapa
kerana Dato' Bernard Chandran and 'the Gang'
telah bersetuju 
menjadi client
for my new gallery
 yeah~
nanti aku perlu menyiapkan banyak proposal tok Dato' 
meeting dgn beliau..
i call u k~
Dato Bernard: "ok..roger.."



haha..bagus2...


2010/07/25

hot snap

bukan nak citer pasal gambar panas..tapi sebab nak pendekkan ayat : "tadi aku snap pic tengah2 panas"..
baru jer pukul 10 tapi kepanasan dekat perak berbanding selangor memang..grrr...tapi tak pela..memang dah ujian kami belajar dekat sini..nasib baik tadi tak kena langgar sebab snap tengah2 jalan..haha..

sekarang kami tengah busy buat second projek : GALLERY dan site yang terpilih adalah bangunan baru fakulti ART AND DESIGN di uitm perak ni jer..tapi memang best la that building,rasa cam jealous lak sebab diorang dapat bangunan baru..tahniah pada diorang!!


For this project,client aku adlah Dato' Jimmy Choo...huhu..aku x tau sangat pasal dia tapi lepas baca story dia memang sangat hebat tau..


lagi yang aku nak tunjuk adalah kami punyer studio..memang best la sebab kami sendiri dapat work station sendiri cuma tak ada drafting table jer..huhu..tapi tak pela..yang penting memang fun sangat sebab dapat tempat sendiri+aircond+drawer..semua sendiri..hahaha


cane??best kan..alhamdulillah..thanks uitm...luv u~uitm dihatiku~

2010/07/24

ketagih facebook~penawar??

dah berbulan aku mengosongkan ruang ni...sbb kesibukan dengan assignment dan ujian2 kehidupan(banyak kejer la)..bia la..bkn ada org nak bce pon..sebenarnye masalah yang menimpa membuat kehidupan aku yang aman sebelum ni terganggu..tapi semua tu telah memberi pengajaran..yang hidup ni x seindah seperti mimpi dan ia x semudah seperti dalam komik atau drama..ia x semestinya akan ada happy ending..

bkn blok sje..facebook pon aku jrang open..sebelum ni aku amat ketagih dgn fb ni..tapi alhamdulillah aku dah sembuh..jalan nyer adalah jgn terpengaruh dgn alert dlm fb..sbb fb ni pon asal dari yahudi..so kalau boleh jgn la salu nak bg tau ape2 sje yg berlaku pada diri kita kat dlm tu..yela..dorang kan mcm2 taktik ada tok kenakan  umat islam..dari experiment aku..kalau dah jrang open fb ni..blh menghilangkan ketagih kita tu..
aku xsuke kalau ada orang yang sket2 nak luah perasaan atau apa2 kejadian dalam fb..kalau sikit2 xape la..kadang2 benda remeh pon nak heboh satu dunia..pastu mengumpat org dlm fb....lagila dosa gak tu..

fb ni ada elok dan bruk nya..so gunakan la dengan baik sbb kalau salah guna akan menjadi jalan dosa lak..kalau berleret nanti lagi la susah..alhamdulillah..dapat menghilangkan ketagih ni juga satu perjuangan tok melawan nafsu yg ketagih fb ni..sekarang ni aku sangat busy dengan kerja2 tok bachelor aku..harap2 dapat meneruskan dengan baik dan jayanya..insyaAllah...




2009/12/30

..drift..drift lagi...

ahad lepas iaitu pada 2/12/09 sangat penat sebab aku pergi 3 tempat dalam satu hari..first aku pergi ke kenduri kawin spupu ayah dan kemudian pergi Mines,Serdang..ingat nak tengok wayang tapi dah lewat lak..aku kena balik sebelum maghrib..pastu pergi pulak kat tepi stadium Melawati tengok drift kat sana..
yang kelakar aku pergi dengan pakai baju kurung sebab aku tak tukar baju lepas balik dari kenduri..haha..
masa aku tengok kat tepi tu ada orang tengah main go-kart..tapi sian tak dapat perhatian lagi..orang2 lebih nak tengok drift..



kali ni yang ada cuma budak2 kp jer..dorang naik keta2 buruk yg zaman 90 an tapi masih mantap..best gak tengok dorang drift..event ni selalu ada..kalau ada sape2 minat pergila la maeps kat serdang..tepi UPM jer..tengok la dorang drift..





kesimpulan aku..benda2 camni nak suka2 boleh la..ni kan kesukaan mamat2 yang gila kan klelajuan..x per la yang penting dorang x lumba haram dan x susah kan orang..lagi satu kebanyakan yang tengok event2 ni budak2 rempit..harap2 dorang bertukar arah pada drift dan nak beli keta so x naik motor lagi..dan x ada la nak susah kan polis2 dan orang ramai lagi..so x lama lagi sukan drift ni akan makin berkembang dan kalau lagi banyak mat rempit masuk dapat la mengurangkan aktiviti haram merempit..haha

2009/12/26

salam mualaf


    baru2 ni aku suka tengok video2 kat youtube..ha..bukan video yang x bagus tapi video pasal mualaf..iaitu saudara/ri baru islam..ada dari banyak negara..yang aku amek video dia adalah mualaf dari Rusia..sorang pemuda..aku suka cara dia bercerita dan sambil dia berdakwah..mcm mana dia tertarik dengan Islam..

pastu yang best ada sorang sister kristian selama 40 tahun dari Filipina telah peluk Islam..dia ni masa jadi sister dulu aktif berdakwah sal kristian..banyak merantau dan sambung belajar sampai kat negara kiblat diorang iaitu Rom,Italy..tapi dia kata dia masih rasa kekosongan dalam diri dia sampai la dia masuk Islam baru la dia rasa tenang..yang kesian sal dia ni,lepas dia masuk Islam,orang kata dia gila pastu siap dihantar pergi psikiatrist(btul ke aku eja??) yang teruk lagi,semua sijil dan pasport dia diambil oleh orang gereja..dah la dia x boleh cari kerja dan x ada pendapatan..sian dia sebab sekarang dia sakit kat dia nya gall bladder(hempedu x silap aku)..tapi dia kata dia bersyukur dan tahu yang Allah tegah uji dia..Ya Allah..kuatnye iman dia walau baru peluk Islam..

pastu aku ada tengok pasal mualaf2 yang baru peluk Islam secara life..kat German..semua muda lagi..remaja..paling muda 14 tahun..aku ada tengok lagi satu video yang cakap lepas kes 11/9 , kat Amerika memang la dikatakan dah ramai yang benci Islam,tapi juga dah hasilkan ramai orang yang berminat nak kaji pasal Islam..ada seorang perempuan dia ni ateis..x percaya pada agama..satu hari dia terjumpa satu buku pasal Islam,dan hanya dengan satu buku tu la..dia mula tertarik dengan Islam dan akhirnya mendapat hidayah Allah..
dikatakan sekarang dekat Amerika sebanyak 12% remaja atau pemuda/di telah masuk Islam..iaitu dalam 2.4 juta orang..sejak peristiwa 11/9 tu..

ada banyak lagi yang aku tengok contoh cam Islam dekat Korea Selatan..erm..abang aku pernah pergi out station kat sana..dia kata ada sebuah masjid yang besar dan satu2nya kat Korea..dekat masjid tu ada tulis Allahu Akbar..pastu yang best lagi ada perempuan yahudi telah peluk Islam..SubhanAllah..

kesimpulan aku lepas tengok video2 pasal mualaf ni ialah..pertama..diorang ni dah makin bertambah..alhamdulillah..kedua dari segi keimanan mereka ni lagi power berbanding dengan umat Islam yang secara zahir lahir sebagai Islam..sebab mereka dulu tidak merasa kemanisan iman dan setelah mereka dapat,mereka sangat mensyukurinya,dan mereka mencintai Allah selebih2 nya kerana mereka telah merasa kepahitan hidup tanpa nikmat hidayah dari Allah..jadi mereka melaksanakan perintah Allah dengan sebaik2nya..tambahan pula mereka dikelilingi masyarakat yang bukan Islam dan tentula banyak dugaan yang mereka terima..

yang ketiga..telah lahir satu masyarakat baru Islam yang lebih berilmu dan mencintai Allah..sebab kebanyakan mereka adalah dari status berpendidikan tinggi yang menjumpai Islam melalui kajian yang mereka lakukan..
InsyaAllah Islam akan menjadi lagi kuat sekiranya golongan ini terus bertambah..amin..

sekian..Wallahualam..

2009/12/25

kata-kata karut dan mengarut


aku sangat suka pada komedi..apa2 la..sebab dapat buat aku happy sgt2..lagi2 bila aku tengah sedih,kalau tgk yg lucu2 ni terubat la hati aku..orang yg aku rasa plg kelakar ialah Stephen Chow..hehe..tengok muka dia pon aku dah gelak..kelakar sangat..kalau kat tv ada citer2 dia aku mesti tengok..kalau dia serius pon mcm x..
citer2 lawak jela yang aku akan tgk berulang2..haa..kat sini aku nak sertakan lawak kata..

hm..benda2 ni mcm mengarut jer..tak pe..sekali sekala kita bergelak-gelak kat sini..haha..maybe ada orang akan kata benda ni x berfaedah..betul la tu..tapi x payah la nak gelak selalu nanti ilmu hilang pula..cuma kalau dlm kesedihan tu dpt dapat la membantu..

antaranya............

Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit


SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....


SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!


SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!


SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!





haha..ni la antara benda2 karut yg buang masa..x pyh la nak baca selalu sbb buang masa jer(dah tu asal ko letak gak?) sbb ni kan suka suki aku..huhu..ini adalah sekadar untuk nak lawak2 jer..hihhihi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...