Followers

2012/01/16

Dokumentari Siti Nurhaliza di History Channel



Assalamualaikum

Alhamdulillah..bukan mudah anak kampung Melayu nak dapat penghargaan mcm ni,,
Satu penghargaan yang besar buat Dato’ Siti Nurhaliza kerana kisah hidupnya telah disiarkan di sebuah saluran yang terkenal iaitu History Channel.
Dokumentari selama hampir 50 minit ini mengisahkan bagaimana Dato’ Siti Nurhaliza yang mula mencipta nama seawal umur 15 tahun apabila memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) 1995 yang dianjurkan oleh Rancangan Televisyen Malaysia (RTM).

Semua orang di Malaysia mengenali dan meminati Dato’ Siti Nurhaliza selepas kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya. Pencapaian paling menarik Dato’ Siti di tanah air ialah beliau berjaya merangkul Anugerah Seri Perak ABPBH sebanyak 8 kali dan menjadi artis Malaysia pertama yang membuat persembahan di Royal Albert Hall, London.

Kepada anda yang tidak mempunyai Astro di rumah untuk menonton saluran 555 (History Channel), di sini  Video dokumentari Dato’ Siti Nurhaliza yang telah dimuat-naik ke Youtube pada 11 Januari lepas. Sehingga kini, sudah lebih 60,000 jumlah tontonan yang dipaparkan.
Mari kita tonton dan selami sejarah hidup Dato’ Siti Nurhaliza yang telah banyak kali mengharumkan nama negara. Paling penting ialah, tidak perlu berpakaian seksi dan kontroversi, cukup dengan bakat dan tatacara yang sopan, anda boleh juga mencipta nama sendiri.




 tahniah Dato' Siti :)

No comments:

Post a Comment

komen dengan bijaksana..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...